KAJIAN PENINGKATAN PENGURUSAN PENGEKOSAN PERNIAGAAN TUNGGAL DI FIZMIE BAKERY ENTERPRISE NOR HASLIZA BINTI OTHMAN NURUL MUAZZAH BINTI MHD ZAKI NUR NADHIRAH ADAWIAH BINTI RAZALI 2019 DIPLOMA PERAKAUNAN KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU KAJIAN PENINGKATAN PENGURUSAN PENGEKOSAN PERNIAGAAN TUNGGAL DI FIZMIE BAKERY ENTERPRISE Oleh NOR HASLIZA BINTI OTHMAN NURUL MUAZZAH BINTI MHD ZAKI NUR NADHIRAH ADAWIAH BINTI RAZALI Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma Perakaunan dan Diploma Kemahiran Malaysia Perakaunan

KAJIAN PENINGKATAN PENGURUSAN
PENGEKOSAN PERNIAGAAN TUNGGAL
DI FIZMIE BAKERY ENTERPRISE
NOR HASLIZA BINTI OTHMAN
NURUL MUAZZAH BINTI MHD ZAKI
NUR NADHIRAH ADAWIAH BINTI RAZALI
2019
DIPLOMA PERAKAUNAN
KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU
KAJIAN PENINGKATAN PENGURUSAN
PENGEKOSAN PERNIAGAAN TUNGGAL
DI FIZMIE BAKERY ENTERPRISE
Oleh
NOR HASLIZA BINTI OTHMAN
NURUL MUAZZAH BINTI MHD ZAKI
NUR NADHIRAH ADAWIAH BINTI RAZALI
Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Wakaf Tembesu Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma Perakaunan dan Diploma Kemahiran Malaysia Perakaunan
(FB-100-4:2012-CO5)
PROGRAM PERAKAUNAN
2019
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT

ISI KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT
TOC o “1-3” h z u PENGHARGAAN PAGEREF _Toc525203336 h 3ABSTRAK PAGEREF _Toc525203337 h 4ABSTRAC PAGEREF _Toc525203338 h 5ISI KANDUNGAN PAGEREF _Toc525203339 h 6SENARAI JADUAL PAGEREF _Toc525203340 h 9SENARAI RAJAH PAGEREF _Toc525203341 h 10SENARAI LAMPIRAN PAGEREF _Toc525203342 h 11PENGENALAN PAGEREF _Toc525203343 h 121.1PENGENALAN PAGEREF _Toc525203344 h 121.2LATAR BELAKANG PAGEREF _Toc525203345 h 131.3PENYATAAN MASALAH PAGEREF _Toc525203346 h 151.4OBJEKTIF KAJIAN PAGEREF _Toc525203347 h 151.5KEPENTINGAN KAJIAN PAGEREF _Toc525203353 h 161.6SKOP DAN BATASAN KAJIAN PAGEREF _Toc525203357 h 16KAJIAN LITERATUR PAGEREF _Toc525203365 h 172.1PENGENALAN PAGEREF _Toc525203366 h 172.2SOROTAN KAJIAN PAGEREF _Toc525203367 h 172.3KONSEP KOS PAGEREF _Toc525203368 h 21METODOLOGI PAGEREF _Toc525203369 h 223.1PENGENALAN PAGEREF _Toc525203370 h 223.2KAEDAH PEMERHATIAN PAGEREF _Toc525203371 h 233.3KAEDAH TEMUBUAL PAGEREF _Toc525203372 h 243.4KAEDAH ANALISIS DOKUMEN PAGEREF _Toc525203373 h 253.5CARTA ALIR PROSES KERJA PAGEREF _Toc525203374 h 263.6ANALISIS KOS PROJEK PAGEREF _Toc525203375 h 273.7CARTA GANTT PAGEREF _Toc525203376 h 28DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS PAGEREF _Toc525203377 h 294.1PENGENALAN PAGEREF _Toc525203378 h 294.2KOS STANDARD DAN KOS SEBENAR PAGEREF _Toc525203379 h 304.2.1Kos Standard PAGEREF _Toc525203380 h 304.2.2Kos Sebenar PAGEREF _Toc525203381 h 314.3LEMBARAN KOS STANDARD DAN KOS SEBENAR PAGEREF _Toc525203382 h 344.3.1HOKKAIDO CUPCAKES PAGEREF _Toc525203383 h 344.3.2CHOCOLATE BLUEBERRY PAGEREF _Toc525203384 h 374.3.3OREO CHOCOLATE PAGEREF _Toc525203385 h 404.4VARIANS PENGEKOSAN PAGEREF _Toc525203386 h 434.4.1HOKKAIDO CUPCAKES PAGEREF _Toc525203387 h 434.4.2CHOCOLATE BLUEBERRY PAGEREF _Toc525203388 h 454.4.3OREO CHOCOLATE PAGEREF _Toc525203389 h 464.5ANALISIS TITIK PULANGAN MODAL PAGEREF _Toc525203390 h 474.5.1HOKKAIDO CUPCAKES PAGEREF _Toc525203391 h 484.5.2CHOCOLATE BLUEBERRY PAGEREF _Toc525203392 h 494.5.3OREO CHOCOLATE PAGEREF _Toc525203393 h 504.6PENYEDIAAN UNJURAN ANGGARAN LAPORAN KEWANGAN PAGEREF _Toc525203394 h 52

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

SENARAI JADUALBAB 1
Jadual 1 : Senarai jenis pengeluaran yang dihasilkan
Jadual 2 : Anggaran pembahagian upah
Jadual 3 : Perbelanjaan overhed bulanan
Jadual 4 : Senarai harga bahan langsung
Jadual 5 : Lembaran kos standard bagi Hokkaido Cupcakes
Jadual 6 : Lembaran kos sebenar bagi Hokkaido Cupcakes
Jadual 7 : Lembaran kos standard bagi Chocolate Blueberry
Jadual 8 : Lembaran kos sebenar bagi Chocolate Blueberry
Jadual 9 : Lembaran kos standard bagi Oreo Chocolate
Jadual 10 : Lembaran kos sebenar bagi Oreo Chocolate
Jadual 11 : Analisis varians kos bagi Hokkaido Cupcakes
Jadual 12 : Analisis varians kos bagi Chocolate Blueberry
Jadual 13 : Analisis varians kos bagi Oreo Chocolate
Jadual 14 : Template titik pulangan modal bagi Hokkaido Cupcakes
Jadual 15 :Jadual kos bagi Hokkaido Cupcakes
Jadual 16 : Template titik pulangan modal bagi Chocolate Blueberry
Jadual 17 : Jadual kos bagi Chocolate Blueberry
Jadual 18 : Template titik pulangan modal bagi Oreo Chocolate
Jadual 19 : Jadual kos bagi Oreo Chocolate
Jadual 20 : Jumlah jualan bulanan
Jadual 21 : Jumlah belian bulanan
Jadual 22 : Jumlah perbelanjaan bulanan
Jadual 23 : Unjuran Anggaran Penyata Aliran Tunai
Jadual 24 : Unjuran Anggaran Penyata Pendapatan

SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRANBAB 1
PENGENALAN1.1PENGENALAN
Pengekosan ialah pengiraan semua jenis kos yang dibelanjakan untuk menjalankan suatu aktiviti ekonomi, samaada perkilangan, pertanian, pembinaan, ataupun perniagaan. Pengekosan bertujuan untuk menyediakan maklumat kos kepada pengurusan bagi membuat perancangan dan kawalan pengeluaran sesuatu produk. Selain itu, pengekosan juga membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan dasar syarikat sebagai contoh pihak pengurusan membuat keputusan untuk membeli barangan pembungkusan produk dari pihak luar atau membuat sendiri.
Kebanyakan industri pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui kos bagi setiap produk yang dikeluarkan. Kos selalunya digunakan untuk menentukan harga bagi sesuatu produk. Harga sesuatu produk akan dikira berdasarkan keuntungan produk tersebut. Bagi sesebuah industri yang menghasilkan hanya satu jenis produk, pengiraan kos adalah mudah, akan tetapi bagi industri yang mengeluarkan pelbagai jenis produk, pengiraan kos adalah amat kompleks. Oleh itu, pengiraan kos amat penting bagi semua bidang industri samada pengeluaran atau perkhidmatan (Hairul Education Mechatronic, 2011).

Penghasilan sesuatu produk selalunya melibatkan proses yang dinamakan sebagai kos. Kos boleh ditentukan setelah atau sebelum melalui proses pengeluaran. Dalam erti kata lain, sesebuah industri perlulah menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkan. Pengekosan produk ialah proses mengumpulkan, mengelaskan, dan memperuntukkan atau mengagihkan kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kepada produk atau perkhidmatan.

Fizmie Bakery Enterprise dipilih sebagai lokasi kajian. Perniagaan ini mengeluarkan pelbagai jenis kek, roti dan dessert. Keuntungan yang disasarkan bagi setiap pengeluaran iaitu RM1,000.00 dapat dicapai dengan memantapkan dan menitikberatkan pengurusan pengekosan serta prosedur pengiraan yang jelas dan teratur.

1.2LATAR BELAKANGFizmie Bakery Enterprise merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan aktiviti membuat dan menjual pelbagai jenis kek, roti dan dessert. Perniagaan ini dimiliki oleh Puan Nursafizah Binti Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Puan Fiza. Pemilik juga merupakan Pengurus Kewangan serta Pengurus Pemasaran di Fizmie Bakery Enterprise. Perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan dari rumah sebelum Fizmie Bakery Enterprise ditubuhkan.
Pada 14 Mei 2016, pemilik telah membuka sebuah kedai bakeri di Tingkat Bawah, GM 24305, Taman Pinggiran Airport, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu. Sepanjang perniagaan ini beroperasi, pemilik sering mengikuti beberapa kursus berkaitan perakaunan dan pengekosan bagi menimba ilmu pengetahuan. (kursus yg disertai)
Perniagaan ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran TR0134421-H. Pemilik memulakan perniagaan ini dengan modal permulaan yang dianggarkan sebanyak RM150,000.00 melalui simpanan peribadi tanpa sebarang pinjaman. Perniagaan ini beroperasi pada setiap hari Sabtu hingga Khamis pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Pemilik mempunyai empat orang pekerja tetap. Setiap pekerja telah diagihkan tugas seperti berikut :Juruwang: Seorang
Pembuat kek : Seorang
Pembuat roti : Seorang
Pembuat dessert : Empat orang

Pengeluaran yang dihasilkan oleh Fizmie Bakery Enterprise terbahagi kepada tiga jenis iaitu kek, roti dan dessert.

BIL JENIS NAMA PRODUK
1 KEK BLACKFOREST CAKE
2 CHOC MOIST CAKE
3 CHOCOLATE BLUEBERRY
4 CHOCOLATE STRAWBERRY
5 FULL CHOC CAKE
6 HOKKAIDO CUPCAKES
7 OREO CHOCOLATE
8 TIRAMISU CAKE
9 VANILLA MANGO
10 VANILLA OREO
11 ROTI ROTI SOSEJ
12 ROTI CHEESE
13 ROTI PIZZA
14 ROTI BUN
15 ROTI BILIS
16 DESSERT CHEESE TART
17 EGG TART
18 KOLEH KACANG MINI
19 MINI PAVLOVA
20 PUDING CARAMEL COCKTAIL
Jadual 1 : Senarai jenis pengeluaran yang dihasilkan
1.3PENYATAAN MASALAHPengurusan pengekosan yang berkesan dalam sesebuah perniagaan merupakan peranan yang penting bagi membantu penentuan kos seunit dan harga jualan seunit. Hal ini amat dititikberatkan untuk mengukuhkan sesebuah organisasi perniagaan.
Perniagaan ini didapati tidak merekod pengekosan secara sistematik. Pemilik lebih gemar merekod secara manual berbanding menggunakan sistem berkomputer. Pemilik hanya membuat pengekosan sekiranya mendapat permintaan yang tinggi bagi satu jenis bakeri yang dikeluarkan. Semua dokumen bagi perniagaan ini hanya dikumpul untuk direkodkan pada setiap akhir bulan. Namun begitu, pemilik tetap membuat pengiraan pengekosan bagi beberapa jenis pengeluaran kek, roti dan dessert untuk mendapatkan harga jualan seunit.

Oleh itu, pengiraan pengekosan bagi setiap jenis produk yang dikeluarkan perlu disediakan bagi memastikan harga jualan setanding dengan kos perbelanjaan yang digunakan. Akhir sekali, perekodan secara terperinci berkaitan pengekosan menggunakan perisian Microsoft Excel boleh diamalkan bagi setiap pengeluaran.

1.4OBJEKTIF KAJIANMengenalpasti maklumat pengekosan dalam perniagaan.1.4.2Mengenalpasti kos standard dan kos sebenar bagi bahan langsung, buruh langsung dan overhed langsung.1.4.3Menganalisis varians bagi kos standard dan kos sebenar.1.4.4Menilai unit titik pulangan modal bagi setiap pengeluaran.1.4.5Menentukan dan menyediakan Anggaran Unjuran Penyata Aliran Tunai dan Anggaran Unjuran Penyata Pendapatan

1.5KEPENTINGAN KAJIANHasil kajian ini diharap dapat:
1.5.1Membantu perniagaan Fizmie Bakery Enterprise untuk menyediakan maklumat tentang pengekosan.1.5.2Membantu pihak pengurusan membuat keputusan berkenaan aktiviti pengekosan yang boleh memberi kesan kepada perniagaan.1.5.3Memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk keberkesanan PdPc dan juga persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.1.6SKOP DAN BATASAN KAJIAN1.6.1Kajian ini dilakukan berdasarkan CoCu 5 Tahap 4 – Pengekosan.1.6.2Kajian ini hanya berfokus kepada satu perniagaan sahaja iaitu Fizmie Bakery Enterprise.1.6.3Kajian ini akan memfokuskan dalam skop pengekosan bagi perbandingan antara tiga jenis pengeluaran kek iaitu Hokkaido Cupcakes, Chocolate Blueberry dan Oreo Chocolate sahaja.1.6.4Kajian ini dilakukan untuk tempoh setahun bermula Januari 2017 hingga Disember 2017.1.6.5Kajian ini terbatas kerana dokumen sumber sukar diperolehi daripada pemilik perniagaan dan maklumat pengekosan hanya didapati secara lisan.1.6.6Kekurangan maklumat menyebabkan Unjuran Anggaran Penyata Aliran Tunai dan Unjuran Anggaran Penyata Pendapatan sahaja dapat dihasilkan.1.6.7Lawatan ke lokasi kajian terbatas pada hari Khamis selepas sesi pembelajaran pada pukul 3 hingga 5 petang dan pada hari Sabtu jika pemilik itu mempunyai kelapangan masa.BAB 2
KAJIAN LITERATUR2.1PENGENALANTinjauan literatur amat penting dalam memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan (Nurul Hafiza, 2009). Kajian ini didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilaksanakan (Nafizah Nur, 2014).

Menurut Amani Dahaman (2011), tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru. Tinjauan literatur ialah pengumpulan maklumat penyelidik tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam proses membuat tinjauan literatur seseorang penyelidik akan mengenalpasti apakah yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan yang dikaji. Selain itu, kajian literatur adalah satu proses sistematik yang memerlukan pembacaan dan perhatian butiran secara terperinci.

2.2SOROTAN KAJIANKajian yang dilakukan oleh Marcia Layton Turner (2006), bertajuk ‘Let It Flow’ berkaitan kaedah pengurusan tunai. Produk dan perkhidmatan mestilah mempunyai harga yang berpatutan dan mampu dimiliki dengan mengambil kira masa, bahan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan projek atau pekerjaan tertentu. Terdapat keperluan untuk menjangkakan ramalan tunai yang tepat untuk mengelakkan berlaku sebarang kerugian. Titik pulangan modal dan perbelanjaan yang rendah akan menjadikan pengurusan wang tunai suatu proses yang mudah.
Brian Hamilton merupakan seorang penganalisis di ‘ProfitCents’. Pemilik mendapati kira-kira 40% perniagaan baru ditutup setiap tahun kerana tidak menguruskan wang tunai dengan baik. Hasil kajian mendapati, pemilik mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan pengurusan tunai.

Meletakkan harga produk dan perkhidmatan dengan sewajarnya.
Melantik akauntan untuk menguruskan kewangan perniagaan.

Mengawal titik pulangan modal dengan mengurangkan jumlah perbelanjaan.

Menitikberatkan tempoh kredit yang diberikan kepada pelanggan.

Menyediakan unjuran aliran tunai dengan menggunakan perisian seperti Microsoft Excel atau QuickBooks.

Mengukuhkan hubungan dengan pihak bank untuk mendapatkan kepercayaan.

Bersedia dengan kemudahan pemfaktoran sekiranya berlaku sebarang kerugian.

Menyediakan laporan varians berdasarkan kos standard dan kos sebenar.

Kajian yang dilakukan oleh Gerald Snyder (2008), bertajuk ‘Practice For Profit’. Artikel ini membincangkan kepentingan pengurusan perakaunan dan penerapan titik pulangan modal untuk menganalisis dan menentukan transaksi purata keuntungan (ATP). Terdapat dua perkara yang sering diabaikan dalam pengurusan kewangan iaitu titik pulangan modal dan transaksi purata keuntungan.
Titik pulangan modal merupakan titik di mana pendapatan daripada jualan produk atau perkhidmatan sama dengan kos yang dilaburkan. Hal ini mengakibatkan tiada keuntungan atau kerugian di mana pendapatan adalah sama dengan perbelanjaan.
Transaksi purata keuntungan adalah jumlah purata nilai yang dibelanjakan oleh pengguna dalam satu transaksi. Jumlah nilai setiap transaksi bagi suatu tempoh perakaunan merupakan purata kepada setiap transaksi yang bernilai pada tempoh tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh Nurdiniarina Binti Abdullah (2010), bertajuk Perakaunan Kos. Objektif kajian ini adalah mengkaji tahap perubahan Amalan Perakaunan Pengurusan (MAP) dalam syarikat-syarikat perkilangan Malaysia dan menyiasat faktor penentu perubahan dalam Sistem Perakaunan Kawalan (MACS). Penyelidikan ini dijalankan bagi menguji samaada perubahan faktor organisasi dalaman, seperti strategi dan stuktur juga faktor luaran organisasi seperti keamatan persaingan dan teknologi perkilangan yang maju mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mengubah perakaunan pengurusan dan sistem kawalan (MACS). Hasil kajian mendapati, faktor yang mempengaruhi perubahan pengurusan perakaunan kos terbahagi kepada dua iaitu:
Faktor perubahan dalam persekitaran luaran merupakan persekitaran yang kompetitif dan pembangunan teknologi di dalam sesebuah organisasi cenderung untuk memberi pengaruh yang positif terhadap perubahan pengurusan perakaunan dan sistem kawalan.
Faktor perubahan dalaman organisasi merangkumi perubahan dalam struktur dan perubahan dalam strategi organisasi serta pengamalan pengurusan perakaunan.
Kajian yang dilakukan oleh Syahira Izzati (2015), bertajuk Tahap Pemahaman Terhadap Perakaunan Pengurusan dalam Kalangan Peniaga Kecil Industri Pembuatan di Jasin, Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah penentuan kos seunit produk yang dijalankan oleh peniaga kecil, mengenalpasti kaedah penetapan harga seunit produk yang dijual oleh peniaga kecil dan mengenalpasti sumber maklumat yang digunakan untuk membantu peniaga kecil membuat keputusan dalam perniagaan. Hasil kajian mendapati, terdapat faktor yang menyebabkan peniaga kecil ini tidak dapat menguruskan perakaunan dengan baik. Antara faktornya ialah :
Peniaga kecil-kecilan sering menghadapi kebuntuan apabila peniaga gagal di pasaran yang penuh cabaran.

Peniaga kecil tidak mengamalkan perakaunan yang sistematik dan baik menyebabkan ekonomi perniagaan mereka tidak berkembang.

2.3KONSEP KOSBerdasarkan kajian yang dijalankan, kos pengeluaran dibahagi kepada dua komponen iaitu :
Kos Tetap
Kos tetap ialah kos yang kekal ataupun disebut sebagai kos malar. Selain itu, kos ini tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran. Contohnya, bil utiliti termasuk bil air, elektrik dan internet, KWSP, PERKESO dan sewa premis. Namun begitu, jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang. Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran. Semakin tinggi volum pengeluaran, semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.

Kos Berubah
Kos berubah ialah kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran. Selain itu, jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran. Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran. Contohnya, kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed.

Kos bahan langsung – bahan mentah yang digunakan dalam membuat sesuatu produk.

Kos buruh langsung – upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
Kos overhed – perbelanjaan yang ditanggung khusus untuk sesuatu produk yang dihasilkan (Cg Narzuki, 2017)
BAB 3
METODOLOGI3.1PENGENALANMenurut Siti Sarah (2015), metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Metodologi adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan rekabentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data (I Zawawi, 2015).

Menurut Z Jaaffar (2009), metodologi kajian adalah cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif kajian. Metodologi kajian terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Bab ini akan menjelaskan metodologi kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif merangkumi data primer iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temubual dan kaedah analisis dokumen (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).

3.2KAEDAH PEMERHATIANKaedah pemerhatian merupakan salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan dalam mengukur pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat dan mengumpul data selain daripada soal selidik dan temubual. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan masalah yang telah dikenalpasti (Nashamus, 2008).

Pemerhatian dijalankan untuk membolehkan pengkaji lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), kaedah pemerhatian terdiri daripada dua kaedah iaitu pemerhatian secara terus dan pemerhatian melalui penglibatan. Kaedah pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara langsung seperti di dalam makmal. Namun begitu, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian melalui penglibatan seperti pengiraan pengekosan bagi sesuatu jenis produk.
Selain itu, kaedah ini membolehkan pengkaji melihat sendiri cara pemprosesan kek yang dikeluarkan oleh Fizmie Bakery Enterprise serta mengetahui jumlah pekerja yang terlibat semasa proses tersebut dilakukan. Seterusnya, kaedah pemerhatian ini dapat melihat cara pemilik menjawab temubual dengan pengkaji samaada maklumat yang diberikan tepat atau rekaan. Di samping itu, pemerhatian boleh digunakan untuk melihat samada pemprosesan di Fizmie Bakery Enterprise mengikut standard bahan atau kos yang ditetapkan.

3.3KAEDAH TEMUBUALTemubual didefinisikan sebagai teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka atau melalui percakapan telefon antara pengkaji dan orang yang ditemubual (MPP KP Kemaman, 2012). Data primer diperolehi daripada kaedah temubual dengan pemilik perniagaan secara langsung terhadap perjalanan dan aktiviti peniagaan yang dijalankan.
Pemilik Fizmie Bakery Enterprise iaitu Puan Nursafizah Binti Mohamad akan ditemubual untuk mendapatkan maklumat latar belakang perniagaan dan perbelanjaan terperinci berkaitan perbelanjaan yang digunakan sepanjang proses pembuatan kek. Antara perbelanjaan yang dikeluarkan ialah pembelian bahan mentah seperti tepung gandum, telur, marjerin dan lain-lain. Selain itu, kos overhed yang terlibat termasuk sewa premis, bil utiliti dan lain-lain.

3.4KAEDAH ANALISIS DOKUMENAnalisis dokumen merupakan proses pengumpulan data kajian melalui penyelidikan, penyiasatan, pemeriksaan, pencerakinan dan penganalisisan terperinci yang dibuat terhadap bahan bertulis yang berkaitan dengan perkara yang dikaji (MPP KP Kemaman, 2012). Kaedah analisis dokumen merupakan kaedah yang tidak asing dalam setiap kajian yang dilakukan. Setiap pengkaji memperoleh sesuatu data dengan menggunakan kaedah analisis dokumen.
Mengikut Yin (2003), dokumen digunakan sebagai sokongan dan bukti tambahan untuk data yang diperolehi daripada sumber lain. Data yang tidak dapat diterokai melalui pemerhatian dan temu bual, mungkin boleh dijumpai melalui analisis dokumen samaada daripada dokumen awam ataupun dokumen individual seperti diari, surat serta nota individual.

Kaedah ini juga merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data yang diperolehi oleh pengkaji. Dokumen merangkumi segala bahan bertulis, visual dan fizikal yang sedia ada dan relevan dengan kajian (Merriam, 1998). Penganalisisan dokumen dilakukan bagi mengenalpasti dokumen sumber seperti invois, baucer bayaran dan dokumen yang berkaitan dengan perniagaan disimpan dan disusun rapi.
Dokumen yang berkaitan dengan perniagaan perlu disusun rapi kerana ia amat penting bagi kegunaan perniagaan pada masa akan datang. Antara dokumen yang berkaitan dengan pengekosan ialah bil tunai, resit rasmi, bil utiliti dan sebagainya. Pengumpulan data melalui kaedah analisis dokumen dapat membenarkan pengkaji menganalisis nilai dan mengesan apa yang diperolehi dalam suatu dokumen. Pengkaji akan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengekosan di lokasi kajian iaitu invois belian, resit jualan tunai dan bil utiliti seperti bil elektrik, bil air dan bil internet.

3.5CARTA ALIR PROSES KERJA153797016410200
199580532022Mula
0Mula

2260600217442
81788028212Memilih NOSS Dan Cocu Yang Akan Dikaji
00Memilih NOSS Dan Cocu Yang Akan Dikaji

1061720181292500234886561668703512820226345315417802128833Menilai Maklumat
00Menilai Maklumat
20542256541020Tamat
0Tamat
16493846472498009366255856085Pembentangan
00Pembentangan
9258305217795Penulisan Laporan Projek
00Penulisan Laporan Projek
23482305533275234886548792259258304584180Menyediakan Laporan Kewangan
00Menyediakan Laporan Kewangan
232473542609659012383812425Membuat Analisis Varians Dan Analisis Titik Pulangan Modal
00Membuat Analisis Varians Dan Analisis Titik Pulangan Modal
23133053491980497447525932260372046532532208735293036570Menyediakan Lembaran Kos Standard Dan Lembaran Kos Sebenar
00Menyediakan Lembaran Kos Standard Dan Lembaran Kos Sebenar
40951151931785Mendapatkan Pengesahan Maklumat
Mendapatkan Pengesahan Maklumat
32518351812810Tidak Sesuai
0Tidak Sesuai
23380702769350Sesuai
00Sesuai
22873852724785229933514777608735291013806Mendapatkan Maklumat Dan Data Dari Tempat Kajian
00Mendapatkan Maklumat Dan Data Dari Tempat Kajian
2283460678930859675404206Mencari Tempat Kajian
00Mencari Tempat Kajian
228219076085
3.6ANALISIS KOS PROJEKBerikut adalah kos yang diperlukan dalam melaksanakan Kajian Peningkatan Pengurusan Pengekosan di Fizmie Bakery Enterprise.

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT
(RM) JUMLAH (RM)
1 Alat Tulis – – 14.00
2 Buku Nota 1 Unit 2.50 2.50
3 Dakwat Printer 2 Set 30.00 60.00
4 Fail 1 Unit 4.50 4.50
5 Kertas A4 2 Rim 12.00 24.00
6 Komputer Riba 1 Unit 1,500.00 1,500.00
7 Pengangkutan – – 100.00
8 Printer 1 Unit 400.00 400.00
JUMLAH (RM) 2,105.00

3.7CARTA GANTTKajian Peningkatan Pengurusan Pengekosan
di Fizmie Bakery Enterprise
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS4.1PENGENALANKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengurusan pengekosan bagi sebuah perniagaan iaitu Fizmie Bakery Enterprise. Pengekosan memerlukan tiga elemen iaitu bahan langsung, buruh langsung dan overhed. Penggunaan sistem pengekosan dapat membantu perniagaan mengetahui keuntungan atau kerugian serta titik pulangan modal bagi setiap produk yang dipasarkan.
Penggunaan titik pulangan modal adalah satu kaedah yang digunakan dalam analisis kos volum untung. Kaedah ini juga dapat menentukan bilangan unit produk yang perlu dijual supaya kos tetap serta kos berubah dapat ditampung dan mencapai tahap keuntungan yang disasarkan. Penggunaan kos pengeluaran dapat memudahkan perbandingan antara kos sebenar dan kos standard yang dipanggil varians.
Namun begitu, perniagaan ini menghasilkan pelbagai jenis kek, roti dan dessert. Antara produk yang dipilih untuk membuat kajian pengekosan ini ialah tiga jenis kek iaitu Hokkaido Cupcakes, Chocolate Blueberry dan Oreo Chocolate.
4.2KOS STANDARD DAN KOS SEBENARJadual kos disediakan dalam bentuk lembaran. Lembaran pengekosan merupakan dokumen sokongan atau dokumen sumber asas yang merekodkan ringkasan kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed untuk proses pengeluaran sesuatu produk. Lembaran ini terdiri daripada lembaran kos standard dan lembaran kos sebenar.

4.2.1Kos StandardPengekosan standard atau disebut sebagai kos standard merupakan anggaran kos yang dijangkakan bagi satu batch pengeluaran produk. Kos ini juga adalah kos pratentu iaitu anggaran kos yang diperlukan pada suatu tempoh masa depan yang dipratentukan.

Kos standard berfungsi sebagai:
Kos yang dikira sebelum pengeluaran sebenar dilakukan dan menjadi asas untuk mengukur prestasi sebenar.

Satu alat penting untuk menentukan harga produk yang dikeluarkan.

Alat untuk menyediakan belanjawan dan rangka kerja untuk pengekosan keluaran secara tepat.

Penyediaan sasaran kecekapan yang dicapai oleh kakitangan dan memudahkan simpan kira.

4.2.2Kos SebenarPengekosan sebenar ialah semua kos pengeluaran iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed dicajkan kepada pengeluaran pada kos sebenar yang berlaku.

Tiga jenis kek dipilih daripada Fizmie Bakery Enterprise dalam membuat kajian pengekosan iaitu :Hokkaido Cupcakes
Chocolate Blueberry
Oreo Chocolate
Dalam membuat pengiraan pengekosan, kebiasaannya memerlukan beberapa andaian bagi melengkapkan data dan maklumat. Antara andaian dalam kajian ini ialah:
Lembaran kos bagi satu batch pengeluaran iaitu pengeluaran selama sebulan.

Bilangan hari bekerja ialah 26 hari.

Baki awal tunai sebanyak RM2,913.00.

Sasaran untung sebanyak RM1,000.00 sebulan bagi setiap jenis kek.

Pemilik telah menetapkan gaji sebanyak RM700.00 sebulan bagi seorang pekerja.

Upah bagi setiap jenis kek diandaikan seperti berikut:
JENIS KEK HARI UNIT SEBULAN % UPAH (RM)
BLACKFOREST CAKE ISNIN
KHAMIS 16 10% 70.00
CHOC MOIST CAKE AHAD
RABU 16 10% 70.00
CHOCOLATE BLUEBERRY AHAD 8 5% 35.00
CHOCOLATE STRAWBERRY RABU 8 5% 35.00
FULL CHOC CAKE ISNIN
KHAMIS 16 10% 70.00
HOKKAIDO CUPCAKES SETIAP HARI 970 20% 140.00
OREO CHOCOLATE SABTU
SELASA 16 10% 70.00
TIRAMISU CAKE ISNIN
KHAMIS 16 10% 70.00
VANILLA MANGO SABTU
SELASA 16 10% 70.00
VANILLA OREO SABTU
SELASA 16 10% 70.00
Jadual 2 : Anggaran pembahagian upah
Perbelanjaan overhed bulanan yang terlibat bagi setiap produk adalah seperti berikut :
BIL PERKARA JUMLAH
(RM)
1 Sewa 66.67
2 Elektrik 76.67
3 Air 0.83
4 Internet 4.00
5 KWSP Sumbangan Majikan 9.10
6 PERKESO Sumbangan Majikan 1.14
Jadual 3 : Perbelanjaan overhed bulanan
Senarai harga bahan mentah bagi 1 mililiter (ml) dan 1 gram (g) adalah dalam sen.

BIL BAHAN MENTAH HARGA STANDARD (sen) HARGA SEBENAR (sen)
1 Biskut Oreo 33.50 33.25
2 Coco Powder 1.50 1.60
3 Esen Vanila 8.50 8.40
4 Gula Castor 0.40 0.38
5 Gula Halus 0.30 0.33
6 Jem Blueberry 2.00 2.00
7 Minyak Sayuran 1.00 1.05
8 Susu Segar 0.50 0.52
9 Telur Gred A 40.00 50.00
10 Tepung Jagung 0.45 0.44
11 Tepung Kastard 0.45 0.44
12 Tepung Kek 0.40 0.36
13 Vivo (Non Dairy) 1.50 1.00
14 Bekas 120.00 100.00
15 Cawan Muffin 50.00 30.00
16 Kotak 150.00 100.00
17 Papan Kek 200.00 100.00
Jadual 4 : Senarai harga bahan langsung
4.3LEMBARAN KOS STANDARD DAN KOS SEBENAROleh kerana harga seunit bagi setiap bahan langsung adalah kecil, maka harga tersebut dinyatakan dalam sen.

4.3.1HOKKAIDO CUPCAKESLembaran Kos Standard
Jadual 5 : Lembaran kos standard bagi Hokkaido Cupcakes
Lembaran Kos Sebenar

Jadual 6 : Lembaran kos sebenar bagi Hokkaido Cupcakes

Fizmie Bakery Enterprise mengeluarkan 970 bekas Hokkaido Cupcakes sebulan di mana setiap bekas mempunyai 6 biji Hokkaido. Jumlah keseluruhan pengeluaran bulanan sebanyak 5,820 biji. Kuantiti bahan langsung yang dinyatakan di dalam Jadual 5 dan Jadual 6 adalah bagi pembuatan 60 biji Hokkaido. Pengiraan jumlah bagi setiap bahan langsung adalah seperti berikut :(Kuantiti bahan langsung (bagi 60 biji) x harga seunit (sen) x 97 biji) / 100 (sen)
Sebagai contoh, (rujuk Jadual 6) :Esen Vanila = (10ml x 8.40 (sen) x 97) / 100 (sen)
= RM81.48
Manakala bagi pengiraan bekas dan cawan muffin adalah seperti berikut :(Kuantiti bahan langsung x harga seunit (sen)) / 100 (sen)
Sebagai contoh, (rujuk Jadual 6) :Bekas = (970 x 100 (sen)) / 100 (sen)
= RM970.00
Rumusan berdasarkan Jadual 5 dan Jadual 6.

PERKARA AMAUN
(RM)
Harga Jualan Sebekas 5.50
Kos Sebenar 3.81
Untung Sebiji 1.69
Jumlah Untung 1,639.30

4.3.2CHOCOLATE BLUEBERRYLembaran Kos Standard

Jadual 7 : Lembaran kos standard bagi Chocolate Blueberry

Lembaran Kos Sebenar

Jadual 8 : Lembaran kos sebenar bagi Chocolate Blueberry

Bagi Chocolate Blueberry, pengeluaran hanya dilakukan pada setiap hari Ahad dan Rabu. Kuantiti bahan langsung yang dinyatakan di dalam Jadual 7 dan Jadual 8 adalah bagi pembuatan sebiji kek. Pengiraan jumlah bagi setiap bahan langsung adalah seperti berikut :(Kuantiti bahan langsung (bagi sebiji) x harga seunit (sen) x 8 biji) / 100 (sen)
Sebagai contoh, (rujuk Jadual 8) :Esen Vanila = (5ml x 8.40 (sen) x 8) / 100 (sen)
= RM16.80
Manakala bagi pengiraan kotak dan papan kek adalah seperti berikut :(Kuantiti bahan langsung x harga seunit (sen)) / 100 (sen)
Sebagai contoh, (rujuk Jadual 8) :Kotak = (40 x 100 (sen)) / 100 (sen)
= RM40.00
Rumusan berdasarkan Jadual 7 dan Jadual 8.

PERKARA AMAUN
(RM)
Harga Jualan Sebiji 25.00
Kos Sebenar 35.64
Rugi Sebiji 10.64
Jumlah Rugi 85.12

4.3.3OREO CHOCOLATELembaran Kos Standard

Jadual 9 : Lembaran kos standard bagi Oreo Chocolate
Lembaran Kos Sebenar

Jadual 10 : Lembaran kos sebenar bagi Oreo Chocolate

Di samping itu, pengeluaran bagi Oreo Chocolate telah ditetapkan pada hari Selasa dan Sabtu. Kuantiti bahan langsung yang dinyatakan di dalam Jadual 9 dan Jadual 10 adalah bagi pembuatan sebiji kek. Pengiraan jumlah bagi setiap bahan langsung adalah seperti berikut :(Kuantiti bahan langsung (bagi sebiji) x harga seunit (sen) x 16 biji) / 100 (sen)
Sebagai contoh, (rujuk Jadual 10) :Biskut Oreo= (12 keping x 33 (sen) x 16) / 100 (sen)
= RM158.40
Manakala bagi pengiraan kotak dan papan kek 6″ adalah seperti berikut :(Kuantiti bahan langsung x harga seunit (sen)) / 100 (sen)
Sebagai contoh, (rujuk Jadual 10) :Kotak = (40 x 100 (sen)) / 100 (sen)
= RM40.00
Rumusan berdasarkan Jadual 9 dan Jadual 10.

PERKARA AMAUN
(RM)
Harga Jualan Sebiji 25.00
Kos Sebenar 17.30
Untung Sebiji 7.70
Jumlah Untung 123.20

4.4VARIANS PENGEKOSANVarians terbahagi kepada dua iaitu analisis varians hasil dan analisis varians kos. Analisis varians hasil merupakan analisis ke atas hasil jualan sebenar dengan hasil jualan sepatutnya berlaku mengikut standard. Manakala analisis varians kos pula adalah analisis ke atas perbezaan kos sebenar dengan kos yang sepatutnya berlaku mengikut standard (Adlina Kamarudzaman, 2015). Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada analisis varians kos.

4.4.1HOKKAIDO CUPCAKESJadual 11 : Analisis varians kos bagi Hokkaido Cupcakes
4.4.2CHOCOLATE BLUEBERRY
Jadual 12 : Analisis varians kos bagi Chocolate Blueberry
4.4.3OREO CHOCOLATE
Jadual 13 : Analisis varians kos bagi Oreo Chocolate
Varians bagi bahan langsung berlaku adalah disebabkan :Berlaku peningkatan harga bahan mentah bagi gula halus, minyak sayuran, susu segar, telur gred A dan serbuk koko.

Harga standard bagi vivo (non dairy) diletakkan terlalu tinggi.

Perbezaan harga bagi bekas, cawan muffin, papan kek dan kotak berlaku setelah mengambilkira kualiti yang sama dengan harga yang lebih rendah.

4.5ANALISIS TITIK PULANGAN MODALTitik Pulangan Modal (TPM) ialah satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jualan kos. Tujuan analisis titik pulangan modal:
Dapat menentukan bilangan unit produk yang perlu dijual supaya semua kos tetap dan kos berubah dapat ditampung.

Dapat mengetahui keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran atau jualan tertentu.

Dapat menentukan harga minimum yang perlu diletakkan bagi setiap produk untuk mencapai pulangan modal.

Dapat merancang kuantiti yang perlu dijual untuk mencapai tahap keuntungan yang disasarkan.

Fizmie Bakery Enterprise telah menetapkan RM25.00 bagi semua jenis kek manakala RM5.50 bagi Hokkaido Cupcakes. Jadual di bawah menunjukkan template titik pulangan modal dan jadual kos bagi tiga jenis kek tersebut.

4.5.1HOKKAIDO CUPCAKES
Jadual 14 : Template titik pulangan modal bagi Hokkaido Cupcakes

Jadual 15 :Jadual kos bagi Hokkaido Cupcakes
4.5.2CHOCOLATE BLUEBERRY
Jadual 16 : Template titik pulangan modal bagi Chocolate Blueberry

Jadual 17 : Jadual kos bagi Chocolate Blueberry
4.5.3OREO CHOCOLATE
Jadual 18 : Template titik pulangan modal bagi Oreo Chocolate

Jadual 19 : Jadual kos bagi Oreo Chocolate
Berdasarkan Jadual 14, harga jualan yang ditetapkan ialah RM5.50 sebekas. Fizmie Bakery Enterprise membuat pengeluaran sebanyak 970 bekas Hokkaido Cupcakes sebulan. Unit titik pulangan modal (83 bekas) telah melebihi jualan bulanan sebenar. Dengan itu, perniagaan ini juga telah melebihi keuntungan yang disasarkan iaitu RM1,000.00.

Seterusnya, merujuk kepada Jadual 16, harga jualan yang ditetapkan ialah RM25.00 sebiji. Chocolate Blueberry tidak mencapai titik pulangan modal iaitu 9 biji sebulan. Fizmie Bakery Enterprise menetapkan pengeluaran sebanyak 8 biji sahaja. Pengeluaran Chocolate Blueberry perlu ditingkatkan kepada 53 biji sebulan bagi mencapai keuntungan sebanyak RM1,000.00 sebulan. Sekiranya pemilik masih mahu mengekalkan pengeluaran sebanyak 8 biji, harga jualan Chocolate Blueberry perlu dinaikkan kepada RM26.00 sebiji.

Namun begitu, Jadual 18 menunjukkan unit titik pulangan modal (10 biji) bagi Oreo Chocolate telah melebihi jualan bulanan yang ditetapkan. Pengeluaran yang ditetapkan sebanyak 16 biji sebulan. Sekiranya sasaran untung yang ingin dicapai sebanyak RM1,000, maka unit jualan sasaran untung yang perlu dihasilkan oleh Fizmie Bakery Enterprise ialah 55 biji sebulan setelah dikira mengikut formula. Oleh itu, pengeluaran bagi Oreo Chocolate perlu ditingkatkan sebanyak 39 biji.

4.6PENYEDIAAN UNJURAN ANGGARAN LAPORAN KEWANGANLaporan kewangan merupakan satu rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan atau entiti-entiti perniagaan yang lain. Justeru itu, laporan kewangan disediakan untuk memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan bagi suatu tempoh perakaunan dalam sesebuah perniagaan.
Merujuk kepada Jadual 23, Unjuran Anggaran Penyata Aliran Tunai disediakan untuk menunjukkan anggaran aliran tunai keluar dan masuk bagi pengeluaran tiga jenis kek di Fizmie Bakery Enterprise. Berdasarkan Jadual 20, jumlah jualan diambil daripada hasil tambah tiga jenis produk bagi satu batch pengeluaran yang dikaji.
BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH JUALAN
1 Hokkaido Cupcakes 970 RM5.50 RM5,335.00
2 Chocolate Blueberry 8 RM25.00 RM200.00
3 Oreo Chocolate 16 RM25.00 RM400.00
JUMLAH RM5,935.00
Jadual 20 : Jumlah jualan bulanan
Sehubungan dengan itu, jumlah belian diperolehi daripada jumlah bahan langsung bagi Hokkaido Cupcakes, Chocolate Blueberry dan Oreo Chocolate untuk pengeluaran sebulan. Rujuk Jadual 21.

BIL PERKARA JUMLAH BELIAN
1 Hokkaido Cupcakes RM3,392.67
2 Chocolate Blueberry RM91.72
3 Oreo Chocolate RM219.38
JUMLAH RM3,703.77
Jadual 21 : Jumlah belian bulanan
Sementara itu, merujuk Jadual 22, perbelanjaan dikelaskan kepada tiga jenis pengeluaran. Jumlah keseluruhan yang ditunjukkan merupakan jumlah perbelanjaan yang digunakan pada setiap bulan.

BIL PERBELANJAAN HOKKAIDO CUPCAKES CHOCOLATE BLUEBERRY OREO CHOCOLATE JUMLAH
1 Bil Air RM0.83 RM0.83 RM0.83 RM2.49
2 Bil Elektrik RM76.67 RM76.67 RM76.67 RM230.01
3 Bil Internet RM4.00 RM4.00 RM4.00 RM12.00
4 Kwsp RM9.10 RM9.10 RM9.10 RM27.30
5 Perkeso RM1.14 RM1.14 RM1.14 RM3.42
6 Sewa RM66.67 RM66.67 RM66.67 RM200.01
7 Upah RM140.00 RM35.00 RM70.00 RM245.00
JUMLAH KESELURUHAN RM720.23
Jadual 22 : Jumlah perbelanjaan bulanan
Di samping itu, Unjuran Anggaran Penyata Aliran Tunai dalam Jadual 23 menunjukkan lebihan bulanan adalah malar bagi setiap bulan menyebabkan berlakunya peningkatan baki akhir tunai. Hal ini demikian kerana jumlah penerimaan dan jumlah pembayaran dianggarkan sama pada setiap bulan. Baki awal tunai pada 1 Januari 2017 dianggarkan sebanyak RM2,913.00.

Akhir sekali, Unjuran Anggaran Penyata Pendapatan merupakan penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi sesuatu tempoh perakaunan. Merujuk kepada Jadual 24, keuntungan terkumpul yang dicapai oleh Fizmie Bakery Enterprise meningkat pada setiap bulan. Hasil pendapatan yang melebihi daripada jumlah kos dan perbelanjaan menyumbang kepada keuntungan perniagaan.

Jadual 23 : Unjuran Anggaran Penyata Aliran Tunai

Jadual 24 : Unjuran Anggaran Penyata Pendapatan
BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1PENGENALAN
Bab ini akan membentangkan hasil penemuan kajian yang telah dilaporkan dan menjawab objektif-objektif kajian yang ditetapkan. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan hasil kajian yang telah dilakukan berpandukan kepada maklumat yang diperolehi daripada Bab 4. Perbincangan akan diadakan dengan membuat perbandingan keputusan kajian yang memenuhi objektif kajian. Melalui perbincangan tersebut, kesimpulan tentang kajian diperolehi dan beberapa cadangan dapat dimajukan kepada Fizmie Bakery Enterprise.
5.2 PERBINCANGAN
Sesebuah perniagaan dirumuskan mempunyai kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman tersendiri. Oleh itu, kaedah Analisis SWOT digunakan dalam kajian ini agar dapat membantu menguruskan pengekosan dengan lebih sistematik.

5.2.1 ANALISIS SWOT
Analisis SWOT adalah satu kaedah atau proses yang biasa digunakan dalam membuat perancangan dan persediaan bagi sesuatu perniagaan. SWOT merupakan singkatan kepada ayat Strengths, Weakness, Opportunities and Threats. Objektif pembentukan SWOT bertujuan untuk menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan dan mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan. Strengths dan Weakness merupakan analisis dalaman manakala Opportunities dan Threats adalah analisis luaran.

5.2.1.1KEKUATAN (STRENGTHS)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan yang tiada pada perniagaan lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan kepada Fizmie Bakery Enterprise dalam membentuk persaingan antara perniagaan lain. Berikut merupakan kekuatan yang terdapat pada perniagaan ini:
Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagan
Berpengalaman dalam menjalankan bisnes secara kecil-kecilan dari rumah selama 3 tahun.

Menawarkan pelbagai jenis kek
Mempunyai pelbagai jenis perisa dan saiz kek yang memenuhi kehendak pelanggan.
Menetapkan harga yang berpatutan
Harga yang ditetapkan mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat.

Mempromosikan produk
Kepelbagaian cara dalam mempromosikan produk melalui laman sosial, ‘online’ dan lisan.

Menitikberatkan kualiti bahan
Bahan yang digunakan adalah berkualiti supaya dapat menarik cita rasa pelanggan.

5.2.1.2KELEMAHAN (WEAKNESS)
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan adalah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuk sumber tenaga kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan.

Pengurusan pemfailan yang tidak sistematik
Dokumen sumber tidak difailkan sejurus urusniaga berlaku.

Kurang pengetahuan berkaitan ilmu pengurusan pengekosan
Harga jualan bagi sesetengah produk tidak setanding dengan harga kos jualan.

Lokasi perniagaan tidak strategik
Hal ini menyebabkan Fizmie Bakery Enterprise kurang dikenali.

5.2.1.3PELUANG (OPPORTUNITIES)
Peluang-peluang yang wujud memberikan potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang telah dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk dimanfaatkan dalam perniagaan. Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.

Mendapat permintaan memasarkan produk ke kiosk
Beberapa jenis kek mendapat sambutan di koperasi Universiti Malaysia Terengganu.

Hubungan baik antara pelanggan dan pemilik
Pemilik menjaga hubungan mesra bersama pelanggan agar disenangi dan dikenali ramai.

Permintaan yang tinggi pada musim tertentu
Mengambil tempahan sebagai menu tambahan bagi sesuatu majlis.

Menyediakan perkhidmatan Surprise Delivery
Jana pendapatan
5.2.1.4ANCAMAN (THREATS)
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-faktor luaran yang bole mengganggu pergerakan dan kemajuan perniagaan. Sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Dalam pada itu, analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuh oleh perniagaan kelak. Dalam analisis SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung, jalan terbaik dapat ditentukan untuk mengatasi masalah atau halangan yang dihadapi. Dengan adanya analisis ini, perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah perniagaan perlu mengenalpasti serta menyenaraikan ancaman dan faktor penghalang kejayaan perniagaan.

Persaingan antara kedai berjenama

5.3CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, beberapa cadangan dapat dikemukakan bagi meningkatkan pengurusan pengekosan di Fizmie Bakery Enterprise agar dapat mengembangkan perniagaan.

Menyimpan dan memfailkan dokumen sumber
Dokumen sumber merupakan dokumen yang menjadi bukti berlakunya sesuatu urusniaga dan merupakan asas dalam merekod perekodan perakaunan. Tujuan penyimpanan dokumen sumber adalah langkah bagi kawalan dalaman dalam pengurusan pengekosan di Fizmie Bakery Enterprise. Oleh kerana perniagaan ini menjalankan urusniaga jualan dan belian secara tunai, dokumen sumber seperti bil tunai dan resit pembelian bahan perlu disimpan dengan rapi. Dokumen tersebut digunakan dalam menentukan harga seunit bagi setiap produk yang dihasilkan.

Membuat helaian kos standard dan helaian kos sebenar – supaya dpt buat analisis varians
Pada kebiasaannya, amaun dalam helaian kos standard di ambil daripada harga bahan tahun lepas. Mengira Titik Pulangan Modal
Menyediakan Unjuran Anggaran Penyata Kewangan
5.4 KESIMPULAN

Carta 1 : Peratusan jualan bulanan

Carta 2 : Peratusan belian bulanan

BIBLIOGRAFI
http://studentsrepo.um.edu.my/5395/3/BAB_3.pdfhttps://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-kajian-sarah/http://researchipbmm2008.blogspot.my/2011/02/pernyataan-masalah-kajian-dalam.htmlhttps://books.google.com.my/books?id=hZ9wSHysQDYC&printsec=frontcover&dq=methodology&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwitluvLr-_YAhXEro8KHUnSAMoQ6AEIJjAA#v=onepage&q=methodology&f=falsehttp://eprints.utm.my/41091/1/KamarulAzmiJasmi2012_MetodologiPengumpulanDataPenyelidikanKualitatif.pdfhttps://pandapandaibercakap.blogspot.my/2015/05/contoh-metodologi-kerja-kursus-pam.htmlhttps://www.slideshare.net/hamidahibrahim77/analisis-dokumen-penyelidikan-pendidikanhttps://mppkpkemaman.files.wordpress.com/2012/04/metodologi_penyelidikankualitatif.pdfhttp://studentsrepo.um.edu.my/5521/5/BAB_3.pdfhttp://nashamus.blogspot.com/2008/05/kaedah-pemerhatian.htmlhttp://studentsrepo.um.edu.my/3261/6/Bab_3.pdfhttp://studentsrepo.um.edu.my/3261/6/Bab_3.pdfhttp://studentsrepo.um.edu.my/3261/6/Bab_3.pdfhttp://cgnarzuki.com/perakaunan/akaun-pengeluaran/https://tatapanminda.wordpress.com/2011/06/27/bab-5-pengenalan-kepada-perakaunan-kos/https://norazlitaaziz.blogspot.com/2012/01/hokkaido-chiffon-cupcakes.htmlhttps://noramirahrosman.wordpress.com/2013/03/13/bab-4-dapatan-kajian/http://cgnarzuki.com/modul-16-perakaunan-kos/akaun-pengeluaran/

x

Hi!
I'm Dora

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Barry!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out