GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I SEMESTER II SESI AKADEMIK 2017/2018 TUGASAN INDIVIDU

GGGB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN I
SEMESTER II SESI AKADEMIK 2017/2018

TUGASAN INDIVIDU: TUGASAN 1

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

TAJUK: REMAJA MANGSA PERCERAIAN DAN KEPERLUAN
KAUNSELING

NAMA: MUHAMMAD IMAN HAFEEZ BIN MUKHATAR
NO.MATRIK: P94190
PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN
PENGKHUSUSAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PENSYARAH: DR. AZLIN NORHAINI BT MANSOR

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (kini Kementerian Hal
Ehwal Wanita dan Kebajikan) melalui Dasar Keluarga Negara menyatakan keluarga merupakan
sebuah unit asas sosial yang membekalkan sumber manusia bagi pembangunan serta menjamin
kesinambungan insan sebagai generasi akan datang. Mengikut peruntukan dalam Deklarasi Hak
Asasi Manusia Sejagat (1948), institusi keluarga adalah satu unit terpenting dalam masyarakat.
Sehubungan itu, adalah wajar institusi keluarga diberi perlindungan oleh masyarakat dan kerajaan.
Justeru, institusi keluarga perlu diperkukuh, diperkaya dan diperkasakan dengan ilmu,
pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

Keluarga merupakan satu institusi manusia yang universal yang mengandungi satu
kumpulan ahli yang berstruktur dengan fungsi untuk mensosialisasikan anak-anak yang baru
dilahirkan. Ahli sosiologi functionalist menjelaskan keluarga mengikut fungsinya. Mereka melihat
bagaimana keluarga disalurkan dengan bahagian lain dalam masyarakat. Dalam masyarakat,
keluarga memenuhi fungsi asas iaitu untuk sosialisasi, sokongan emosi, perkembangan zuriat,dan
status sosial. Keluarga merupakan pusat kehidupan emosi, satu tempat untuk anak-anak akan
mendapat sokongan atau kepastian. Sekiranya terjadi perpisahan di dalam keluarga, anak-anak
seolah-olah diragut sokongan emosi serta kasih sayang mereka kerana ibu bapa tidak lagi bersama.

Manusia menurut Etzioni & Hochschild (dalam Thoits, 1989), sebahagian penting tingkah
laku manusia dipengaruhi dengan komitmen afektif (seperti kemahuan, sikap, nilai dan
kepercayaan moral) tetapi emosi dengan orang lain dan manusia juga dimotivasikan oleh
keprihatinan rasional ekonomi. Anak-anak daripada keluarga yang mengalami perceraian akan
mengalami pelbagai emosi dan perasaan disebabkan ketiadaan ibu bapa sebagai peneraju utama
dalam memastikan fungsi sesebuah keluarga berjalan dengan baik. Antara emosi-emosi yang
sering dikaitkan dengan anak-anak apabila ibu bapa mereka bercerai adalah tertekan, perasaan
sedih, malu, benci, marah, dan bersalah.

Sama ada emosi yang dirasai diluahkan atau tidak bergantung kepada diri remaja tersebut
dikenali sebagai penzahiran emosi. Kesedihan serta tekanan yang dialami anak-anak menyebabkan
terdapat anak-anak yang boleh menzahirkan emosi serta tidak boleh meluahkan emosi yang
dirasainya. Peluahan emosi ini termasuk dalam pengurusan emosi anak-anak. Jadi pengurusan
emosi merupakan sesuatu yang penting untuk membantu dalam memberi sokongan serta semangat
kepada anak-anak sekaligus mengurangkan masalah emosi yang dihadapi. Selain strategi yang
diambil oleh anak-anak itu sendiri untuk mengurus emosi, sokongan sosial juga menjadi sumber
pengurusan emosi anak-anak.

Ahli antropologi rata-rata mengandaikan emosi dapat memandu tingkah laku. Shots dalam
Thoits (1989) mencadangkan role taking emotions yang mengaitkan emosi dengan kawalan sosial
seperti shame, gulit, embarrassment (unpleasant one), pride dan vanity (pleasant one) yang dapat
memotivasikan diri. Seseorang itu mempunyai perasaan bangga atau malu bergantung kepada
reaksi orang lain akan tingkah laku atau fikirannya. Apabila seseorang merasa malu dan bersalah,
mereka akan membendung tingkah laku yang tidak konvensional dan sering bertindak secara
altruistik untuk meredakan perasaan malu itu dan mengembalikan semula rasa megah atau harga
diri. Menurutnya, role taking emotions ini penting kepada masyarakat dalam mewujudkan kawalan
diri yang amat penting kepada kawalan sosial secara umumnya.

Oleh itu, bagi menguruskan emosi remaja-remaja daripada ibu bapa yang bercerai ini maka
keperluan kaunseling amatlah tepat sekali dilakukan. Pendekatan kaunseling semakin popular di
Malaysia sebagai suatu perkhidmatan pencegahan, perkembangan, pemulihan dan rawatan dalam
menangani isu-isu yang berkaitan jiwa, personaliti dan sebagainya yang berkait rapat dengan
aktiviti-aktiviti manusia. Walaupun perkataan ‘kaunseling’ lebih dikenali dalam masyarakat
sekolah sejak ia diperkenalkan seawal tahun 1960an, namun kaunseling kini telah digunapakai di
mana-mana setting yang melibatkan perhubungan manusia. (Aminah dan Arthur, 1995).

Menurut Lily (2003), kaunseling merujuk kepada perkhidmatan profesional yang
ditawarkan oleh seorang kaunselor terlatih dan cekap dalam bidang kaunseling. Perkhidmatan
kaunseling berlangsung dalam suasana yang terapeutik dan dipandu oleh etika kaunseling yang
khusus. Proses kaunseling adalah berdasarkan kepada perhubungan yang terjalin di antara
kaunselor dan klien. Proses kaunseling juga melibatkan penggunaan kemahiran asas yang
memudahkan perolehan kemahiran baru, penyelesaian masalah dan mempelajari tingkahlaku baru
di pihak klien. Secara asasnya, proses kaunseling bertanggungjawab membantu melakukan
penerokaan diri dan mencari jalan alternative untuk keluar dari sebarang konflik diri atau yang
melibatkan orang lain.

Oleh yang demikian, wujud beberapa persoalan yang berkait dengan remaja yang
berhadapan dengan krisis perceraian ibu bapa ini iaitu apakah kesan yang diterima oleh mereka,
adakah terdapat perbezaan emosi dan keadaan yang dirasai remaja pada awal perceraian dan masa
kini dan adakah kaunseling sangat-sangat diperlukan bagi menangani keadaan remaja daripada
perceraian ibu bapa ini.

1.2 Permasalahan kajian

Akhbar Utusan Melayu pada 14 November 2016 memaparkan seramai 48,077 pasangan Islam
yang bercerai pada tahun tersebut. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat ketika itu, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, sebanyak 48,077 kes perceraian
melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga Julai tahun 2016. Beliau
berkata lagi, daripada jumlah tersebut, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor
sebanyak 7,731 kes, Sabah (6,638 kes) dan Johor (4,700). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
pula merekodkan sebanyak 4,503 kes perceraian atau pembubaran perkahwinan membabitkan
rakyat tempatan dengan warga asing bagi tahun 2014, 2015 dan 2016.

Berdasarkan statistik perceraian yang dikeluarkan ini menunjukkan kebimbangan yang
tinggi terhadap institusi perkahwinan di Malaysia yang mana boleh memberi kesan yang besar
kepada institusi kekeluargaan yang melibatkan anak-anak. Menurut Norhayati dan Zaidah (2016),
melalui hasil kajian mereka yang bertajuk ‘Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di Malaysia:
Suatu penelitian ekspresi emosi’ menyatakan, krisis perceraian dalam keluarga menyebabkan
remaja perempuan lebih mempunyai perasaan malu berbanding lelaki. Dari sudut emosi positif,
perempuan lebih tertumpu kepada emosi positif iaitu sayang berbanding lelaki. Namun demikian
remaja lelaki lebih mempunya emosi gembira. Hal ini boleh dikaitkan dengan sokongan sosial
yang diperoleh.

Kata mereka lagi, remaja lelaki lebih tertumpu kepada emosi negatif seperti benci dan
marah berbanding perempuan. Dari sudut perluahan emosi, remaja perempuan kurang meluahkan
emosi berbanding lelaki. Faktor budaya seperti tidak menggalakkan peluahan emosi negatif serta
kurangnya sokongan dari ibu, rakan-rakan dan komuniti merupakan faktor emosi tersebut tidak
berjaya diluahkan. Sekiranya emosi tersebut tidak diluahkan kepada individu terdekat dikhuatiri
akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi negatif remaja. Anak-anak yang tidak
mendapat sokongan sosial yang baik akan melalui penyesuaian hidup yang susah. Akhirnya timbul
anak-anak yang tidak boleh meluahkan emosi dan memendamkan emosi.

Terdapat persamaan banyak simptom yang berlaku kepada anak-anak remaja yang
perceraian ibu bapa ini. Antaranya conduct disorders, tingkahlaku anti-sosial, sukar untuk
berkawan, kemurungan dan masalah pencapaian akademik yang baik. Ini seperti yang dikatakan
oleh Cherlin et al, Elliot dan Richards (1991). Bagi Cummings and Davies (1994) dan Dadds et al.
(1999), menyatakan bagi anak-anak yang lebih tua dan peringkat remaja, tahap konflik yang besar
terdapat pada penyesuaian anak-anak dengan konflik yang tegang mendorong kepada tingkah laku
yang externalizing seperti memberontak, agresif, delikuen dan internalizing iaitu kemurungan,
keresahan, dan kurang penghargaan kendiri. Oleh itu, kesan-kesan negatif ini merupakan
permasalahan yang besar yang berlaku.

Berdasarkan kajian-kajian lepas mereka akan cuba memendam perasaan kesan daripada
perceraian kedua ibu bapa mereka. Ada juga yang cuba meluahkan perasaan kepada orang yang
mereka boleh percayai sahaja. Namun akibat-akibat yang diambil ini kemungkinan boleh berlaku
perkara yang di luar jangkaan seperti melarikan diri dari rumah. Akhbar Satar, Presiden
Transparency International-Malaysia di dalam artikelnya yang dicetak di Berita Harian pada 7
Januari 2016 mengatakan perceraian, konflik rumah tangga, penderaan fizikal atau emosi, isu
dadah, melabelkan remaja, ekonomi dan masalah cinta antara punca remaja lari dari rumah.

Beliau juga mengulas mengenai kes seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang lari
dari rumah di Melaka mendakwa kononnya akan dijual oleh keluarganya namun berita itu adalah
rekaan semata-mata. Kemudian beliau memberitahu remaja itu perlu diberi peluang kedua melalui
kaunseling disebabkan belum matang dalam membuat keputusan. Kerana itu, kaunselor sebagai
satu profesion yang profesional haruslah diberikan kepada remaja-remaja ini agar kesan-kesan
negatif yang berlaku itu dapat ditangani. Berdasarkan melalui permasalahan dan isu-isu yang
dibincangkan mengenai remaja mangsa perceraian ini, jelaslah dapat dilihat bahawa kaunseling
perlu memainkan peranan penting dalam membantu remaja-remaja ini dalam menghadapi
perpisahan ibu bapa mereka.

Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menetapkan kepentingan kajian ini kepada
beberapa pihak iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pihak sekolah,
institut pengajian tinggi dan masyarakat. Kajian ini akan dapat memberikan kefahaman tentang
keperluan kaunseling dan remaja mangsa perceraian ibu bapa. Oleh itu, kajian ini yang melibatkan
lima orang mangsa penceraian akan dapat memberikan sedikit gambaran tentang keperluan
kaunseling kepada mereka apabila menghadapi situasi yang sukar untuk mereka hadapi ini.

1.3 Tujuan Kajian

Berdasarkan tujuan umum di atas, maka tujuan khusus kajian ini ialah:-

i. Tujuan kenyataan bagi kajian ini adalah untuk memahami antara remaja mangsa
perceraian dan keperluan kaunseling berdasarkan faktor jantina.
ii. Tujuan kenyataan bagi kajian ini adalah untuk memahami antara remaja mangsa perceraian
dan keperluan kaunseling berdasarkan faktor emosi.
iii. Tujuan kenyataan bagi kajian ini adalah untuk meneroka keperluan kaunseling bagi remaja
mangsa perceraian.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan tujuan umum di atas, maka objektif kajian ini ialah untuk:-

i. Mengenal pasti perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor jantina.
ii. Mengenal pasti perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor emosi.

iii. Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara remaja mangsa perceraian dan keperluan
kaunseling.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor jantina?
ii. Apakah perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor emosi?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara remaja mangsa perceraian dan
keperluan kaunseling?

1.6 Hipotesis Kajian

Berikutan kajian yang dijalankan ke atas perkaitan antara remaja mangsa penceraian dengan
keperluan kaunseling, maka beberapa hipotesis telah dibentuk.

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor jantina.
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan antara keperluan kaunseling kepada remaja mangsa perceraian
berdasarkan faktor emosi.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara remaja mangsa perceraian dan keperluan
kaunseling.

1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Remaja

Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di
antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang
lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun
sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16-18 tahun. Tetapi pada
masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa
menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.

Menurut Pong dan Ragbir (1997), peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun.
Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari
tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan
menggunakannya dengan cara yang paling berkesan. Masa remaja adalah satu tempoh
penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak
kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut
sebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri (Kathleen dan Joseph, 1989). Oleh itu,
usia remaja ini adalah satu tempoh yang mana mereka sedang mencari arah dan juga identiti
mereka. Segala emosi yang mereka terima mungkin akan mempengaruhi mereka pada masa akan
datang.

1.7.2 Perceraian

Perceraian dari segi bahasa ialah membuka ikatan, melepaskan ikatan, pembebasan dan
seumpamanya. Dari segi istilah pula ialah membuka ikatan perkahwinan dengan melafazkan
perkataan talak atau cerai atau seumpamanya. Menurut Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,
perceraian atau talak ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya
berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz
soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq
raj’ie atau talaq ba’in.

Tambahan lagi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Perceraian ialah perihal
(kejadian) bercerai (antara suami isteri). Perceraian bermaksud menamatkan hubungan
perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi. Perceraian dari segi
bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan
dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab. Perceraian melibatkan kerosakan
hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Ia bukan
sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Perceraian yang
biasa kita dengar atau yang diamalkan oleh orang Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang
hanya boleh dibuat oleh suami. Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh
melafazkannya. Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: “Tidak ada perkara halal yang
dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada
suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”

1.7.3 Kaunseling

Terdapat banyak definisi yang telah dikemukakan tentang kaunseling dan tidak terdapat satu
definisi khusus yang boleh diterima oleh semua orang. Ini kerana definisi yang dikemukan banyak
bergantung kepada pendekatan atau teori yang digunakan. Antara definisi-definisi yang masyhur
ialah dari Ivey,Ivey dan Downing (1987) menyatakan kaunseling adalah satu proses mengambil
berat dengan membantu manusia normal untuk mencapai matlamat mereka atau lebih efektif.
Robinson (1988) pula menyatakan proses kaunseling adalah hubungan membantu dan ditujukan
untuk membantu klien dalam mengalami pengurangan ketegangan mental dan mencapai
kesejahteraan diri. Kaunseling melibatkan pertukaran interpersonal antara kaunselor terlatih dan
orang yang mencari bantuan daripada penderitaan, kebimbangan, atau mungkin kekurangan yang
menyakitkan.
Menurut Akta Kaunselor 1998 atau dikenali Akta 580, kaunseling bererti suatu proses
sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan
oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan,
kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan,
kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

RUJUKAN

Abd.Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin. 1997. Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan dan
Perkembangan. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Akhbar Satar (2016). Krisis identiti penyebab remaja lari rumah.
https://www.bharian.com.my/node/111881
Akta 580. AKTA KAUNSELOR 1998. Undang-Undang Malaysia
Aminah Hj.Hashim dan Arthur P.Lloyd (ed.) (1995), “Perkhidmatan Unit Bimbingan dan
Kaunseling” dalam Bimbingan dan Kaunseling dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Federal
Publications, h. 3-4.
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 1 (semester 1). Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Cherlin A, Furstenberg F, Chase-Lansdale L et al. (1991), Longitudinal studies of divorce on
children in Great Britain and the United States. Science 252: 1386-1389.
Cummings EM, Davies PT (1994). Children and Marital Conflict. New York: Guilford.
Dadds MR. Atkinson, E. Turner, C.Blums, GJ.Lendich B (1999). Family conflict and child
adjustment: evidence for a cognitive-contextual model of intergenerational transmission. J
Fam Psychol 13:194-208
Elliot BJ, Richards MPM (1991), Children and divorce: educational performance and behavior
before and after separation. Int J Law Fam 5:258-287.
http://pahang.jksm.gov.my/index.php/perceraian
http://www.esyariah.gov.my/portal/page/portal/Portal%20E-Syariah%20BM/Portal%20E-
Syariah%20Soalan%20Lazim
http:/www.utusan.com.my/berita/parlimen/48-077-pasangan-islam-bercerai-tahun-ini-
1.407505#ixzz5G7bagDCp

Lily Mastura Harun (2003), “Kaunseling Perkahwinan: Satu Permulaan Ke Arah Keharmonian
Keluarga”, Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Kaunseling Kebangsaan Ke-
20, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15-16 April 2003.

Norhayati Zulkefli & Zaidah Mustapha. 2016. Remaja daripada ibu bapa yang bercerai di
Malaysia: Suatu penelitian ekspresi emosi. Malaysian Journal of Society and Space 12
Issue 9 (150-160).

x

Hi!
I'm Dora

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Barry!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out