BACHELOR OF ARTS

BACHELOR OF ARTS (HONS) IN APPLIED ENGLISH LANGUAGE STUDIES
ISU-ISU KEKELUARGAAN DI MALAYSIA
MPU331
PANDANGAN PELAJAR KUPTMKL TERHADAP FAKTOR PENGABAIAN ANAK-ANAK
NAMA PENSYARAH
PN. ROGAYAH ESTAR MOHAMAD
DISEDIAKAN OLEH
AINA BINTI JAMALAM1705002484
NUR ADLINA BINTI MOHD ARSHADAM1705002480
JULY 2018
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Abstrak 3
1.0PENDAHULUAN 4
1.1Latar Belakang Kajian 6
1.2Penyataan Masalah 7
1.3Objektif Kajian 7
1.4Metodologi Kajian 7
2.0DAPATAN KAJIAN 8
3.0PERBINCANGAN 14
4.0KESIMPULAN & CADANGAN 16
5.0PENUTUP 17
Rujukan 18
Lampiran 19

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan dan mengupas maklumat berkaitan pandangan pelajar KUPTMKL terhadap faktor pengabaian anak-anak yang semakin membimbangkan apabila pihak yang bertanggungjawab terutamanya ibu bapa tidak mengambil peduli dan berhati-hati dalam setiap perkara yang berlaku terhadap anak-anak mereka. Hal ini dikenalpasti apabila pelbagai bentuk atau jenis kecuaian dan pengabaian berlaku disebabkan daripada faktor-faktor tertentu yang memberi impak negatif kepada diri kanak-kanak. Sebagai penyelesaian masalah, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengurangkan kadar kesalahan ini dengan membentuk satu rang undang-undang untuk perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Bagi mengenalpasti undang-undang yang bersesuaian merujuk perspektif pelaksanaan hukum Syarak yang berdasarkan perincian dan penjelasan definisi asal kecuaian dan pengabaian tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Selain itu, beberapa jalan penyelesaian ditujukan melalui 3 faktor iaitu faktor sosial, faktor ekonomi dan juga faktor teknologi. Sampel kajian adalah seramai 20 responden yang melibatkan remaja berumur dari 18 tahun sehingga 30 tahun di Kolej Poly-Tech Mara, Kuala Lumpur. Borang kaji selidik digunakan untuk mendapatkan analisis data kajian daripada responden. Berdasarkan analisis tersebut, majoriti responden bersetuju dan berpendapat bahawa kenyataan yang dikemukakan daripada borang kaji selidik itu sememangnya berkaitan dengan faktor pengabaian anak-anak.
PENDAHULUAN
Kecuaian dan pengabaian terhadap anak-anak oleh ibu bapa bukanlah satu kesalahan yang kecil di sisi undang-undang malahan ia merupakan satu kesalahan besar yang memberi kesan yang sangat buruk. Kita sering mendengar kecuaian ini berlaku di kalangan masyarakat sekeliling dan ibu bapa dikenakan tindakan undang-undang atas skiap kecuaian mereka. Takrif ibu bapa menurut Noor Laily, ibu ialah wanita yang mengandung dan melahirkan anak, dan bapa pula ialah lelaki yang membolehkan si anak dikandung oleh ibu sehingga dia dilahirkan. Di samping itu, ibu bapa bertanggungjawab membesarkan anak sehingga dewasa dan membentuknya menjadi khalifah di bumi Allah swt.
Berdasarkan Common Law, jika anak itu lahir semasa ibu bapanya yang telah berkahwin, maka anak tersebut adalah anak mereka yang sah. Walau bagaimanapun, pada zaman kini terdapat kemajuan teknologi yang canggih yang membolehkan seorang wanita mengandung dengan menggunakan janin orang lain atau menumpangkan anak di dalam rahimnya kepada wanita lain. Maka perkara ini menimbulkan persoalan terhadap status ibu bapa anak tersebut. Menurut Islam, taraf seorang anak bergantung konsep alwalad li’l-firash iaitu anak berasal dari tempat tidur perkahwinan. Dalam hal ini, pasangan mestilah telah sah berkahwin dan anak yang lahir dari perkahwinan tersebut adalah anak kepada pasangan tersebut dan merekalah ibu bapa yang sah. Maka jelas dalam Islam menekankan anak itu, hendaklah dikandung selepas pasangan tersebut berkahwin dan bukan sebelumnya.
Definisi kanak-kanak menurut common law dalam kamus Black’s Law Dictionary, adalah seseorang yang belum mencapai umur empat belas tahun, walaupun umur tersebut kini berbeza dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Manakala menurut Roger Bird di dalam Osborn’s Concise Law Dictionary, mentakrifkan kanakkanak dengan merujuk Children and Young Persons Act 1933 United Kingdom, seksyen 107 sebagai seseorang yang di bawah umur empat belas tahun.11 Children Act 1975 United Kingdom, seksyen 107(1) dan Adoption Act 1976 United Kingdom, seksyen 72(1) kanak-kanak ialah seseorang yang berumur lapan belas tahun ke bawah. Dalam kamus Oxford Dictionary of Law menyatakan bahawa kanak-kanak adalah seseorang yang belum dewasa.

.Menurut syariat Islam, kanak-kanak adalah seseorang yang belum baligh. Hadis di atas menjelaskan bahawa kanak-kanak ialah seorang yang belum dewasa atau boleh diistilahkan sebagai orang yang masih di bawah umur baligh. Manakala menurut Ibnu Manzhur Rahimahullah mengatakan anak dalam daripada perkataan “Ath-thiflu dan ath-thiflah” bermaksud anak kecil. Manakala dari segi perkataan jamak dari perkataan ath-thifl adalah athfaal. Menurut Abu Haitsam mengatakan anak adalah perkataan thifl bermaksud sejak ia lahir dari kandungan ibunya hingga ia baligh. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “…kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak.” Terdapat pendapat di kalangan fuqaha kanak-kanak dikategorikan tamyiz dengan menggambarkan sifat seorang kanak-kanak yang mumaiyiz, di mana perbuatan kanak-kanak itu seperti makan, minum dan bersuci bersendirian tanpa pertolongan orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya, “Ajarlah (atau suruhlah) kanak-kanak bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah dia ketika berumur sepuluh tahun.”Hadis ini menyeru kita supaya mengajar kanak-kanak bersembahyang apabila berumur tujuh tahun, sedangkan untuk belajar, seseorang itu mestilah mempunyai daya berfikir. Di samping itu, hadis ini menunjukkan bahawa daya berfikir akan wujud apabila seseorang kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun. Kanak-kanak dalam peringkat ini dikenali sebagai kanak-kanak yang mumaiyiz yang baru dapat berfikir untuk membezakan antara perkara yang baik dan buruk atau sudah mempunyai idrak. Walau bagaimanapun kemampuannya masih pada tahap yang lemahdan kurang kalau dibandingkan dengan sifat tamyiz yang ada pada orang dewasa. Oleh itu umur maksimum bagi tamyiz ialah umur baligh. Pada ketika itu tidak lagi dinamakan kanak-kanak tetapi pemuda. Oleh itu, tamyiz yang digunakan pada kanak-kanak tidak bermaksud sudah berakal dengan sempurna, tetapi hanya boleh berfikir dan membezakan antara perkara yang baik dan buruk.

Oleh itu, untuk membendung situasi kecuaian dan pengabaian ibu bapa yang sering berlaku dan amat jelas dalam kaca mata dunia di kalangan kanak-kanak, ibu bapa perlulah mengelakkan sesuatu keadaan yang tidak disedari berlaku di depan mereka sepertimana membiarkan anak-anak mereka dipukul atau didera oleh sesiapa sahaja sama ada dari segi fizikal, emosi dan seksual. Oleh itu, penjelasan faktor-faktor kecuaian dan pengabaian diperincikan di bawah subtopik ini.

1.1Latarbelakang Kajian
Pada masa kini, kes kecuaian yang melibatkan ibu bapa terhadap kanak-kanak kian menjadi-jadi. Walaupun ia kelihatan kecil dari sudut luaran, ia sebenarnya menjadi serius apabila kes tersebut melibatkan nyawa, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut menurut Ramzi Zakaria. Begitu juga halnya dengan pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak. Pengabaian sering terjadi di kalangan kanak-kanak apabila ibu bapa tidak mengendahkan perkara-perkara yang berlaku kepada kanak-kanak sehingga anak-anak mereka terjebak dengan sesuatu kesalahan yang melanggari undang-undang.
Menurut statistik, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian setiap tahun berdasarkan analisis kerajaan. Kes penderaan ini sudah lama berlaku sejak tahun 1990, malangnya masyarakat Malaysia kurang menyedari masalah tersebut sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian. Namun, kerajaan telah memainkan peranan yang besar dengan membentuk akta perlindungan kanak-kanak, maka semakin banyak kes yang mula dilapor dan diberi liputan meluas media khususnya penderaan yang membawa kepada kematian. Terdapat beberapa inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran dan menegakkan hak kanak-kanak kepada ibu bapa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dan diantaranya dalam faktor sosial, ekonomi dan teknologi. Oleh itu kami telah mengkaji punca pengabaian ibu bapa terhadap anak-anakberdasarkan faktor tersebut.

Aspek utama yang ingin dibincangkan adalah berkaitan dengan undang-undang berkenaan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak secara umum.  Dalam menggariskan tanggungjawab ibu bapa di sisi undang-undang, Kami juga ingin menekankan keperluan untuk melihat dasar dan polisi yang menyokong ibu bapa dalam menjalani tanggungjawab mereka secara lebih positif, daripada menghukum ibu bapa dengan bertanggungjawab sepenuhnya akan perbuatan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang lalai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka, pelbagai pendekatan harus diutarakan dan diperhalusi oleh penggubal polisi dalam menangani isu pengabaian tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 yang mengutarakan empat kandungan utama – Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti yang diwartakan pada akhir Julai 2016, diharapkan dapat memantapkan lagi perundangan berkaitan perlindungan kanak-kanak dan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia. 
1.2Penyataan Masalah
Apakah faktor yang mendorong kepada pengabaian anak-anak?
Mengapakah faktor kewangan dan pendapatan keluarga berkait rapat terhadap pengurusan anak-anak?
Sejauh manakah kepekaan ibu bapa terhadap pembahagian masa diantara pengurusan anak-anak dan medium elektronik?
1.3Objektif Kajian
Mengenal pasti faktor yang mendorong kepada pengabaian anak-anak dalam pengatahuan ibu bapa.

Mengenal pasti faktor kewangan dan pendapatan keluarga dalam menguruskan anak-anak.

Mengkaji kepekaan ibu bapa terhadap menguruskan anak-anak berbanding medium elektronik.

1.4Metodologi Kajian
Metodologi kajian merupakan cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Graziano dan Raulin (1996) mendifinisikan kajian dengan lebih ringkas sebagai suatu pencarian yang sistematik terhadap maklumat serta suatu proses penyelidikan. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan perjalanan kajian lebih tersusun dalam mencapai objektif. Kami juga membincangkan beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini, antaranya ialah persampelan, prosedur pengumpulan data dan teknik penganalisis data.
Kami menggunakan teknik kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang kaji selidik yang merangkupi 3 bahagian. Antara 3 bahagian yang kami kemukakan adalah bahagian A yang menyentuh berkaitan maklumat responden, bahagian B kefahaman responden mengenai kanak-kanak dan bahagian C tentang persetujuan responden berkaitan pengabaian kanak-kanak. Responden kami seramai 20 orang yang terdiri daripada pelajar Kolej Univeristi Poly-tech Mara, Kuala Lumpur yang dipilih secara rawak dalam pelbagai khursus telah menjawab 25 soalan yang kami kemukakan.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini memaparkan hasil kajian yang diperoleh melalui kaji selidik yang telah dilakukan ke atas pelajar KUPTMKL untuk mengetahui pandangan mereka terhadap pengabaian kanak-kanak. Seramai 20 orang responden yang dipilih secara rawak telah menjawab soalan yang diajukan. Responden-responden terdiri daripada remaja yang berumur 18 hingga 25 tahun dan berstatus bujang. Kami memilih reponden yang berstatus bujang untuk mengetahui pandangan dan kefahaman mereka mengenai pengabaian kanak-kanak. Mereka yang masih belum mendirikan rumah tangga semestinya mempunyai pandangan yang berbeza daripada orang yang sudah mempunyai anak. Soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kefahaman mengenai kanak-kanak, faktor sosial, faktor ekonomi dan faktor teknologi.
2.1Kefahaman mengenai Kanak-kanak
Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui kefahaman responden mengenai kanak-kanak. Beberapa soalan diajukan seperti maksud kanak-kanak, umur dan tingkah laku kanak-kanak.
Antara soalan yang tanya kepada responden adalah kefahaman maksud kanak-kanak.

Graf 1: Kefahaman maksud kanak-kanak
Graf menunjukkan bahawa kesemua 20 responden memahami maksud kanak-kanak. Kesemua responden menunjukkan bahawa mereka faham maksud kanak-kanak. Malangnya, apabila diberikan penyataan kanak-kanak adalah mereka yang berumur 12 tahun ke bawah, kefahaman mereka terhadap maksud kanak-kanak adalah tidak benar sama sekali.

Graf 2: Definisi kanak-kanak
Seramai 18 responden yang bersetuju bahawa kanak-kanak adalah mereka yang berumur 12 tahun kebawah. Hanya 2 orang responden yang betul-betul memahami maksud kanak-kanak. Seramai 18 orang responden yang menganggap kanak-kanak adalah terdiri daripada mereka yang berumur 12 tahun kebawah adalah kerana mereka beranggapan mereka mempunyai kelakuan yang manja dan lasak sebelum meningkat akil baligh.
2.2Faktor Sosial

Graf 3: Kekurangan masa bersama anak-anak
Seramai 10 responden yang bersetuju bahawa ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga kurang masa bersama anak-anak adalah salah satu faktor yang menyebabkan pengabaian anak-anak. 3 responden yang lain juga sangat bersetuju dengan penyataan ini. Tetapi 7 orang responden tidak bersetuju bahawa kekurangan masa bersama anak-anak adalah salah satu punca pengabaian.

Graf 4: Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab kepada pengasuh atau pembantu rumah
Seramai 14 orang responden bersetuju bahawa pengabaian anak-anak boleh berlaku apabila ibu bapa kurang memantau aktiviti anak dan hanya bergantung pada pengasuh dan pembantu rumah. 2 orang responden sangat bersetuju. Hanya 4 responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini menunjukkan ibu bapa menyerahkan tanggungjawab kepada pengasuh atau pembantu rumah dan tidak mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak.

Graf 5: Kanak-kanak terjebak masalah sosial kerana kurang perhatian diberikan oleh ibu bapa.

Seramai 11 responden bersetuju dan 6 responden sangat bersetuju bahawa kanak-kanak pada masa kini menjadi buruk atas sebab perhatian ibu bapa yang tidak sepenuhnya sehingga mereka kurang merasai kasih sayang. Hanya 3 responden yang tidak bersetuju bahawa kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa merupakan antara punca berlaku pengabaian.

2.3Faktor Ekonomi

Graf 6: Pendapatan ibu bapa yang tidak mencukupi
Pendapatan ibu bapa yang tidak mencukupi bagi seisi rumah dipersetujui oleh 14 orang responden. Seramai 5 responden tidak setuju dan 1 responden sangat tidak setuju bahawa pendapatan ibu bapa antara faktor berlakunya pengabaian anak-anak.

Graf 7: Pekerjaan diutamakan berbanding perhatian diberikan kepada kanak-kanak
Seramai 8 responden yang tidak bersetuju bahawa ibu bapa memilih untuk mengutamakan pekerjaan berbanding menumpukan perhatian kepada anak-anak. Seramai 11 orang responden yang bersetuju dan seorang responden sangat setuju bahawa ibu bapa mengutamakan pekerjaan berbanding anak-anak antara faktor berlakunya pengabaian.

Graf 8: Peningkatan harga barang dan pembayaran kos-kos tertentu merupakan pemasalahan yang memberi kesan negatif
Ramai responden yang bersetuju bahawa peningatan harga barang dan pembayaran kos-kos tertentu merupakan pemasalahan yang memberi kesan negatif iaitu pengabaian anak-anak. Hanya seorang responden yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.

2.4Faktor Teknologi

Graf 9: Hubungan keibubapaan dengan anak
Kesemua responden bersetuju bahawa hubungan keibubapaan dengan anak-anak terjejas disebabkan kurang komunikasi diantara satu sama lain berpunca permainan internet yang canggih pada masa kini. Hanya seorang responden tidak bersetuju dan mengatakan bahawa ianya bukanlah antara faktor pengabaian anak-anak.

Graf 10: Ibu bapa yang leka menggunakan telefon pintar atau media sosial
Terdapat 2 responden yang tidak bersetuju bahawa ibu bapa yang leka menggunakan telefon pintar atau media sosial adalah antara punca pengabaian anak-anak. Seramai 13 responden bersetuju dan selebihnya sangat bersetuju bahawa telefon pintar antara sebab pengabaian ibu bapa.

Graf 11: Kurang perhatian ibu bapa terhadap aplikasi dalam telefon mudah alih anak-anak
Kesemua 20 responden bersetuju bahawa kurang perhatian ibu bapa terhadap aplikasi dalam telefon mudah alih anak-anak memberi peluang kepada mereka untuk keluar berhubung dan bertemu rakan-rakan. Penyataan ini dipersetujui oleh kesemua responden kerana mereka mengatakan ini adalah antara punca pengabaian anak-anak.

3.0PERBINCANGAN
Pengabaian anak-anak semakin berleluasa dan ianya bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan. Pengabaian boleh menyebabkan kesalahan besar di sisi undang-undang kerana boleh melibatkan keselamatan dan nyawa seorang anak. Menurut kajian yang telah diadakan untuk mengetahui pandangan pelajar KUPTMKL terhadap faktor pengabaian anak-anak, responden-responden tidak dapat memahami maksud sebenar kanak-kanak. Mereka beranggapan bahawa kanak-kanak adalah mereka yang berumur 12 tahun kebawah. Hal ini kerana mereka menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai kelakuan yang manja dan lasak sebelum meningkat akil baligh. Menurut Akta kanak-kanak 2001 Seksyen 2, kanak-kanak didefinasikan mereka yang berumur 18 tahun kebawah. Munurut Mohammad Ramzi Zakaria, hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib dan Aisyah r.a bahawa sabda Rasulullah menjelaskan bahawa kanak-kanak ialah seorang yang belum dewasa atau boleh diistilahkan sebagai seorang yang masih di bawah umur baligh. Kanak-kanak ini kebiasaanya memerlukan pengawasan dan perhatian yang teliti oleh ibu bapa.
Respon yang diterima daripada responden dalam kalangan pelajar KUPTMKL mengatakan bahawa ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga kurang masa bersama anak-anak adalah antara faktor yang berlakunya pengabaian anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa yang kurang memantau aktiviti anak dan hanya bergantung pada pengasuh dan pembantu rumah. Mereka beranggapan bahawa anak-anak dapat menyelesaikan masalah emosi, kesihatan dan fizikal sendiri. Malangnya, apabila anak-anak kurang merasai kasih sayang daripada ibu bapa, anak-anak akan terjebak dengan masalah sosial. Anak-anak mula terlibat dengan kesalahan juvana seperti mencuri, merompak mahupun bertindak liar. Menurut Mohammad Ramzi Zakaria, kejadian yang berlaku terhadap seorang gadis yang tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu pada usia kanak-kanak lagi sehingga gadis tersebut terjebak dengan perbuatan songsang pada peringkat remaja. Selain itu, statistik bilangan kanak-kanak yang terlibat dengan masalah juvana juga meningkat. Pada tahun 2012, angka kanak-kanak yang terlibat dengan masalah juvana ialah sebanyak 3399 kes. Bilangan tersebut meningkat secara mendadak sebanyak 8704 kes pada tahun 2013. Hal ini menunjukkan kesan daripada punca pengabaian ibu bapa dalam memberi kasih sayang dan kurangnya berkomunikasi dengan anak-anak dalam sesebuah keluarga.
Faktor ekonomi juga adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pengabaian anak-anak. Kebanyakan Ibu bapa yang mengalami pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan oleh peningkatan harga barang dan pembayaran kos-kos yang tertentu. Hal ini berlaku kerana faktor ahli bilangan keluarga yang besar dan ramai dalam sesebuah keluarga. Selain itu, ibu bapa juga memilih untuk mengutamakan pekerjaan berbanding menumpukan perhatian kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan diri mereka terabai oleh ibu bapa. Apabila ekonomi keluarga tidak seimbang, ibu bapa akan memaksa anak-anak mereka untuk mengemis supaya dapat meringankan bebanan mereka. Apabila anak-anak dipaksa untuk mengemis, ibu bapa sudah tentu tidak mengendahkan perbuatan anak dan mengabaikan mereka. Anak-anak tidak dipantau dan membiarkan mereka membeli keperluan sendiri. Menurut kes-kes yang melibatkan kanak-kanak jalanan, pada tahun 2014, sebanyak 240 kes dapat diselamatkan dan 19 kes yang dibawa ke mahkamah. Ini menunjukkan pengabaian boleh berlaku apabila ekonomi sesbuah keluarga itu tidak stabil.
Faktor teknologi juga merupakan antara faktor berlakunya pengabaian anak-anak pada masa kini. Hubungan keibubapaan dengan anak-anak terjejas disebabkan kurang komunikasi diantara satu sama lain. Pada era moden ini, permainan internet yang canggih juga disebabkan oleh kemajuan teknologi yang semakin moden. Ibu bapa terlalu leka menggunakan telefon pintar untuk melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter sehingga mengabaikan anak-anak. Terdapat sesetengah ibubapa yang menggunakan medium teknologi untuk perniagaan mereka. Mereka lebih mengutamakan urusan perniagaan secara talian daripada meluangkan masa dengan anak-anak. Selain itu, kurang perhatian ibu bapa terhadap aplikasi dalam telefon pintar anak-anak memberi peluang kepada mereka untuk keluar berhubung dan bertemu rakan-rakan. Hal ini kerana apabila anak-anak diberikan kemudahan ketika usia masih muda boleh mendorong kepada kelalaian. Menurut Harriz, dalam zaman globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti internet dan kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa. Ini menunjukkan faktor teknologi juga menyumbang kepada berlakunya pengabaian anak-anak.

4.0KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pengabaian ibu bapa terhadap kanak-kanak boleh memberi impak kepada masa depan seseorang anak itu. Menurut UNICEF, anak-anak yang terabai kebiasaanya mempunyai simptom-simptom fizikal dan emosi seperti tidak makan dengan baik dan menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan, tidak menghabiskan tempoh persekolahan dan terlibat engan kegiatan jahat atau haram terutamanya dalam kalangan remaja. Untuk mengelakkan pengabaian berlaku, sesebuah keluarga itu seharusnya melakukan aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga. Hal ini supaya interaksi boleh berlaku antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bijak merancang aktiviti kekeluargaan seperti berkelah di hujung minggu, bercuti mahupun keluar berjalan-jalan. Disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, masalah juga dapat diselesaikan.
Selain itu, badan-badan yang menawarkan bantuan kewangan kepada golongan miskin seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Zakat hendaklah memudahkan proses bagi golongan miskin untuk memohon bantuan. Hal ini kerana ramai golongan miskin yang tidak tahu tentang kewujudan bantuan yang disediakan kerana kekurangan sumber. Sudah tentu golongan yang tidak berkemampuan hidup seperti katak dibawah tempurung. Rakan-rakan dan saudara perlu membuat aduan apabila berlakunya pengabaian dalam kalangan golongan miskin ini supaya beban mereka dapat diringankan.

Tempoh penggunaan teknologi juga perlu dihadkan bukan sahaja untuk anak-anak malahan ibu bapa juga. Ibu bapa yang selalu dengan gajet boleh menyebabkan pengabaian anak-anak berlaku. Ibu bapa yang sering meletakkan gambar kehidupan mereka di media sosial seperti waktu makan, bermain mahupun ketika meluangkan masa bersama keluarga perlu berpada-pada. Mereka lebih mengutamakan media sosial berbanding realiti. Ibu bapa perlu mengimbangkan antara kerjaya dan kehidupan seharian mereka dengan mendedahkan anak-anak dengan dunia sebenar dan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu pembangunan emosi dan minda mereka. Hal ini kerana apabila anak dididik dengan memberikan telefon pintar, perkembangan mereka terbatas. Mereka tidak didedahkan dengan suasana di luar rumah sehinggalah mereka mencecah usia remaja.

5.0PENUTUP
Kajian yang dilakukan untuk mengetahui pandangan pelajar KUPTMKL terhadap faktor-faktor pengabaian anak-anak ini membuktikan bahawa faktor kewangan, kepekaan ibu bapa terhadap menguruskan anak-anak dan medium elektronik adalah antara punca berlakunya pengabaian. Terdapat banyak faktor berlakunya pengabaian anak-anak seperti faktor sosial, ekonomi dan teknologi. Faktor-faktor ini saling berkait antara satu sama lain. Faktor yang paling utama adalah faktor ekonomi. Hal ini kerana, apabila kegawatan ekonomi dalam sesebuah keluarga itu, faktor sosial akan terlibat sama. Apabila anak-anak terbiar, mereka boleh terlibat dengan gejala negatif seperti mencuri, pengambilan dadah, arak atau alkohol dan membunuh. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan betul. Didikan perlulah diberikan sejak kecil supaya hidup mereka terjamin pada masa hadapan. Satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak dan NGO-NGO yang tertentu bagi mengukuhkan perlindungan anak-anak. Undang-undang juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa yang tidak bertanggunjawab ini. Ibu bapa yang cuai dan mengabaikan anak-anak ini perlu dikenakan hukuman. Keputusan kajian yang telah dijalankan ini menunjukkan bahawa pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak boleh menjejaskan masa depan anak-anak. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat dan kesedaran khusunya kepada ibi bapa, NGO yang terlibat dan pihak JKM.

RUJUKAN
Mohammad Ramzi Zakaria, (2015), Kecuaian dan Pengabaian Kanak-Kanak oleh Ibu Bapa: Kedudukannya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Prinsip Syariah, dipetik pada 17 Julai 2018
UNICEF Malaysia, (2010), Penderaan Kanak-Kanak: Pengabaian, dipetik pada 19 Julai 2018, dari GetonBoard-Factsheet-Pengabaian_(Malay).pdf
Syahirah Abdul Shukor, (2016), Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Melindungi Kanak-Kanak Menurut UNdang-Undang Malaysia: Satu Tinjauan Awal, dipetik pada 15 Julai 2018, dari http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/16/26
Suhaizam Binti Sulaiman ; A’dawiyah binti Hj. Ismail, (2017), Pengaruh Didikan Keluarga Dalam Kalangan Penagih Dadah, dipetik pada 19 Julai 2018
Lianny Solihin, (2004), Tindakan Kekerasan Pada Anak Dalam Keluarga, dipetik pada 17 Julai 2018
http://eprints.uthm.edu.my/8396/1/PERKEM2016_2C6.pdf
http://eprints.ums.edu.my/14115/1/sp0000000200.pdf
http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/156/128
http://eprints.umm.ac.id/29959/1/jiptummpp-gdl-novichrist-30059-2-babi.pdf
PANDANGAN PELAJAR KUPTMKL TERHADAP FAKTOR PENGABAIAN ANAK-ANAK
Kami selaku pelajar Kolej Poly-Tech Mara KL (KUPTMKL), Semester 5 Program BE201 telah diberikan tugasan untuk melakukan satu kajian bagi subjek Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia. Kajian yang akan dijalankan ialah mengenai pandangan pelajar KUPTMKL terhadap faktor pengabaian anak-anak. Kerjasama yang diberikan kami dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Arahan : Sila tandakan (?) di dalam kotak yang berkenaan.

BAHAGIAN A : Latar Belakang Responden
Umur
18-21 22-25 25-30
Jantina
Lelaki Perempuan
Bangsa
Melayu Cina India Lain-lain
Agama
Islam Kristian Buddha Lain-lain Status Perkahwinan
Bujang Berkahwin Bercerai Balu
BAHAGIAN B : Kefahaman Mengenai Kanak-Kanak
Saya memahami maksud kanak-kanak
Ya Tidak
Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 12 tahun kebawah.

Ya Tidak
Kanak-kanak mempunyai kelakuan yang manja dan lasak sebelum meningkat akil baligh.

Ya Tidak
Kanak-kanak kebiasaannya memerlukan pengawasan dan perhatian yang lebih teliti.

Ya Tidak
Ibu bapa sering memandang ringan tentang faktor kesihatan anak-anak.

Ya Tidak
BAHAGIAN C :Arahan : Sila tandakan (?) di dalam kotak yang berkenaan.

BAHAGIAN C(i) : Faktor Sosial
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
Ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehingga kurang masa bersama anak-anak. Ibu bapa kurang memantau aktiviti anak dan hanya bergantung pada pengasuh atau pembantu rumah. Ibu bapa menjangka anak dapat menyelesaikan masalah emosi & kesihatan sendiri. Ibu bapa sering tegas & mengharapkan anak-anak patuh kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Kanak-kanak pada masa kini menjadi buruk atas sebab perhatian ibubapa yang tidak sepenuhnya sehingga mereka kurang merasai kasih saying. BAHAGIAN C(ii) : Faktor Ekonomi
Ibu bapa mengalami pendapatan yang tidak mencukupi bagi seisi rumah. Ibu bapa memilih untuk mengutamakan pekerjaan berbanding menumpukan perhatian kepada kesihatan anak-anak. Peningkatan harga barang & pembayaran kos-kos yang tertentu merupakan pemasalahan yang memberi kesan negatif. Keluarga yang besar atau ramai merupakan salah satu faktor berlakunya kecuaian. Punca-punca anak mengalami masalah pemakanan adalah kerana diabaikan oleh ibu bapa. BAHAGIAN C(iii) : Faktor Teknologi
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
Hubungan keibubapaan dengan anak-anak terjejas disebabkan kurang komunikasi diantara satu sama lain disebabkan permainan internet yang canggih pada masa kini. Ibu bapa terlalu leka menggunakan telefon pintar atau media sosial sehingga mengabaikan anak-anak. Ibu bapa mengutamakan urusan kehidupan mereka termasuk lah perniagaan dalam talian rangkaian internet. Ibu bapa lebih menumpukan kepada kehendak anak-anak seperti memberikan talefon pintar pada usia yang masih muda sehingga mendorong kepada kelalaian. Kurang perhatian ibu bapa terhadap aplikasi dalam talefon mudah alih anak-anak memberi peluang kepada mereka untuk keluar berhubung & bertemu rakan-rakan.

x

Hi!
I'm Dora

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Barry!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out