KEBERKESANAN PENGGUNAAN VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL

KEBERKESANAN PENGGUNAAN VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) OLEH PDRM DI DALAM PENCEGAHAN JENAYAH DI KALANGAN PENDUDUK PANGSAPURI SRI MERANTI
MOHAMAD HAFIZ BIN MOHD JAMIL
IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN
PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
JANUARI 2018
BAB 1
PENGENALAN
Pendahuluan
Merentasi zaman, komunikasi telah berevolusi dari semasa ke semasa sehinggalah munculnya alat mahupun cara berkomunikasi yang baru yang mana wujudnya aplikasi komunikasi yang mana difokuskan di dalam kajian ini iaitu aplikasi komunikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang membantu di dalam program pencegahan jenayah di mana kajian akan dijalankan di kalangan penduduk M8 Pangsapuri Sri Meranti. Pengkaji memilih untuk melakukan kajian ini bertujuan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) milik Polis Diraja Malaysia di dalam program pencegahan jenayah yang dijalankan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual dalam mengumpul maklumat yang berkaitan dalam mencapai matlamat kajian ini dijalankan. Sehubungan dengan itu, bahagian ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian, penyataan masalah dan diikuti dengan persoalan kajian serta matlamat kajian ini dijalankan. Dalam bahagian ini turut membincangkan tentang definisi konsep, kepentingan kajian dan skop kajian berserta dengan rumusan keseluruhan bahagian ini.

Latar Belakang Kajian
Peningkatan kadar jenayah pada hari ini telah memberikan satu bebanan kepada kerajaan terutamanya pasukan Polis yang mana seringkali pasukan polis sentiasa menjadi bahan kritikan oleh masyarakat malah tidak lekang dek pujian di atas kejayaan yang dicapai oleh Pasukan Polis. Masalah jenayah berhubung kait rapat antara masalah sosial yang dihadapi di kebanyakan bandar di dunia termasuk Malaysia sendiri. Dipengaruhi oleh beberapa faktor ruangan dan bukan ruangan serta kecanggihan sains dan teknologi menyebabkan permasalahan jenayah ini semakin rumit, kompleks dan bersifat global yang semakin sukar dicegah (Kanyo, Norizan, Ruslan R., A. Tarmizi, Norita, 2015).
Di atas permasalahan ini pihak polis telah memikirkan inisiatif yang boleh dilaksanakan di bawah program community policing di mana dengan memperkenalkan aplikasi yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyampaikan sebarang maklumat tentang kejadian jenayah mahupun aduan-aduan masyarakat setempat yang berfokus kepada masalah jenayah. Dengan adanya perkembangan teknologi dengan pelbagai aplikasi telah memberi kesan kepada pembangunan aplikasi yang bersifat lebih sesuai dan relevan untuk diadaptasikan di dalam kalangan masyarakat Malaysia di mana ia sebagai landasan untuk pihak PDRM dan masyarakat berinteraksi dan membuat sebarang bentuk aduan berkaitan sebarang perilaku dan masalah berkaitan dengan jenayah. Dengan adanya pembangunan dan evolusi aplikasi ia telah merancakkan lagi acuan untuk membentuk masyarakat, sosial dan proses komunikasi itu sendiri dimana ia dilaksanakan secara atas talian (Hamid & Khatibi, 2006).
Pemilikan alat komunikasi dan pengguna internet di Malaysia yang mana sangat tinggi ia telah membentuk satu lembaran baharu dan dalam masa yang sama telah mencetuskan idea daripada peningkatan penggunaan kepada kerajaan melalui PDRM iaitu memperkenalkan satu aplikasi yang boleh didapati di dalam telefon bimbit setiap rakyat Malaysia iaitu aplikasi VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) selaras di bawah pelaksanaan Program Community Policing yang dilaksanakan. Penggunaan internet yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dibuktikan beradasarkan We Are Social and Hootsuite (2018).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sumber: We Are Social and Hootsuite (2018).

Dengan adanya aplikasi ini ia dapat memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah di mana-mana sahaja di dalam Malaysia malah ia juga turut dianggap aplikasi yang membolehkan masyarakat untuk berinteraksi dengan pihak PDRM untuk mendapatkan sebarang bantuan berkaitan yang diperlukan.
Perihal itu, ini dapat memudahkan masyarakat dan selaras dengan hasrat pucuk pimpinan PDRM sendiri agar PDRM dapat menyampaikan khidmat mereka kepada setiap lapisan masyarakat dan di mana-mana dalam Malaysia. Sehubungan dengan itu pengkaji telah memutuskan untuk menjalankan kajian mengenai keberkesanan aplikasi VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

Pernyataan Masalah
Masalah jenayah merupakan isu global yang berlaku hampir setiap saat di seluruh dunia dan boleh dikatakan bahawa pihak berkuasa di seluruh dunia telah melaksanakan beberapa inisiatif masing-masing bagi tujuan untuk mengekang dan menurunkan kadar jenayah di setiap negara dan penempatan mereka. Antara inisiatif yang paling terkenal adalah Broken Window Teory yang diperkenalkan oleh saintis sosial James Q Wilson dan George L Kelling yang mana pertama kali dilaksanakan teori ini ialah di New York.
Contoh mudah teori ini adalah, sekiranya ada tingkap bangunan yang pecah, ia perlu diganti dengan tingkap baru pada kadar segera. Jika tidak diganti, maka akan lebih banyak lagi tingkap akan dipecahkan kerana kegiatan vandalisme yang berasakan pengurusan bangunan mahupun masyarakat tidak mengambil peduli kerosakan yang berlaku. Begitu juga keadaannya dengan kaki lima atau laluan yang penuh dengan sampah, maka ia perlu dibersihkan dengan segera. Jika tidak orang ramai akan terus meletakkan longgokan sampah yang lebih banyak kerana memikirkan jalan berkenaan sebagai tempat sesuai untuk dibuang sampah.

Semakin hari masalah jenayah yang semakin kompleks menjadikan tugasan PDRM semakin mencabar dan ia membuatkan PDRM memikirkan inisiatif untuk mengekang dan mengawal masalah jenayah ini dengan mewujudkan satu aplikasi baharu yang mana membantu pihak PDRM dan masyarakat untuk berganding bahu di dalam Pencegahan Jenayah di Malaysia. Broken Window Theory ini juga turut diaplikasikan di Malaysia di mana ia diberi sedikit sentuhan di mana ia melibatkan masyarakat dan pihak berkuasa seperti PDRM.
Setelah pelaksanaannya selama setahun, disini pengkaji ingin melihat keberkesanannya di kalangan masyarakat setempat khususnya bagi melihat adakah aplikasi ini mampu mencegah jenayah seperti seperti dikehendaki oleh PDRM sendiri. Sehubungan dengan itu, PDRM sendiri masih terus melihat aplikasi ini sebagai batu loncatan bagi mereka dan dianggap membantu di dalam program pencegahan jenayah di Malaysia.

Persoalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah tersebut, terdapat beberapa persoalan yang telah dikenalpasti dalam melakukan kajian ini. Persoalan kajian ini adalah untuk menjadi garis panduan dan membantu pengkaji untuk mengenalpasti persoalan yang sepatutnya diberi perhatian. Maka, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut. Antara persoalannya adalah seperti berikut;-
Apakah faktor-faktor yang menjadikan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM ini berkesan di dalam mencegah jenayah di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti ?Adakah akses terhadap aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini mudah untuk digunakan di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti ?Bagaimanakah kesan jangka masa panjang terhadap masalah jenayah di kawasan Pangsapuri Sri Meranti setelah menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ?Matlamat Kajian
Secara umumnya, matlamat kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji tentang keberkesanan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) mencegah jenayah di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

Matlamat khusus kajian ini ialah:-
1.5.1Mengenalpasti faktor-faktor keberkesanan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

1.5.2Membincangkan mengenai akses terhadap aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

1.5.3Membincangkan mengenai kesan jangka masa panjang terhadap masalah jenayah bagi penduduk di kawasan Pangsapuri Sri Meranti setelah menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Definisi Konsep dan Definisi Operasi
Bahagian ini menjelaskan tentang konsep-konsep penting yang terdapat dalam kajian ini. Konsep ini menjadi garis panduan dalam memahami dan membuat analisis terhadap keberkesanan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Antara konsep penting yang terdapat dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.6.1Volunteer Smartphone Patrol (VSP)
Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan aplikasi yang telah diperkenalkan oleh PDRM secara rasmi nya pada tahun 2017 di mana ia bertujuan untuk membantu pihak PDRM dan masyarakat Malaysia khususnya di dalam mencegah jenayah di mana ia hanya perlu dimuat turun melalui telefon bimbit yang mana ia boleh didapati di dalam perisian OS dan Android (Utusan Malaysia, 25 Mac 2017).

Idea ini tercetus di mana masalah jenayah yang semakin hari semakin mencabar menjadikan ia semakin sukar dibendung, namun dengan adanya aplikasi VSP ini ia menjadikan masyarakat sebagai mata dan telinga PDRM di mana segala perlakuan jenayah boleh dimuat naik di dalam aplikasi ini begi tujuan tindakan selanjutnya pihak polis. Dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) aplikasi ini telah dipertanggungjawabkan secara terus kepada PDRM dan iniative owner bagi menyelia aplikasi ini adalah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Kajian membuktikan pencegahan jenayah memerlukan satu bentuk mekanisme yang komprehensif dan momentum berterusan, untuk membendung serta menghalang jenayah. Menerusi pendekatan ini, PDRM dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang dapat dimainkan oleh mereka, serta langkah pencegahan yang boleh diimplementasikan di dalam usaha mencegah jenayah. Keberkesanan program pencegahan jenayah ini dapat merealisasikan keperluan masyarakat untuk hidup dalam keadaan selamat dan tenteram serta mampu mengawal tahap ‘fear of crime’ di kalangan masyarakat.

1.6.2Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Polis Diraja Malaysia merupakan agensi utama penguatkuasaan undang-undang di Malaysia yang mana penubuhannya berdasarkan Akta Polis 1967 dan peranan pasukan ini dinyatakan sepertimana termaktub di dalam seksyen 3 (3) akta polis 1967 yang mana menjelaskan mengenai Pasukan Polis Diraja Malaysia hendaklah diguna khidmat bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.
Di dalam akta Polis 1967 ini yang memberi keizinan kuasa kepada setiap lapisan Pegawai Polis untuk menjalankan tanggungjawab mereka seperti mana dikehendaki oleh undang-undang. Oleh yang demikian Polis Diraja Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program community policing dan seiring peredaran masa dan bebanan tugas yang semakin meningkat pihak kerajaan telah bersetuju agar Polis Diraja Malaysia menubuhkan sebuah jabatan baru iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang mana merupakan jabatan yang memfokuskan di dalam pendekatan pencegahan jenayah dengan unit-unit di dalam jabatan yang menjalankan fungsi-fungsi berikut.

1.6.3Masyarakat
Menurut Ralph Linton (1968) masyarakat adalah kelompok manusia yang hidup dan bekerja sama di dalam waktu yang lama dan mampu membuat aturan dalam kehidupan bersama dan mereka menganggap sebagai satu kesatuan sosial. Manakala bagi faktor untuk mengenalpasti masyarakat adalah di mana ianya haruslah mempunyai suatu kumpulan manusia yang banyak dan menetap di sesuatu kawasan bersama untuk suatu tempoh yang sangat lama di mana terbentuknya sistem dan pembahagian kerja tertentu.

Masyarakat yang difokuskan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah masyarakat Malaysia yang mana khususnya penduduk Pangsapuri Sri Meranti di mana masyarakat di sini yang menggunakan aplikasi VSP untuk membantu dan menjadi mata dan telinga bagi polis di dalam usaha bersama mencegah jenayah di kawasan Pangsapuri Sri Meranti untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi VSP ini.

1.6.4Kepolisan Komuniti (Community Policing)
Menerusi ‘community-oriented policing’ (C-OP) masyarakat dapat bersama-sama pihak Polis dalam merangka strategi, dasar dan pelaksanaan program pencegahan Polis Diraja Malaysia komited untuk memastikan keberkesanan “Community-Oriented Policing” (C-OP) di mana elemen ini digarap dalam salah satu teras utama National Key Result Areas (NKRA) – Mengurangkan Jenayah tertumpu kepada setiap aspek memerangi jenayah bermula dari peringkat pencegahan, pengesanan awal, tangkapan, perbicaraan mahkamah, sistem penjara dan proses pemulihan. Pada masa yang sama, NRKA Mengurangkan Jenayah turut tersasar kepada inisiatif untuk menambah baik persepsi masyarakat dan meningkatkan mutu perkhidmatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berdasarkan kedua-dua kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Polis dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menangani sebarang isu atau kecelaruan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Pihak polis juga dikenakan dengan bekerjasama dan bekerja secara aktif dengan komuniti untuk menangani kebimbangan masyarakat. Begitu juga, masyarakat mestilah bersedia untuk melibatkan diri dan bekerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Berdasarkan konsep community policing ini masyarakat turut serta bersama PDRM memainkan peranan dalam menentukan strategi dan terlibat secara langsung untuk memastikan keselamatan dapat dikecapi (Zalmizy H., 2014).

1.7Teknologi Maklumat
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu bentuk teknologi yang diperlukan untuk proses data. Ia mempunyai ruang lingkup adalah sangat luas. Ia boleh dikaitkan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat di mana secara tepat adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa batas masa dan waktu.

Menurut (Azlizan T., Nazaruddin M.Y., Zainal Z., 2017) definisi teknologi maklumat boleh dianggap sebagai satu bentuk proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Sedia maklum bahwa, teknologi disifatkan sebagai satu pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat cepat. Realitinya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contohnya dengan menggunakan komputer ia boleh merakam bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakan.

Kedua, adalah untuk memanipulasi maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

1.8Kepentingan Kajian
Terdapat beberapa kepentingan berdasarkan kajian yang dihasilkan. Antara kepentingannya ialah sebagai sumber ilmiah atau intelek, kepentingan kepada individu dan masyarakat.
1.8.1Kepentingan Sebagai Sumber Ilmiah Atau Intelek
Setiap ilmu dan maklumat yang dihasilkan oleh pemikiran masyarakat berkaitan apa-apa sahaja isu adalah bergantung kepada sumber sesuatu maklumat yang diperoleh. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber maklumat kepada pihak berkuasa dan orang ramai tentang penggunaan aplikasi VSP ini. Kajian ini diharapkan dapat menyokong dan mengukuhkan teori dan model kajian terdahulu berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan aplikasi VSP ini kepada masyarakat Malaysia khususnya. Di samping itu, kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber ilmiah yang boleh dirujuk untuk menjalankan sesuatu penyelidikan tentang aplikasi VSP dengan lebih lanjut pada masa akan datang. Dapatan kajian ini juga dapat dijadikan bahan bacaan umum yang dikeluarkan dalam bentuk artikel atau jurnal.

1.8.2Kepentingan Kepada Individu Dan Masyarakat
Ilmu dan sumber maklumat sangat penting di dalam sesuatu perkara agar setiap persediaan dapat disediakan dan dilaksanakan dengan baik malah turut dapat membaiki beberapa kelemahan yang tersurat dan tersirat. Asasnya kajian ini sangat penting bagi masyarakat dan PDRM malah akan dijadikan bahan rujukan oleh pihak berkuasa terutama PDRM khususnya di mana PDRM merupakan pemilik aplikasi VSP ini dan di dalam masa yang sama ia akan memberi satu bentuk kesedaran di dalam masyarakat di Malaysia terutamanya untuk bersama-sama mengambil bahagian di dalam program ini dengan mendaftar sebagai ahli VSP di mana mereka turut sama berjasa kepada negara di dalam mencegah jenayah daripada terus berlaku.

Dari sudut lain pula PDRM boleh merujuk kepada kajian ini dengan melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan aplikasi ini dan dengan mengambil tindakan sewajarnya dan merangka strategi-strategi bagi memastikan aplikasi VSP ini terus kekal relevan di kalangan masyarakat di Malaysia.

1.9Skop Kajian
Skop kajian yang dilihat dalam kajian ini ialah dari segi konteks, informan dan kaedah kajian yang digunakan. Konteks yang difokuskan dalam kajian ini ialah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Oleh PDRM Di Dalam Pencegahan Jenayah di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Kajian ini tertumpu di penduduk Pangsapuri Sri Meranti sahaja. Dari segi informan kajian pula terdiri daripada penduduk Pangsapuri Sri Meranti yang telah menggunakan aplikasi VSP ini sahaja. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif, iaitu temu bual secara langsung dengan informan kajian yang dipilih. Maka, kebolehpercayaan dan kesahan dapatan kajian ini bergantung kepada kejujuran maklum balas yang diberikan oleh informan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengkaji.

1.10Rumusan Bab
Kajian mengenai keberkesanan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) oleh PDRM di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti adalah untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menjadikan aplikasi ini berkesan di dalam pencegahan jenayah di kawasan Pangsapuri Sri Meranti malah capaian oleh penduduk terhadap alikasi VSP dan kesan jangka masa panjang di dalam penggunaan aplikasi ini di kawasan kejiranan Pangsapuri Sri Meranti. Berdasarkan maklumat yang akan diperolehi pengkaji akan dapat melihat sejauh mana keberkesanan, kesan di kawasan kejiranan Pangsapuri Sri Meranti dan penggunaan aplikasi ini. Bab seterusnya akan membincangkan ulasan karya dan teori yang digunakan dalam kajian ini.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1Pendahuluan
Kajian literatur ini dilakukan adalah sebagai panduan dan rujukan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji mengetengahkan beberapa penyelidikan terdahulu yang berkaitan dengan matlamat kajian ini, iaitu dari faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian dan risikonya. Bahagian ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca mengenai idea-idea dan pengetahuan yang dikemukakan oleh para sarjana yang sebelumnya berkaitan dengan kajian yang dilakukan ini. Malah, dalam bahagian ini juga akan membincangkan berkenaan teori asas yang digunakan dalam kajian ini, iaitu Teori Massa Kritikal Marcus (1987).

2.2Faktor-Faktor Keberkesanan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (Vsp) Di Kalangan Penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

Teknologi ialah objek dan aktiviti yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Teknologi dilihat sebagai satu kaedah menangani masalah teknikal dan maklumat teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Teknologi juga dilihat dari sudut berasaskan kajian saintifik termaju penggunaan peralatan elektronik yang canggih (Dewan Bahasa, 2007).

Menurut (Ahmad, J. H., 2009) perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia. Di mana jika dilihat penyaluran maklumat yang sangat pantas menjadikan maklumat kini dihujung jari. Peningkatan di kalangan pengguna dan kepentingan penyaluran maklumat dan perkhidmatan meningkat dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan kadar jenayah telah menjadikan PDRM berusaha untuk mencari jalan penyelesaian di mana bertujuan untuk mengekang perlakuan jenayah secara holistik. Sehubungan dengan itu PDRM telah memanfaatkan teknologi semasa dan menggunakan teknologi agar masyarakat dapat menggunakannya bersama PDRM di dalam program pencegahan jenayah. Antara faktor yang yang menjadi pendorong ialah di mana kemudahan untuk mengakses aplikasi ini dengan hanya menggunakan telefon pintar dan boleh di muat turun di mana-mana sahaja di dalam Malaysia malah juga ia turut boleh digunakan bila-bila masa diperlukan dan di mana-mana di dalam Malaysia. Kemajuan dan pembangunan teknologi dan maklumat tidak dinafikan telah banyak membawa kemudahan dan perhubungan komunikasi yang lebih efisien. Namun di sebalik semua itu, terdapat juga penyalahgunaan di kalangan pihak yang tidak bertanggungjawab di mana mereka telah menggunakan teknologi bagi tujuan untuk melakukan jenayah (RAMLI, M. A. B., 2013). Pengklasifasi jenayah adalah merangkumi pelbagai, bukan sahaja hanya jenayah jalanan, jenayah siber dan sebagainya. Namun jenayah mempunyai skop yang luas di mana kunci utama membanteras ataupun mengekang perlakuan jenayah adalah dengan melibatkan masyarakat bersama di dalam bulatan yang mana luar bulatan adalah penjenayah. Konsep ini telah didedahkan di dalam program Kepolisan Komunit (community policing) yang diperkenalkan oleh PDRM.

Kajian membuktikan bahawa pencegahan jenayah merupakan satu mekanisme yang sangat komprehensif dan merupakan satu momentum untuk mengawal serta mencegah dari berlakunya perlakuan jenayah. Menerusi kaedah ini, pihak PDRM dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang boleh dimainkan oleh mereka serta langkah-langkah yang perlu di dalam pencegahan yang boleh diimplementasikan di dalam usaha untuk mengekang kes jenayah dari berlaku. Keberkesanan program pencegahan jenayah ini dapat merealisasikan ‘autopia’ masyarakat untuk hidup di dalam keadaan selamat, aman dan tenteram serta mampu mengawal tahap ‘fear of crime’atau ketakutan pada jenayah di kalangan masyarakat (Zalmizy, H., 2014). Menurut juga (Zalmizy, H., 2014) dengan adanya jalinan kerjasama yang erat antara masyarakat dan PDRM ia perlu dikekalkan dan diperluaskan di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Oleh yang demikian, pelancaran kepolisan komuniti atau disebut dalam istilah Inggeris, “community oriented policing” (C-OP) adalah merupakan satu elemen penting dalam menurunkan indeks jenayah. Dengan adanya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang mana ia berkonsepkan strategi “community-oriented policing” yang telah dilaksanakan untuk diaplikasi dan diadaptasi sebagai pemacu dalam usaha mencapai kelestarian keselamatan secara optimum melalui penglibatan masyarakat. Polis dalam merangka strategi, dasar dan pelaksanaan program pencegahan.

Inisiatif Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini telah diperkenalkan semasa Persidangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diadakan pada 19 Mei 2016 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. VSP adalah satu daripada program di bawah NBOS dan PDRM dilantik sebagai agensi pelaksana program ini. Aplikasi VSP dapat diakses dan dimanfaat oleh pengguna telefon pintar di Malaysia. VSP adalah merupakan Projek Perluasan Program Rakan Cop, yang mana ‘Initiative Owner’ nya ialah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). Inisiatif ini dilihat mampu merancakkan aktiviti pengawasan jenayah di kalangan masyarakat tempatan melalui pembabitan orang ramai. Perkongsian maklumat oleh orang ramai dipermudahkan dengan penggunaan aplikasi melalui peranti telefon pintar masing-masing bagi tujuan pencegahan jenayah dan meningkatkan tahap keselamatan di seluruh negara serta menanamkan sifat pencegahan jenayah, yang menjadi tanggungjawab bersama PDRM dan masyarakat. Dengan adanya aplikasi ini, kini orang ramai boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian melalui aplikasi mudah alih VSP. Faktor-faktor keberkesanan aplikasi ini adalah ia menjimatkan masa dan tiada kerenah birokrasi di mana hanya perlu mengakses aplikasi ini bagi tujuan untuk memaklumkan segala aduan mahupun perlakuan jenayah untuk tindakan susulan pihak PDRM. Ini menunjukkan pencegahan jenayah memerlukan mekanisme yang komprehensif dan momentum berterusan, untuk membendung serta menghalang jenayah. Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Polis dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menangani sebarang isu yang berlaku dalam masyarakat. Pihak polis juga diperlukan dalam bekerjasama dan bekerja secara aktif bersama komuniti untuk menangani kebimbangan masyarakat. Begitu juga, masyarakat mestilah bersedia untuk melibatkan diri dan bekerjasama dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah (Zalmizy, H . 2014).

Menerusi pendekatan ini, PDRM dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang dapat dimainkan oleh mereka, serta langkah pencegahan yang boleh diimplementasikan dalam usaha mencegah jenayah. Faktor-faktor yang menjadikan aplikasi ini berkesan adalah pengenalan kepada aplikasi ini agar masyarakat tahu mengenai aplikasi VSP ini. Kini, dengan adanya aplikasi VSP di bawah naungan Rakan COP, masyarakat akan dapat memanfaatkan modul sedia ada yang diperkasakan lagi bagi merangkumi Sistem Aduan – Bagi menyalurkan maklumat kepada polis; Laporan Balik Kampung – Bagi memaklumkan pergerakan penghuni rumah bertujuan memudahkan polis membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa; dan Senarai Cawangan – Senarai alamat dan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan perkhidmatan. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan Google Maps.

Secara keseluruhannya, sorotan berkenaan kajian ini telah pun menjelaskan berkenaan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Oleh kerana itu, perkara ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji bagi melihat samaada benar ataupun tidak faktor-faktor ini memberi pengaruh keberkesanan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

2.3Membincangkan Mengenai Akses Terhadap Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Di Kalangan Pangsapuri Sri Meranti.

Akses merupakan capaian terhadap sesuatu maklumat ataupun aplikasi bagi tujuan mendapatkan data atau maklumat (Dewan Bahasa, 2005). Dengan adanya akses atau capaian terhadap sesuatu maklumat ia menjadikan manusia mudah untuk memperoleh maklumat hanya di hujung jari. Di dalam kajian ini akan menunjukkan sorotan kajian yang mana kemudahan untuk mengakses maklumat di Malaysia khususnya di mana maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk tujuan utama iaitu untuk mengekang perlakuan jenayah di Malaysia sepertimana kajian ini tertumpu kepada keberkesanan mengenai aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

Dengan kemudahan teknologi sedia ada pada hari ini, dapat dilihat internet menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di kalangan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak mengira golongan, dari setiap lapisan masyarakat, internet sudah menjadi kebiasaan digunakan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi. Dengan adanya kemajuan teknologi yang pesat pada masa kini, internet dapat diakses di mana sahaja dengan mudahnya dan ditambah pula lagi dengan adanya teknologi jalur lebar, wifi dan sebagainya (Ahmad, S. Z., & Hassan, J., 2011). Aplikasi VSP ini merupakan satu penjenamaan semula daripada program Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 yang mana ia mendapat Keberkesanan ‘Rakan Cop’ ini mendapat maklumbalas yang baik dari masyarakat di mana sejak dilancarkan sehingga 3 Disember 2007 seramai menjadi 176,481 orang ahli RakanCop dan sebanyak 405,888 maklumat disampaikan kepada pihak Polis (Zalmizy, H . 2014). Berdasakan kajian lalu mendapati bahawa program ini telah berjaya dan VSP ini merupakan kesinambungan daripada program Rakan Cop yang lalu di mana ahli sedia ada selaraskan di dalam aplikasi VSP ini yang mana ahli sedia ada dan penambahan ahli berjumlah 689,487 setakat 2017 (Kosmo, 15/08/2017).

Berdasarkan statistik di atas jelaslah bahawa aplikasi VSP ini mudah untuk diakses tanpa masalah kerenah birokrasi. Menurut (Dewan Bahasa, 2005) birokrasi adalah suatu sistem pemerintahan yg dijalankan oleh pegawai-pegawai yg tidak dipilih oleh rakyat. Namun memlalui aplikasi ini dilihat tiada sebarang bentuk birokrasi di mana akses capaian terhadap aplikasi ini dilihat mudah untuk diakses dan digunakan. Selain daripada itu, akses dan capaian terhadap aplikasi ini perlu juga didedahkan kepada penduduk luar bandar yang memiliki alat komunikasi telefon pintar agar aplikasi ini dapat dimanfaatkan keseluruhan rakyat Malaysia secara khususnya.

Penggunaan aplikasi ini hendaklah menggunakan telefon pintar sebagai platform untuk mengoperasikan aplikasi ini agar ia dapat digunakan. Telefon pintar adalah alat yang sofistikated, dinamik serta bersifat mudahalih di mana ia memberi satu ruang kepada pengguna untuk mendapat akses maklumat tidak kira batas masa dan waktu (Al-Barashdi et al, 2015; Alfawareh dan Jusoh, 2014). Keupayaan telefon pintar yang mampu beroperasi secara optimum seperti komputer memberi banyak manfaat kepada pengguna dan sekaligus menjadikan telefon pintar sangat popular dan meningkatkan tahap pemilikan telefon pintar serta cara dan tujuan penggunaannya (Lay-Yee et al., 2013; Weinberg, 2012). Melalui penggunaan telefon pintar, banyak aktiviti boleh dilaksanakan termasuklah berkongsi maklumat, berkomunikasi, melayari internet, menghasilkan dan mengubah dokumen dan pelbagai kemudahan lain (Al-Barashdi et al, 2015). Kemudahan untuk merakam gambar serta mengambil video secara mudah serta aplikasi yang pelbagai menjadi menyumbang kepada peningkatan penggunaan telefon pintar (Weinberg, 2012). Dengan wujudnya pelbagai aplikasi pada telefon pintar, ia menjadi popular dalam kalangan pengguna khususnya untuk tujuan sosialisasi dan pelbagai yang mampu meningkatkan komunikasi di kalangan manusia tanpa sempadan (Hong et el., 2012).

Sebagai kesimpulan bagi sorotan kajian ini, boleh dikaitkan dengan persoalan kedua kajian ini. Iaitu apakah aplikasi VSP ini mudah untuk diakses oleh penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Seperti yang telah dinyatakan dalam sorotan kajian ini pemilikan telefon pintar merupakan asas bagi memastikan aplikasi ini mudah untuk diakses atau dicapai dan barulah ia boleh digunakan dengan optimum agar ia membantu masyarakat dan pihak PDRM untuk bersama-sama mencegah jenayah.

2.4Kesan jangka masa panjang terhadap masalah jenayah bagi penduduk di kawasan Pangsapuri Sri Meranti setelah menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Penggunaan aplikasi VSP ini telah memberi kesan berdasarkan kenyataan pihak berkuasa secara rasmi di dalam akhbar di mana ia menunjukkan penurunan sebanyak 53% dari tahun 2010 sehingga tahun 2017 (Berita Harian, 23 Mac 2018) yang aplikasi ini terlibat secara langsung di dalam kejayaan pihak PDRM menurunkan kadar jenayah berdasarkan program Kepolisan Moden yang merangkumi program Kepolisan Komuniti iaitu inisiatif pelaksanaan VSP yang merupakan kesinambungan program RakanCop di mana ia dijenamakan semula di dalam bentuk aplikasi agar ia boleh digunakan hampir kesemua pemilik telefon pintar di Malaysia. Di dalam masa yang Petunjuk Persepsi Jenayah (PCI) dari tahun 2016-2017 menunjukkan keyakinan masyarakat berasa lebih selamat dengan penurunan sebanyak 40%.

Berdasarkan penurunan kadar jenayah ini menunjukkan bahawa keberkesanan program Kepolisan Komuniti oleh PDRM di mana ia berjaya diimplimentasikan dan mampu membawa kepada Malaysia yang lebih sejahtera dan selamat dari semasa ke semasa. Menurut (Zalmizy, H . 2014) masyarakat memainkan peranan yang sangat penting di dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh yang demikian, PDRM perlu membentuk satu mekanisme yang boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab mereka. Pendekatan perlulah bersifat psikologi yang mana ia mampu membuatkan masyarakat untuk turut sama memainkan peranan di dalam pencegahan jenayah.
Sehubungan dengan itu kempen-kempen, dialog, perjumpaan, seminar, penglibatan pihak PDRM di dalam aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya perlu dipertingkatkan di dalam usaha untuk mewujudkan hubungan yang erat di antara PDRM dan masyarakat. Usaha untuk mencegah jenayah ini dapat direalisasikan apabila bidang kepolisan menjadi bidang yang berorientasikan masyarakat atau lebih dikenali sebagai “Community-Oriented Policing”. Menerusi konsep ini masyarakat turut berperanan di dalam menentukan strategi dan terlibat secara langsung agar keselamatan dan ketenteraman di kawasan mereka terjamin. Pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan melalui “Community-Oriented Policing” di mana PDRM dan masyarakat bekerjasama dengan mengamalkan konsep, iaitu ‘the police are the public and the public are the police’. Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada pengawalan dan mengurangkan kes jenayah di Malaysia.

2.6Penerimaan Masyarakat Terhadap Teknologi Maklumat Kepada Masyarakat
Teknologi maklumat yang dilihat sebagai gaya hidup dalam kehidupan manusia pasca moden ini menunjukkan masyarakat menerima dengan baik yang mana nilai-nilai murni penggunaan teknologi maklumat diambil untuk digunakan di dalam kehidupan seharian (Mokmin B. , 2004). Teknologi yang bersifat sejagat ini walaupun teknologi asasnya adalah sama bagi sesebuah masyarakat dan Negara namun oleh kerana terdapat perbezaan latar belakang budaya fikir, perbezaan etika sesebuah masyarakat dan struktur sosio-ekonomi diantara satu komuniti kepada komuniti yang lain, maka berlakulah perubahan-perubahan nilai dalam masyarakat. Melalui kajian dan soalselidik yang telah dijalankan dibeberapa buah Negara maju, wujudnya kesan-kesan baik Internet dapat dibuktikan. Pengguna-pengguna Internet didapati terbuka kepada kepelbagaian pandangan politik dan menghargai pandangan yang berbeza. Terdapat juga bukti bahawa Internet tidak mengubah aktiviti sosial malah mengaktifkan perhubungan diantara ahli komuniti.
Peningkatan penerimaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat dilihat sebagai satu bentuk alat komunikasi yang membantu dari segi kebaikan di mana menurut (Utusan Malaysia, 24 Februari 2018) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 10 tertinggi di dunia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pew Research Center. Dan berdasarkan kaji selidik yang dijalankan turut menunjukkan bahawa kira-kira terdapat 24,572,446 pengguna internet di Malaysia daripada setiap lapisan peringkat umur masyarakat. Oleh yang demikian menjadikan ia sebagai alat komunikasi yang efektif dan efisen untuk pihak PDRM terutamanya di dalam proses membantu mereka secara tidak langsung di dalam program pencegahan jenayah. Impak penggunaan dan penerimaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa ia membawa 1001 kebaikan dan keburukan. Aspek yang akan dilihat di dalam kajian ini adalah tertumpu kepada faktor-faktor keberkesanan, kesan jangka masa panjang dan jangka masa pendek dan akses capaian terhadap penggunaan aplikasi VSP di dalam Malaysia terutama di kalangan penduduk Blok M8 Pangsapuri Sri Meranti di mana kajian lepas telah membuktikan kejayaan PDRM menurunkan kadar jenayah di Malaysia yang mana ia membawa kepada persepsi ketakutan terhadap perlakuan jenayah menurun. Ini disokong dengan kenyataan PDRM di dada akhbar yang mana PDRM akan mengeluarkan data kadar jenayah di dada akhbar dan dihebahkan kepada masyarakat keseluruhannya.

Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat dan masyarakat menerima dan menggunakan teknologi maklumat maka ia menjadikan masyarakat bersedia untuk menerima teknologi yang lebih maju pada masa akan datang. Secara khususnya aplikasi VSP ini dilihat banyak memberi masyarakat maklumat-maklumat yang diperlukan berkaitan pencegahan jenayah yang mana ia akan berkesan jika di amalkan oleh masyarakat. Mengadaptasikan teknologi maklumat di dalam program Kepolisan Komuniti di dalam pencegahan jenayah menjadikan ia sebagai satu buah tangan PDRM kepada masyarakat khususnya dan peringatan juga kepada penjenayah supaya perbuatan jenayah mereka akan dihidu dan diketahui oleh pihak berkuasa dengan bantuan masyarakat secara khususnya yang akan menyampaikan maklumat kepada pihak PDRM melalui aplikasi ini.
Bantuan teknologi maklumat di dalam program pencegah jenayah terutamanya aplikasi VSP telah merubah landskap pencegahan jenayah di Malaysia di mana ia telah berjaya merubah mentality masyarakat yang berpeluk tubuh atau erti kata lain tidak mempedulikan perlakuan jenayah di sekeliling mereka kepada masyarakat yang prihatin di dalam mencegah jenayah. Ini dilihat apabila masyarakat lebih selesa menyampaikan maklumat menggunakan aplikasi tanpa diketahui sesiapa yang hanya diketahui oleh PDRM sahaja bagi tujuan tindakan selanjutnya.
Dengan itu merujuk segala faktor di atas memberi satu petunjuk berdasarkan sorotan kajian-kajian lalu bahawa masyarakat lebih mudah untuk menggunakan teknologi maklumat di dalam setiap aspek kehidupan mereka. Oleh yang demikian ini menjadi satu kelebihan kepada PDRM di dalam mengawal dan memantau perlakuan jenayah atau mencegah jenayah secara holistik.

2.6Teori Massa Kritikal
Menurut Markus (1987), teori massa kritikal adalah penentuan terhadap impak teknologi baru ke atas khalayak. Di sini khalayak dimaksudkan adalah masyarakat yang menggunakan teknologi baru di mana peningkatan jumlah terhadap penggunaan teknologi baru menjadikan aplikasi VSP ini lebih efektif. Dengan adanya peningkatan jumlah pengguna terhadap teknologi aplikasi VSP ini ia menjadikan aplikasi dikenali dan masyarakat secara tidak langsung akan mula mengenali dan menggunakan aplikasi VSP ini secara efektif dan efisien. Dengan perkembangan penggunaan internet di Malaysia jumlah pengguna menjadi kayu pengukur keberkesanan aplikasi ini di mana masyarakat mula menggunakan aplikasi ini secara menyeluruh dan optimum.

Berdasarkan teori Massa Kritikal ini menyatakan bahawa media interaktif menjadi lebih berguna yang mana ia ditujukan aplikasi VSP ini akan menjadi suatu aplikasi yang diperlukan oleh golongan masyarakat yang mana ia berasaskan untuk tujuan mencegah jenayah di dalam Malaysia secara khusus. Dan jika dilihat dari sudut lain pula dengan adanya aplikasi ini telah menjadikan masyarakat dan PDRM semakin rapat dan membina satu kepercayaan di antara satu sama lain yang akhirnya memberikan hasil yang mana kedua-dua pihak akan memperoleh iaitu keselamatan yang terjamin untuk masyarakat, manakala bagi PDRM pula golongan masyarakat menjadi prihatin di antara satu sama lain.

Hubungkait teori ini di dalam kajian ini adalah di mana pengkaji melihat teknologi aplikasi ini menjadi satu alat komunikasi dan perantara selain media sosial yang mana ia lebih khusus dan spesifik penggunaannya. Contohnya adalah situasi di mana sekiranya pengguna aplikasi ini iaitu masyarakat yang akan ke luar kawasan yang secara ringkasnya ketiadaan mereka di rumah untuk suatu tempoh yang panjang, pengguna boleh memaklumkan ketiadaan mereka kepada pihak PDRM melalui aplikasi ini di mana pihak PDRM akan mengambil maklum mengenai ketiadaan penghuni rumah yang memaklumkan kepada mereka dan pihak PDRM akan mengambil tindakan susulan sama ada meningkatkan rondaan ataupun memaklumkan kepada persatuan penduduk berhampiran untuk membantu dan turut serta melakukan rondaan secara berkala bergantung kepada setiap aduan mahupun laporan yang diberikan masyarakat di suatu kawasan tersebut.

Secara khususnya teori Massa Kritikal ini adalah tertumpu kepada teknologi baru yang terarah kepada aplikasi VSP ini di mana penggunanya haruslah meningkat dari semasa ke semasa agar ia terus kekal relevan dan popular malah menjadi aplikasi utama di dalam yang diperkenalkan oleh PDRM supaya penggunaannya dioptimumkan dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

2.7Rumusan Bab
Sorotan dari bab ini telah membincangkan secara khusus berkenaan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu, yang mana ia berkaitan dengan program pencegahan jenayah yang dilaksanakan dan kajian yang dijalankan ini adalah kesinambungan kajian lepas mengenai program Kepolisan Komuniti RakanCop dan dijenamakan semula di dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuat turun melalui perisian telefon pintar di Malaysia iaitu aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Kajian-kajian lepas yang dibincangkan ini merupakan kajian yang telah dijalankan dan menumpukan kepada faktor yang menjadikan aplikasi VSP ini berkesan penggunaanya di dalam kalangan pengguna malah turut meniliti kesan jangka masa panjang dan capaian akses terhadap aplikasi ini di kalangan pengguna agar aplikasi ini boleh terus digunakan di masa hadapan.. Kajian-kajian lepas yang diteliti telah menunjukkan mengenai kajian terhadap pencegahan jenayah ini yang mana pelbagai program yang dijalankan untuk tujuan itu. Bab ini juga telah membincangkan berkenaan teori yang dipilih untuk digunakan dalam kajian ini, iaitu Teori Massa Kritikal.

BAB 3
METODOLOGI
3.1Pendahuluan
Menurut Rohana (2003), penyelidikan adalah satu proses penyiasatan dan penelitian bagi mencari fakta dan maklumat mengenai sesuatu perkara yang dikaji. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai kaedah dan cara ataupun teknik kajian yang boleh diadaptasikan dalam kajian yang dijalankan dan memahami mengenai sesuatu perkara yang dikaji secara lebih terperinci dan dengan baik. Bagi definisi kaedah kajian pula merupakan satu tatacara mengkaji dan menyelidik sesuatu kajian secara sistematik bagi mengumpul data-data yang tepat serta berkesan di dalam menghasilkan bukti untuk menyokong sesuatu kajian menurut Sidek Mohd (2000). Sehubungan dengan itu, bab ini akan menerangkan kaedah-kaedah kajian yang akan digunakan di dalam kajian yang akan dijalankan. Perkara-perkara yang akan dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan persampelan, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, pra-uji, ujian pasca dan kaedah analisis data. Akhir sekali adalah ringkasan keseluruhan dalam bab ini.

Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah tertumpu kepada faktor keberkesanan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti yang mana ia merupakan kajian yang berbentuk kualitatif. Kajian berbentuk kualitatif ini dipilih kerana dapat menghasilkan maklumat dengan lebih mendalam dan tepat di samping dapat memudahkan pengkaji untuk membuat penjelasan berkaitan kajian yang dijalankan. Selain daripada itu, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah kualitatif kerana kebanyakan kajian-kajian lepas yang dilakukan mengenai pencegahan jenayah adalah melalui kaedah kuntitatif yang mana ia menggunakan data-data dan soal selidik kepada masyarakat. Sehubungan itu, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif di dalam kajian ini bagi memperoleh maklumat yang lebih tepat dan mendalam di mana ia lebih berkualiti kerana kaedah temuduga akan dijalankan terhadap responden yang telah dipilih secara rawak. Bilangan reponden yang terlibat dalam kajian kualitatif juga adalah lebih kecil daripada pendekatan kuantitatif. Ini kerana bilangan responden yang kecil ini sudah cukup untuk menjelaskan perkara dan tujuan apa yang dikaji.

Menurut Rohana (2003), kaedah temu bual ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah kaedah ini membenarkan penyelidik untuk memberi penjelasan jika terdapat persoalan yang kabur atau kurang jelas. Responden juga dapat memberi keterangan secara mendalam dan khusus kepada soalan-soalan yang penting. Dari segi faktor masa pula ia tidak menjadi masalah kerana. Pengkaji dan responden mempunyai masa yang mencukupi untuk melaksanakan kajian ini (Rohana, 2003).
Menurut Kamarul (2012) menyatakan bahawa kaedah kajian kualitatif ini berbeza dengan kajian kuantitatif dan terdapat perbezaannya yang tersendiri. Kaedah kajian kualitatif terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah temu bual, iaitu temu bual separa berstruktur yang dilakukan secara bersemuka. Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini kerana sifatnya yang luas, terbuka dan tidak berstruktur membolehkan pengkaji mendapatkan kefahaman yang terperinci mengenai topik kajian bersama dengan responden yang dipilih (Kamarul, 2012). Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Semasa sesi temu bual dijalankan, soalan yang akan ditanyakan adalah berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan dan soalan tambahan yang berkaitan dengan konteks yang dikaji.
Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang akan dijalankan adalah di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Lokasi ini dipilih kerana dengan kemajuan teknologi yang ada masyarakat semakin celik teknologi dan sasaran utama aplikasi ini adalah di kawasan kejiranan dan mana-mana tempat di Malaysia. Oleh yang demikian untuk mengkaji mengenai kepenggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini adalah sesuai agar dijalankan di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti yang mana pastinya ada di kalangan mereka yang menggunakan aplikasi ini bertujuan untuk mencegah jenayah di kawasan ini.

Populasi dan sampel kajian
Populasi kajian yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Sampel kajian merupakan antara strategi penyelidikan yang membolehkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang menganggotai populasi itu (Mohd Majid, 2004). Oleh yang demikian, sampel merujuk kepada sebahagian individu yang diambil melalui kaedah persampelan bagi mewakili suatu populasi yang dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bukan kebarangkalian kerana responden yang dipilih mewakili populasi lokasi kajian di mana sampel dipilih secara bertujuan (Purposive Sampling). Responden kajian dipilih mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan sesuai dengan tujuan utama kajian yang dijalankan (Emmel, 2013).
Menurut Baxter dan Babbie (2003) persampelan bertujuan merujuk kepada pengkaji memilih individu yang mana mereka mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja sebagai responden kajian. Ini bagi memastikan responden kajian yang dipilih dapat memberikan maklumat-maklumat yang dapat memberi jawapan kepada persoalan kajian bagi mencapai matlamat kajian yang dikaji. Oleh itu, pengkaji membuat pertimbangan berdasarkan pengetahuan dan tujuan kajian di dalam memilih responden. Pemilihan responden kajian dibuat berdasarkan subjek kajian, iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan asas mengenai teknologi maklumat dan mereka yang menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Berdasarkan ciri-ciri ini, sampel dapat memberikan maklumat yang betul dan tepat berdasarkan pengalaman mereka menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Dalam kajian ini, responden yang dipilih adalah penduduk Pangsapuri Sri Meranti yang mana mereka akan ditemuduga bagi menjawab persoalan kajian ini.

Instrumen kajian
Satu set protokol temu bual telah dibentuk oleh pengkaji yang mana ia sebagai instrumen kajian. Instrumen ini dibuat berdasarkan persoalan kajian yang dikaji. Instrumen ini mengandungi soalan yang berbentuk umum dan kemudiannya terjurus kearah soalan yang lebih khusus. Pengkaji telah mengemukakan sebanyak tujuh soalan dalam mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan kajian yang dijalankan. Berikut merupakan soalan-soalan yang telah dibina oleh pengkaji bagi menjawab kesemua persoalan kajian:
1.Apakah faktor-faktor aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM berkesan di dalam mencegah jenayah di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti ?2.Adakah akses aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) mudah untuk digunakan di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti ?3.Bagaimanakah kesan jangka masa panjang terhadap masalah jenayah di kawasan Pangsapuri Sri Meranti setelah menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ? Kaedah pengumpulan data
Dalam pengumpulan data kajian, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah temu bual mendalam bagi mengenalpasti fakta yang diberikan oleh penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Kaedah temu bual ini dijalankan terhadap penduduk Pangsapuri Sri Meranti yang menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Kemudiannya ia akan dianalisis bagi melihat faktor-faktor keberkesanan, capaian terhadap aplikasi ini dan kesan jangka masa panjang terhadap penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini. Menurut Kamarul (2012), melalui kaedah ini pengkaji akan menemu bual terhadap responden secara terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Setiap perkara atau maklum balas yang dinyatakan oleh informan dirakam menggunakan rakaman audio telefon pintar dan dicatat bagi mengelakkan berlaku keciciran maklumat yang diberikan.

Pengkaji menggunakan temu bual separa berstruktur, iaitu gabungan antara temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur bagi memperoleh lebih banyak maklumat berkaitan dengan topik yang dikaji. Temu bual ini dilakukan secara bersemuka di mana pengkaji terlibat secara langsung dalam proses temu bual tersebut. Pengkaji telah mengenalpasti responden yang bersusaian dengan ciri-ciri yang ditetapkan dengan bertanyakan sama ada mereka pernah aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ataupun tidak. Setelah responden dapat dikenalpasti, pengkaji akan menjelaskan secara ringkas tentang kajian yang dijalankan dan tujuan temu bual dilakukan serta mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu. Setelah dipersetujui, pengkaji kemudiannya akan memaklumkan masa dan waktu yang sesuai untuk mengadakan sesi temu bual. Masa yang diambil untuk satu sesi temu bual ini adalah berdasarkan bilangan soalan dan jawapan yang diberikan oleh informan kajian. Semasa proses temu bual dilakukan, pengkaji menggunakan kaedah mencatat dan menggunakan rakaman audio telefon pintar untuk merakam sesi temu bual tersebut. Hal ini dimaklumkan terlebih dahulu kepada informan sebelum proses temu bual dilakukan.
3.7Pra-uji
Sebelum temu bual sebenar dilakukan, pra ujian telah dilakukan bagi memastikan soalan-soalan yang dikemukakan dapat difahami dengan jelas oleh informan kajian. Sehubungan itu, pengkaji akan mendedahkan responden dengan soalan terlebih dahulu. Perkara ini dilakukan supaya responden dapat mendalami setiap soalan akan ditanya dan dapat memahaminya dengan baik serta memberikan jawapan mengikut kehendak soalan. Pra ujian ini dilakukan sebelum temu bual sebenar dengan informan dijalankan. Pra ujian ini dilakukan terhadap 5 orang responden yang telah dipilih. Semasa melakukan pra ujian tersebut, terdapat 2 responden yang kurang memahami kehendak soalan yang ditanya. Ini menyebabkan pengkaji perlu menerangkan dengan lebih jelas kehendak sebenar soalan tersebut. Pra ujian ini memudahkan responden untuk menjawab setiap soalan yang diajukan dan mampu memberikan jawapan yang betul selari dengan matlamat kajian ini dijalankan.

3.8Ujian pasca
Ujian pasca dijalankan untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk Pangsapuri Sri Meranti terhadap penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini. Ujian pasca ini dijalankan dengan melakukan temu bual terhadap 5 orang penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Maklum balas yang diberikan oleh responden direkodkan melalui rakaman audio.

3.9Kaedah Analisis data
Selepas sesi temu bual dilakukan, pengkaji akan mendengar semula rakaman temu bual tersebut yang telah direkodkan menggunakan rakaman audio telefon pintar. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, pengkaji telah mengeluarkan tema-tema yang bersesuaian dengan matlamat kajian yang dilakukan. Kaedah analisis dalam kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif analisis Tematik yang digunakan untuk menganalisis temu bual. Analisis Tematik merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti, menganalisis dan melaporkan corak (tema) dalam data yang diperoleh daripada temu bual yang dilakukan. Pendekatan ini dapat membantu pengkaji memperoleh hasil analisis yang mendalam apabila informan menjawab soalan yang dikemukakan. Pertimbangan penting seterusnya yang harus dilakukan oleh pengkaji adalah mengenal pasti tema-tema berdasarkan hasil temu bual tersebut. Tema hanya mencapai kepentingan penuh apabila ia dibentuk dan diselaraskan dengan berpandukan sesebuah model. Seterusnya data dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 8.

3.9 Rumusan Bab
Bab ini memberikan pemahaman mengenai kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian terhadap penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP). Bab ini juga menerangkan sebab sesuatu reka bentuk kajian itu dipilih dan pengkaji menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan informan kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Kaedah kajian yang dipilih ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian dan juga jenis kajian yang dijalankan.

BAB 4
ANALISIS DATA
4.1Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang hasil kajian yang diperoleh daripada analisis data yang dilakukan. Hasil yang diperoleh daripada temu bual terhadap lima orang responden telah ditranskripkan dan di analisis menggunakan perisian NVivo versi 8 untuk mengeluarkan tema yang bersesuaian berdasarkan empat persoalan utama kajian ini. Demografi informan yang terlibat turut dibincangkan tanpa mendedahkan nama informan atas sebab tertentu. Dapatan-dapatan kajian yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang menjadikan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini berkesan dan akses capaian penggunaan aplikasi VSP ini. Bab ini juga akan membincangkan tentang kesan jangka masa panjang penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini di kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.

4.2Demografi Informan
Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah penduduk Pangsapuri Sri Meranti. Jadual 4.1 menunjukkan maklumat informan bagi kajian ini. Jadual tersebut menunjukkan jumlah responden kajian ini adalah seramai 5 orang. Jumlah rsponden lelaki adalah seramai 3 orang manakala responden perempuan seramai 2 orang.

Peserta kajian Jantina Umur
Responden 1 Lelaki 31
Responden 2 Lelaki 45
Responden 3 Perempuan 22
Responden 4 Lelaki 36
Responden 5 Perempuan 28
Jadual 4.1 Demografi Informan
4.3Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4. 3 Hasil Analisis Tematik Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Atas Talian
Rajah 4.3 menunjukkan dapatan kajian yang diperolehi berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial. Hasil daripada maklum balas informan, terdapat tiga tema yang dapat menjelaskan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi informan untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Tema tersebut terdiri daripada faktor pemilihan, faktor kepercayaan dan faktor periklanan. Setiap tema tersebut mempunyai elemen-elemen tertentu yang diperoleh daripada maklum balas yang diberikan oleh informan kajian.

4.3.1Faktor Pemilihan Yang Mempengaruhi Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4.3.1 Hasil Analisis Tematik Faktor Pemilihan
Rajah 4.3.1 di atas menunjukkan tema pertama yang diperolehi daripada hasil analisis faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial dalam kalangan pelajar UUM, iaitu faktor pemilihan. Faktor ini adalah hasil daripada maklum balas yang dikemukakan oleh informan berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka memilih untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Majoriti informan menyatakan harga adalah faktor utama mereka memilih untuk melakukan pembelian atas talian. Kedua ialah mudah dan menjimatkan masa di mana seramai 7 orang informan bersetuju tentang hal ini. Faktor pemilihan, iaitu banyak pilihan dan pengaruh rakan masing-masing seramai 6 orang informan menyatakan hal tersebut sebagai faktor mereka memilih untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Seterusnya ialah pengaruh selebriti, iaitu seramai 5 orang informan dan yang terakhir ialah fesyen, iaitu seramai 4 orang informan menyatakan berkaitan hal tersebut.

4.3.1.1Harga
Apabila melakukan sebarang pembelian pastinya harga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi informan untuk melakukan pembelian terhadap sesuatu barangan. Harga merupakan nilai sesuatu barang dan terhasil daripada transaksi yang berlaku antara pembeli dan peniaga. Kebiasaannya apabila melakukan pembelian atas talian, perbandingan harga dengan harga yang ditawarkan di perniagaan tradisional sering dilakukan. Berdasarkan analisis temu bual yang dilakukan, didapati majoriti informan bersetuju bahawa faktor mereka memilih untuk membeli secara atas talian disebabkan harga yang ditawarkan adalah murah. Hal ini dapat dibuktikan melalui maklum balas daripada informan 1 dan informan 2.

“… dan kalau dari segi harga, di media sosial harga lebih murah kerana pengeluaran barangan adalah dalam kuantiti yang besar and dia menawarkan harga lebih murah daripada di kedai”. (Informan 1)
“Apabila kita tengok banyak laman-laman sosial, kita dapat membuat analisis mengenai harga sesuatu produk. Apa yang saya tahu harga yang ditawarkan secara atas talian ini lebih murah, jadi ia mempengaruhi saya untuk membeli”. (Informan 2)
Perkara ini turut disokong oleh beberapa informan 3 dan informan 6 yang memberi maklum balas seperti berikut:
“Harga dalam media sosial lebih murah berbanding dengan harga yang terdapat di kedai-kedai. Jadi dengan faktor harga, dia lebih memberi pengaruh kepada saya untuk berbelanja di laman sosial walau pun kita kena bayar untuk harga pos. Tapi, dia lebih murah berbanding beli dekat kedai”. (Informan 3)
“Saya juga suka membeli online kerana harga yang murah. Banyak saya tengok barang-barang online dijual dengan harga murah tapi barang tersebut berkualiti. Bagi saya membeli online harganya lebih murah daripada kita beli di kedai. Mungkin mereka senang dapat daripada pembekal”. (Informan 6)
4.3.1.2Mudah Dan Menjimatkan Masa
Elemen kedua bagi faktor pemilihan adalah mudah dan menjimatkan masa yang mampu mempengaruhi informan untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Proses pembelian atas talian sememangnya memudahkan dalam melakukan pembelian sesuatu barangan atau produk kerana hanya melalui media sosial sahaja mereka boleh melakukan pembelian. Melalui pembelian atas talian juga, tidak perlu untuk ke kedai atau pusat membeli-belah. Pembelian atas talian di media sosial dapat dilakukan dengan adanya rangkaian internet dan pembelian dapat dilakukan secara terus melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram. Hal ini dapat dikenalpasti melalui maklum balas yang diberikan oleh informan berikut yang menyatakan:
“Dengan pembelian atas talian ini kita boleh melakukan transaksi pada bila-bila masa tidak kira pada waktu malam atau pun waktu siang. Kita tidak perlu keluar untuk ke kedai membeli barang. Kita boleh pilih melalui laman sosial sahaja dan kita boleh tengok barang tu ada stok atau tidak”. (Informan 3)
“Sejujurnya bila kita membuat pembelian secara online ini mestilah mudah dan menjimatkan masa kita. Maksudnya, apabila kita sudah pilih barang tersebut, kita rasa berkenan dengan sesuatu produk dan kita terus membuat pembayaran dengan bank in secara online. Jadi, ia dapat menjimatkan masa saya”. (Informan 4)
Faktor mudah dan menjimatkan masa ini juga disokong oleh informan 5 dan informan 8 yang menyatakan:
“Lagi satu yang paling utama sekali sebab malas nak keluar, jadi kalau guna online ni senang. Kita just klik-klik sahaja dan seterusnya berurusan dengan peniaga tersebut dan membuat pembayaran. Kita perlu tunggu sahaja barang tersebut sampai”. (Informan 5)
“Faktor saya melakukan pembelian atas talian ini semestinya mudah dan ia juga menjimatkan masa kerana kita tidak perlu keluar untuk membeli-belah. Kita hanya search di media sosial dan terus beli. Proses untuk pembelian juga mudah, kita hanya transfer atau bank in duit dan barang tersebut akan di pos ke rumah kita”. (Informan 8)
4.3.1.3Banyak Pilihan
Elemen seterusnya ialah banyak pilihan yang barangan yang boleh didapati secara atas talian. Pilihan yang banyak mempengaruhi informan untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Ini kerana mereka dapat mencari dan memilih sesuatu barang atau produk yang diinginkan hanya melalui media sosial. Dengan adanya akses internet dapat memudahkan proses pembelian di mana mereka boleh melihat barangan yang hendak dibeli di page peniaga yang berbeza untuk membuat perbandingan terutamanya dari segi harga. Misalnya, pakaian yang mempunyai pelbagai corak, jenis fabrik dan warna. Berkaitan perkara ini, beberapa orang informan telah memberikan maklum balas, iaitu dengan menyatakan:
“Dalam laman sosial banyak pilihan yang kita boleh pilih. Kalau dekat kedai contohnya barang yang kita mahu tidak ada, jadi kita kena tunggu stok baru. Tapi, kalau dekat laman sosial kita boleh pilih dan beli dengan peniaga mana-mana sahaja sebab banyak pilihan”. (Informan 3)
“… selalunya kalau beli dekat Instagram macam-macam jenis pilihan yang ada dari segi warna dan saiz. Contohnya macam beg juga ada yang jenis galas di belakang dan sebagainya”. (Informan 6)
4.3.1.4Pengaruh Rakan
Hasil analisis dapatan juga bahawa mendapati pengaruh rakan juga mempengaruhi informan melakukan pembelian atas talian di media sosial. Pengaruh rakan ini mempengaruhi informan apabila rakan mereka membeli sesuatu barangan secara atas talian dan barangan yang diterima adalah berkualiti, cantik dan harga murah. Ini menyebabkan informan rasa tertarik untuk membeli barangan tersebut daripada peniaga yang sama. Hal ini dapat diteliti melalui maklum balas bersama ketiga-tiga informan.

“Okay, pengaruh rakan juga salah satu yang mempengaruhi saya. Apabila kita tengok seseorang pakai barangan yang kualitinya bagus dengan harganya yang murah, kita akan jadi tertanya-tanya mereka beli daripada mana dan kita rasa mahu beli juga barang tersebut”. (Informan 2)
“Selain itu, pengaruh rakan juga apabila rakan kita beli dan kita nampak cantik, rasa macam mahu beli juga walaupun benda tersebut tidak penting untuk kita”. (Informan 3)
4.3.1.5Pengaruh Selebriti
Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa pengaruh selebriti juga mempengaruhi informan untuk bertindak melakukan pembelian atas talian di media sosial. Selebriti merupakan individu yang dikenali ramai dan biasanya individu ini terlibat dalam industri seni. Dalam melakukan perniagaan atas talian, kebanyakan peniaga akan menggunakan khidmat selebriti sebagai model bagi produk mereka untuk menarik perhatian dan minat orang ramai untuk membeli. Hal ini dapat disokong melalui maklum balas informan 1 yang menyatakan pengaruh selebriti dapat mempengaruhi terhadap pembelian atas talian di media sosial.

“… dan pengaruh selebriti juga adalah salah satu faktor dalaman di mana apabila kita minat seseorang itu, dia akan memberi pengaruh yang sangat besar untuk kita memilih produk tersebut untuk kita beli. (Informan 1)
Hal ini juga disokong oleh informan 5 yang turut menyatakan bahawa faktor selebriti turut mempengaruhinya dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial.

“… sebab pengaruh selebriti terutamanya selebriti yang kita minat. Contohnya sekarang kita tengok ramai artis membuat perniagaan sendiri. Contohnya, perniagaan tudung di mana tudung yang mereka jual kualiti kainnya sama dengan kualiti kain yang kita biasa beli. Tapi disebabkan mereka adalah selebriti dan ada jenama sendiri, harga tudung mereka mahal orang tetap beli sebab pengaruh selebriti tersebut”. (Informan 5)
4.3.1.6Fesyen
Pembelian atas talian di media sosial merupakan trend terkini dalam melakukan pembelian sesuatu barangan. Hal ini selaras dengan inovasi teknologi yang semakin berkembang dan canggih. Begitu juga dengan perkembangan fesyen terkini yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Individu yang suka mengikuti fesyen-fesyen terkini akan sentiasa peka terhadap perubahan fesyen dari semasa ke semasa. Kebiasaannya, fesyen terkini mudah didapati melalui perniagaan atas talian yang dijual dengan harga yang berpatutan. Contohnya pakaian dan kasut. Ini merupakan salah satu faktor yang dapat mempengaruhi informan untuk melibatkan diri dalam pembelian atas talian di media sosial. Hal ini dapat disokong dengan maklum balas yang diberikan oleh informan 7 yang mengatakan:
“Saya seorang yang suka ikut trend terkini, contohnya kalau bulan ini trend baru keluar, saya akan beli. Jadi, ia mempengaruhi saya untuk membeli secara atas talian”.

Informan 8 juga bersetuju bahawa pengaruh fesyen menjadi salah satu faktor yang mendorong untuk melakukan pembelian atas talian di mana beliau menyatakan:
“Fesyen terkini kalau ikutkan memang mempengaruhi saya kerana sekarang semua benda kita mahu ikut trend. Kalau kita pakai pakaian yang tidak mengikut trend nanti orang akan kata ketinggalan zaman”.

4.3.2Faktor Kepercayaan Yang Mempengaruhi Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4.3.2 Hasil Analisis Tematik Faktor Kepercayaan
Rajah 4.3.2 menunjukkan tema kedua daripada analisis faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial, iaitu dari segi faktor kepercayaan. Maklum balas pengguna, latar belakang penjual, testimoni dan pendapat rakan telah diklasifikasikan sebagai elemen yang terdapat dalam faktor ini. Faktor kepercayaan merujuk kepada elemen-elemen yang mampu mewujudkan kepercayaan individu untuk melakukan sesuatu pembelian atas talian khususnya melalui media sosial.

4.3.2.1Maklum Balas Pengguna
Elemen pertama yang terdapat dalam faktor kepercayaan ialah maklum balas pengguna. Hasil dapatan mendapati bahawa sebelum informan melakukan pembelian atas talian di media sosial mereka akan melihat dan meneliti setiap komen yang diberikan oleh pengguna lain. Melalui maklum balas tersebut, ia dapat mewujudkan kepercayaan kepada informan untuk melakukan pembelian atas talian sekiranya maklum balas yang diberikan adalah positif. Berkaitan dengan perkara tersebut, informan 1 dan informan 2 telah berkongsi pengalaman mereka dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial di mana mereka menyatakan:
“…semestinya saya akan melihat maklum balas daripada pelanggan lain yang telah membeli barang tersebut. Saya akan meneliti terlebih dahulu maklum balas yang mereka berikan. Untuk mewujudkan kepercayaan, saya akan berkomunikasi dengan pengguna yang memberikan maklum balas mereka melalui media sosial untuk bertanyakan berkenaan barang yang mereka beli dan gunakan”. (Informan 1)
“Sebelum saya membeli barang tersebut, saya akan melihat pada komen-komen daripada orang ramai. Saya akan menilai semua komen tersebut dan kalau banyak yang memberikan komen positif saya akan membeli barangan tersebut”. (Informan 2)
Hal ini turut disokong oleh informan 3 dan informan 4 yang mengatakan:
“Sebelum membeli, saya kena tengok komen-komen pembeli. Selalunya kalau komen tersebut bagus, saya akan percaya. Contoh kalau komen tersebut ada yang tidak okay, dia akan buat saya jadi rasa ragu-ragu untuk membeli. Jadi, hal ini mempengaruhi kepercayaan saya untuk memberi barang tersebut”. (Informan 3)
“Saya meletakkan kepercayaan saya melalui maklum balas pelanggan. Jadi, apabila saya sudah follow page atau akaun Instagram peniaga, saya akan tengok kepada maklum balas pelanggan dan bertanya kepada pelanggan tersebut dari segi kualiti barang”. (Informan 4)
4.3.2.2Latar Belakang Penjual
Selain itu, informan mementingkan faktor yang boleh mewujudkan kepercayaan mereka terhadap pembelian atas talian di media sosial. Faktor ini lebih menjurus kepada peniaga yang menjual secara atas talian. Hasil dapatan mendapati kebanyakan informan akan membeli barangan daripada peniaga yang boleh dipercayai di samping mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ini kerana semakin tinggi kadar kepercayaan pelanggan, semakin tinggi niat untuk membeli. Antara maklum balas yang dikemukakan oleh informan berkaitan dengan perkara tersebut ialah:
“Saya akan tengok latar belakang penjual contohnya berapa ramai follower and berapa ramai yang like apa yang dia post tentang barang yang dijual. Saya biasanya akan membeli dengan penjual yang saya kenal dan sudah biasa membeli dengan dia sebab saya percaya kepada dia”. (Informan 1)
“… saya akan tengok jumlah follower penjual tersebut, kalau tidak ramai saya rasa kurang percaya dan takut kena tipu. Tapi kalau follower ramai akan memberi kepercayaan kepada saya terhadap peniaga tersebut kerana peniaga tersebut boleh dikatakan sebagai trusted seller”. (Informan 5)
“Kalau kita mula membeli dengan seseorang peniaga, kemudian perkhidmatan yang diberikan adalah baik, maklum balas juga cepat jadi apabila kita nak melakukan pembelian kedua kita akan membeli dengan peniaga tersebut. Ini kerana kita mula rasa selesa dengan layanan yang diberikan”. (Informan 6)
“Latar belakang penjual ni memang mempengaruhi saya. Contoh kalau kita tidak mengenali peniaga tersebut dan bilangan follower tidak ramai turut mempengaruhi kepercayaan saya untuk melakukan pembelian. Saya lebih suka membeli atas talian dengan orang yang saya kenal dan menjual barang yang saya inginkan kerana saya lebih mempercayainya berbanding dengan peniaga yang saya tidak kenal”. (Informan 8)
4.3.2.3Testimoni
Hasil daripada maklum balas yang diberikan oleh pengguna, peniaga akan menjadikan maklum balas yang positif sebagai testimoni. Dapatan kajian mendapati perkara yang boleh mewujudkan kepercayaan informan untuk melakukan pembelian atas talian adalah dengan melihat testimoni pengguna. Pengalaman atau testimoni pengguna terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diberikan akan mempengaruhi informan untuk membeli barangan tersebut. Testimoni pengguna akan dipertimbangkan dalam pembuatan keputusan untuk melakukan pembelian secara atas talian. Informan 2 telah menyatakan “saya akan tengok testimoni tersebut berhasil ataupun tidak sebagai bukti. Kalau dari segi produk saya akan tengok sejauhmana keberkesanan produk tersebut”. Hal ini disokong oleh informan yang lain dengan memberi maklum balas seperti berikut:
“… sudah pasti saya akan tengok dari segi testimoni termasuk video-video yang dimuat naik, kesan-kesan penggunaan produk dan positifnya membeli secara atas talian”. (Informan 4)
“Selalunya akan ada testimoni, jadi kita boleh tengok keberkesanan sesuatu produk. Contohnya saya kadang-kadang suka beli beg. Melalui testimoni saya akan tahu kualiti beg tersebut macam mana. Jadi saya tidak ragu-ragu untuk membeli beg tersebut”. (Informan 6)
“Contohnya kalau saya membeli barang kosmetik, saya akan tengok testimoni. Selalunya peniaga akan membuat testimoni sebelum dan selepas pelanggan menggunakan produk tersebut. Berdasarkan testimoni-testimoni tersebut, ia akan memberi kepercayaan kepada saya untuk membeli dan mencuba produk tersebut”. (Informan 8)
4.3.2.4Pendapat Rakan
Dapatan juga mendapati pendapat rakan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan informan untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Pendapat rakan dapat menyumbang kepada tahap kepercayaan informan di mana mereka menyatakan:
“Saya akan tanya rakan-rakan saya yang pernah membeli produk daripada laman sosial. Saya akan tanya kepada mereka adakah berpuas hati dengan apa yang mereka terima di samping saya tengok juga barang yang mereka beli. Adakah barang diterima dalam keadaan baik atau pun datang secara rosak dan sebagainya”. (Informan 2)
“Contohnya, kawan-kawan memberitahu peniaga tersebut bagus dan barang yang dijual adalah berkualiti. Sebelum saya melakukan pembelian, saya akan tanya pendapat kawan saya tentang barang yang saya mahu beli”. (Informan 6)
4.3.3Faktor Periklanan Yang Mempengaruhi Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4.3.3 Hasil Analisis Tematik Faktor Periklanan
Tema seterusnya ialah faktor periklanan di mana periklanan sangat penting kepada informan kerana akan mempengaruhi mereka untuk melakukan pembelian atas talian di media sosial. Periklanan dapat mewujudkan minat informan untuk membeli terhadap sesuatu barangan yang diiklankan. Periklanan merupakan sebuah alat komunikasi yang digunakan dalam perniagaan yang berkesan untuk mempromosikan produk yang dijual. Tanpa periklanan, adalah sukar bagi pengguna untuk mengetahui produk apa yang dijual oleh peniaga. Berdasarkan rajah 4.3.3, elemen faktor periklanan yang dapat dikenalpasti hasil daripada temu bual yang dilakukan adalah elemen teks, grafik, kekerapan iklan ditayangkan di media sosial dan pengiklanan video yang digunakan.

4.3.3.1Elemen Teks
Dalam periklanan, elemen teks adalah sangat penting dalam membujuk orang ramai untuk bertindak seperti yang diinginkan, iaitu melakukan pembelian terhadap barangan yang diiklankan. Elemen teks yang digunakan mestilah bersesuaian dan tidak terlalu padat. Dalam pengiklanan, maklumat yang tidak penting dan tidak bersesuaian perlu dielakkan. Ini kerana pelanggan lebih tertarik untuk mengetahui butiran mengenai produk dan harga sahaja. Beberapa informan telah memberi penyataan bahawa periklanan mempengaruhi mereka untuk melakukan pembelian. Informan 1 dan informan 4 telah menyatakan akan hal ini dalam temu bual yang telah dilakukan.

“Bagi saya iklan boleh mempengaruhi saya untuk membeli sesuatu barang, maksudnya ciri-ciri pembujukan yang terdapat pada iklan tersebut, iaitu dari segi kualiti maklumat yang disampaikan pada iklan”. (Informan 1)
“Seterusnya kita tengok dari segi periklanan, iaitu ayat yang digunakan. Contohnya cara peniaga membuat tarikan di mana ayat yang digunakan boleh menarik perhatian pelanggan. Maksudnya, apabila peniaga sedang melakukan promosi, perkataan promosi perlu ditekankan dalam iklan tersebut”. (Informan 4)
Hal ini turut disokong oleh beberapa informan lain dengan mengatakan:
“Dari segi description iklan, contoh saya jenis yang tidak suka kalau iklan yang nampak serabut, terlalu banyak teks. Cukup sekadar meletakkan jenis warna dan harga. Tidak perlu meletakkan ayat seperti anda tidak mempunyai untuk ke kelas? Tidak ada baju untuk ke majlis? Sebab ia akan membuatkan iklan tu nampak serabut”. (Informan 5)
“… kualiti maklumat peniaga sertakan dalam iklan tersebut. Kalau di Instagram, akan ada gambar berserta dengan ayat. Kualiti maklumat maksudnya dari segi maklumat produk dan kebaikannya kerana ia mempengaruhi keberkesanan periklanan tersebut sekali gus mampu mempengaruhi pelanggan untuk membeli”. (Informan 8)
4.3.3.2Grafik
Selain daripada elemen teks, para informan juga menyatakan bahawa grafik juga memainkan peranan penting dalam pengiklanan untuk mempengaruhi mereka melibatkan diri dalam pembelian atas talian. Antara hujah yang dikemukakan oleh informan berkaitan dengan perkara tersebut ialah:
“Reka bentuk pengiklanan dengan cara mereka memaparkan dan mempersembahkan sesuatu produk dengan lebih berkesan seperti susunan gambar yang baik, penggunaan warna yang bersesuaian untuk menampakkan iklan tersebut menarik”. (Informan 1)
“… tentulah akan melihat dari segi reka bentuk iklan tersebut. Apabila kita tengok iklan tersebut, kita akan rasa tertarik. Warna yang digunakan dalam iklan mestilah boleh menarik perhatian pelanggan. Dari segi susunan gambar dan teks yang bersesuaian yang nampak menarik termasuklah dari segi warna”. (Informan 4)
“Apabila saya buka Instagram, saya tertengok satu iklan yang cantik dan grafik gambar yang digunakan menarik saya untuk melihat dan membaca iklan tersebut”. (Informan 7)
4.3.3.3Kekerapan Iklan
Dapatan kajian ini juga dapat mengenalpasti bahawa faktor kekerapan iklan juga mempengaruhi minat informan untuk membeli secara atas talian. Kekerapan iklan ini dapat dikategorikan sebagai faktor periklanan. Kekerapan iklan merupakan sekerap mana aktiviti mempromosikan produk dilakukan oleh peniaga. Hal ini dapat dirumuskan melalui maklum balas informan yang menyatakan:
“Kekerapan iklan yang ditayangkan sangat kerap boleh pengaruhi saya untuk membeli sebab kalau saya melihat buat pertama kali iklan tersebut saya tidak berminat. Tapi apabila saya melihat iklan tersebut berulang kali muncul di Facebook, saya mula rasa berminat dengan iklan tersebut. Lama-kelamaan akan wujud rasa keinginan untuk membeli barang yang diiklankan”. (Informan 2)
“Peniaga sentiasa melakukan iklan membuatkan saya percaya bahawa produk yang dijual adalah berkualiti kerana peniaga tersebut berani dan sentiasa melakukan periklanan. Ia mampu mempengaruhi pemikiran saya untuk membeli”. (Informan 4)
Elemen kekerapan iklan yang terdapat dalam faktor periklanan disokong oleh informan berikut:
“Sekerap mana iklan dipaparkan di media sosial mampu memberi kesan kepada pembaca. Kalau peniaga jarang membuat periklanan, orang tidak akan perasan bahawa dia adalah peniaga. Sebab kadang-kadang kita scroll Facebook sepintas lalu menyebabkan kita tak terlihat iklan tersebut. Kalau iklan kerap dilakukan, kemungkinan kita untuk melihat dan membaca iklan tersebut adalah tinggi”. (Informan 5)
“… mungkin daripada faktor kekerapan iklan ditayangkan. Contohnya di Facebook akan keluar yang Sponsored. Jadi, semakin kerap iklan ditayangkan, semakin tinggi kita punya tahap untuk membeli”. (Informan 6)
“… sebagai peniaga memang iklan perlu dilakukan berterusan dan perlu konsisten sebab walaupun orang tidak komen dan tidak like tapi mereka tengok. Apabila kita selalu tengok sesuatu benda, dia akan mempengaruhi kita dan dapat menarik minat seseorang untuk membeli”. (Informan 8)
4.3.3.4Pengiklanan Video
Bukan itu sahaja, kajian ini juga mendapati bahawa pengiklanan video juga dapat menarik perhatian pelanggan untuk melakukan pembelian atas talian. Ini kerana pengiklanan video lebih menarik dan ia memperincikan aspek tingkah laku individu dalam mempromosikan produk. Pengiklanan video merupakan iklan digital yang mampu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang produk yang diiklankan. Kelebihan pengiklanan video adalah dapat memberi kesan yang efektif kepada maklumat yang berhubung kait dengan aspek kesedaran. Contohnya iklan video yang berkaitan dengan produk kesihatan. Hal ini diperolehi daripada maklum balas ketiga-tiga informan.

“Sekarang ini banyak di Facebook orang mempromosikan barang melalui video. Apabila orang melihat video tersebut, mereka akan tertarik kerana video ini biasanya dibuat untuk menunjukkan keberkesanan produk. Contoh daripada gemuk boleh jadi kurus. Jadi, pengiklanan video ini memberi kesan yang sangat positif dan mampu mempengaruhi pembeli”. (Informan 3)
“Saya suka tengok video-video tentang barang kosmetik, peniaga tunjukkan tutorial make up menggunakan barang yang dijual. Melalui iklan video ini kita dapat gambaran yang jelas tentang kegunaan dan kualiti barang yang dijual”. (Informan 7)
“Periklanan video sangat penting kepada peniaga sebab kadang-kadang orang tidak suka membaca. Mereka lebih suka untuk melihat video. Jadi, daripada video tersebut ia dapat menarik pelanggan untuk membeli produk yang diiklankan. Bagi saya, video lebih berkesan daripada gambar”. (Informan 8)
4.3.4Rumusan
Secara ringkasnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial terbahagi kepada tiga kategori, iaitu faktor pemilihan, faktor kepercayaan dan faktor keberkesanan periklanan. Sebelum melakukan pembelian melalui media sosial, informan akan mengenalpasti faktor pemilihan yang mempengaruhi mereka seperti harga, mudah dan menjimatkan masa, banyak pilihan dan pengaruh rakan. Pengaruh selebriti dan fesyen juga merupakan faktor pemilihan dalam melakukan pembelian melalui media sosial.
Dalam melakukan pembelian melalui media sosial, kepercayaan adalah penting kerana ia mampu mempengaruhi keputusan pembelian. Maklum balas pengguna, latar belakang penjual, testimoni dan pendapat rakan telah diklasifikasikan sebagai elemen yang mampu mempengaruhi kepercayaan Informan terhadap pembelian atas talian di media sosial. Periklanan memainkan peranan penting dalam perniagaan atas talian di media sosial untuk menarik perhatian pengguna. Oleh itu, ciri-ciri iklan seperti elemen teks, grafik, kekerapan iklan ditayangkan dan pengiklanan video yang digunakan adalah penting.

4.4Risiko Yang Dihadapi Dalam Melakukan Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4.4 Hasil Analisis Tematik Risiko Pembelian Atas Talian di Media Sosial
Rajah 4.4 menunjukkan hasil analisis tematik terhadap risiko yang berlaku dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial. Terdapat tiga tema yang dapat menjelaskan tentang risiko-risiko yang berlaku dalam melakukan pembelian atas talian. Risiko masa, risiko prestasi produk dan risiko psikologi merupakan tema yang dapat dikenalpasti hasil daripada analisis yang dilakukan. Setiap tema tersebut terdiri daripada elemen-elemen tertentu. Risiko penangguhan penghantaran dan penerimaan barangan merupakan elemen dari segi masa. Risiko dari segi prestasi produk pula terdiri daripada elemen kualiti rendah, barang rosak dan warna. Risiko dari segi psikologi pula merangkumi elemen kerugian, rasa kecewa dan penipuan. Ketiga-tiga tema ini dapat dikenalpasti berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh informan kajian.

4.4.1Risiko Masa Yang Dihadapi Dalam Melakukan Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Antara risiko yang berlaku apabila melakukan pembelian secara atas talian di media sosial ialah risiko dari segi masa. Rajah 4.4.1 adalah hasil yang menunjukkan terdapat dua elemen risiko masa, iaitu dari segi penerimaan barangan dan penangguhan penghantaran. Hal ini merupakan risiko yang berlaku apabila informan melakukan pembelian atas talian.

Rajah 4.4.1 Analisis Tematik Risiko masa
4.4.1.1Penangguhan Penghantaran
Elemen pertama ialah penangguhan penghantaran barangan oleh peniaga kepada pelanggan. Hasil dapatan mendapati penangguhan penghantaran barangan ini biasanya berlaku apabila barang yang dibeli telah kehabisan stok. Sehubungan itu, informan terpaksa menunggu stok baru dan kemudian barang tersebut akan diposkan. Hal ini juga sering berlaku apabila peniaga tidak mengemas kini senarai stok yang ada dan mereka telah menerima bayaran daripada pelanggan. Ini menyebabkan penghantaran perlu ditangguhkan sehingga stok barangan tersebut masuk. Beberapa orang informan telah menyatakan berkaitan dengan hal ini.

“Barang yang saya order tapi tak dapat. Maksudnya, bila saya dah order tapi saya dapat maklum balas balik stok barang tersebut sudah habis sedangkan saya sudah bank in duit untuk barang tersebut. Jadi, saya terpaksa tunggu stok baru dan baru penghantaran akan dilakukan. (Informan 4)
“Saya ada beli novel, saya telah berurusan dengan peniaga dan saya sudah bayar semua kos untuk novel tersebut tapi novel masih tidak sampai-sampai. Bila saya WhatsApp peniaga itu, dia cakap novel tersebut sudah habis stok. Kalau saya nak juga novel tersebut, saya terpaksa tunggu sampai stok novel ada”. (Informan 5)
4.4.1.2Penerimaan Barangan
Pembelian atas talian di media sosial turut memberikan risiko kepada informan apabila barang yang telah dibeli tidak diterima mengikut masa atau tarikh yang ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan masalah yang berlaku dalam proses penghantaran barangan atau masalah teknikal yang dihadapi. Kelewatan menerima barangan yang dibeli merupakan risiko yang dihadapi oleh informan kerana kadang-kadang mereka perlukan barangan tersebut secepat mungkin untuk digunakan. Berikut merupakan pernyataan yang diberikan oleh informan:
“Kalau dari risiko, barang lambat sampai. Contohnya peniaga cakap mungkin kalau awak bank in duit hari ini mungkin kita akan pos barang hari ini juga dan mungkin dalam dua atau tiga hari barang akan sampai. Tapi, kadang-kadang seminggu baru barang sampai”. (Informan 7)
4.4.2Risiko Prestasi Produk Yang Dihadapi Dalam Melakukan Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4.4.2 Hasil Analisis Tematik Risiko Prestasi Produk
Rajah 4.4.2 di atas menunjukkan dapatan yang diperolehi berkaitan dengan risiko prestasi produk dalam pembelian atas talian di media sosial. Terdapat tiga elemen risiko prestasi produk dapat dikenalpasti di mana majoriti informan menyatakan kualiti barangan rendah adalah risiko utama. Seterusnya risiko barang rosak dan warna di mana masing-masing seramai 6 orang informan menyatakan akan hal tersebut.

4.4.2.1Kualiti Rendah
Berdasarkan maklum balas informan, terdapat beberapa informan yang menyatakan kualiti barangan adalah salah satu risiko dalam melakukan pembelian atas talian. Ini kerana barangan yang dijual secara atas talian bukan semuanya berkualiti. Informan ada mengatakan bahawa mereka pernah mendapat barangan yang tidak berkualiti dan berbeza dari apa yang dinyatakan dalam iklan. Di samping itu, mereka tidak dapat melihat barang tersebut secara realiti kerana ia hanya sekeping gambar yang dimuat naik oleh peniaga di media sosial. Hal ini dapat dilihat berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh informan 2 dan informan 4.

“Kualiti barang yang diterima adalah risiko di mana fabrik yang digunakan untuk pakaian tidak seperti mana yang dinyatakan dalam iklan. Kain tidak cantik, nampak tidak berkualiti dan macam kain murah dan tidak selesa”. (Informan 2)
“Kualiti barang apabila kita tengok atas talian sahaja, kita tidak tahu dari segi yang digunakan macam mana. Jadi, kita tidak tahu dari segi kualiti barang baik atau tidak”. (Informan 4)
Berkaitan dengan hal ini, informan 6 turut mengatakan bahawa risiko yang dihadapi dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial adalah dari segi kualiti barangan.

“… kualiti barang tidak sama seperti apa yang kita tengok pada gambar, nampak cantik dan nampak berkualiti tapi apabila kita dapat barang tu indah khabar dari rupa. (Informan 6)
Hal ini turut disokong oleh informan 8.

“Kualiti barang tidak seperti diperkatakan, contohnya pakaian. Peniaga cakap material yang digunakan sedap dipakai, kain sejuk tapai apabila kita dapat tidak seperti yang dia cakap”. (Informan 8)
4.4.2.2Barang Rosak
Selain itu, kajian ini mendapati bahawa terdapat risiko lain selain daripada kualiti barangan, iaitu risiko menerima barang yang rosak. Terdapat informan yang menyatakan berkaitan dengan hal ini. Berikut adalah maklum balas yang dikemukakan oleh informan yang menyatakan berkenaan dengan masalah ini.

“Apa yang saya rasakan sendiri adalah barang yang diterima dalam keadaan rosak seperti barang yang mudah pecah”. (Informan 1)
“Risikonya ialah barang rosak. Kita tidak boleh salahkan 100% kepada peniaga, kadang-kadang barang tersebut rosak mungkin berpunca dari proses penghantaran”. (Informan 2)
“Saya pernah tengok dekat Instagram, ada pelanggan membeli tudung telah memberi maklum balas dekat komen. Dia cakap tudung yang dia dapat potongannya adalah senget”. (Informan 5)
“Saya juga pernah dapat barang yang rosak. Contohnya pada dua tiga bulan lepas, saya beli powerbank. Powerbank tu salah satu alat dia rosak dan saya tidak dapat nak caj benda tersebut”. (Informan 6)
“Selalunya barang yang dapat rosak, mungkin bukan punca daripada peniaga tapi mungkin daripada perkhidmatan pos itu sendiri. Mungkin salah peniaga sebab tidak melekatkan sticker barang mudah pecah atau rosak. Jadi, kalau letak sticker tersebut, postman akan jaga barang kita denga elok semasa proses penghantaran”. (Informan 8)
4.4.2.3Warna
Elemen seterusnya yang dapat dikenalpasti dalam risiko prestasi produk adalah dari segi warna. Warna memainkan peranan penting dalam menarik minat informan untuk membeli barangan secara atas talian. Kebanyakan informan memilih warna barangan adalah berdasarkan warna yang mereka suka dan bersesuaian dengan mereka. Dari segi warna, kebanyakan informan menyatakan bahawa barang yang diterima tidak mengikut warna yang telah dipilih. Ini kerana kadang-kadang gambar yang dimuat naik oleh peniaga mempunyai kesan daripada pencahayaan menyebabkan warna dalam gambar sedikit berbeza dengan warna asal. Berkaitan dengan masalah ini, beberapa informan telah menyatakan:
“…tiba-tiba apabila kita purchase barang tersebut, kita dapat warna yang lain, saiz yang lain”. (Informan 2)
“Saya beli baju warna hijau tapi saya dapat warna kelabu. Jadi bila kita minta tukar, tidak dapat”. Informan 3
“Bila tengok pada gambar yang diiklankan warna lain, bila kita dapat warna lain. Jadi kita tak boleh nak tukar barang tersebut dan kita rugi dan kecewa sebab itu bukan warna yang kita inginkan”. (Informan 6)
Hal ini disokong oleh informan 7 dan informan 8.

“… dalam gambar warna lain, bila sampai warna lain. Selepas itu, bila kita cakap dengan dia, dia kata ‘maaf, silap’. Ini risiko bila barang yang sampai ibarat indah khabar dari rupa. Barang yang sampai tidak seperti dalam gambar”. (Informan 7)
“… warna sebab pencahayaan memberi kesan pada warna asal barang tersebut. Selalunya kalau peniaga akan tulis ‘warna tidak seperti dalam gambar’ sebab faktor pencahayaan”. (Informan 8)
4.4.3Risiko Psikologi Yang Dihadapi Dalam Melakukan Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Rajah 4.4.3 di bawah menunjukkan tema ketiga yang dapat dikenalpasti hasil daripada analisis yang dilakukan, iaitu risiko psikologi. Risiko ini melibatkan elemen kerugian di mana majoriti informan menyatakan tentang risiko tersebut. Seramai 5 orang informan juga menghadapi risiko penipuan dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial. Seramai 5 orang informan menyatakan risiko kekecewaan apabila barangan tidak diterima atau barangan yang diterima tidak seperti yang disangka.

Rajah 4.4.3 Hasil Analisis Tematik Risiko Psikologi
4.4.3.1Kerugian
Kerugian adalah risiko yang perlu ditanggung oleh informan apabila barang yang dibeli tidak sampai ke tangan mereka, barang yang diterima dalam keadaan rosak, warna atau saiz berbeza seperti yang diinginkan. Kerugian merupakan satu risiko di mana informan tidak mendapat kepuasan terhadap pembelian barangan yang dilakukan secara atas talian. Barang yang diterima dalam keadaan rosak menyebabkan informan mengalami kerugian kerana mereka tidak dapat menggunakan barangan tersebut. Begitu juga apabila mereka menjadi mangsa penipuan peniaga atas talian di mana mereka kehilangan wang yang digunakan untuk pembayaran dan barangan tersebut mereka tidak diterima. Oleh yang demikian, terdapat informan yang menyatakan bahawa risiko pembelian atas talian di media sosial telah menyebabkan mereka mengalami kerugian.

“Saya pernah dapat barang yang rosak dan ia tidak akan ditanggung oleh peniaga. Kita yang kena tanggung sendiri dan kita akan rugi”. (Informan 1)
“… sudah pilih barang dan sudah buat pembayaran tapi dalam masa sebulan barang masih tidak sampai lagi”. (Informan 4)
“Saya juga pernah dapat barang yang rosak. Contohnya pada dua tiga bulan lepas, saya beli powerbank. Powerbank tu salah satu alat dia rosak dan saya tidak dapat nak caj benda tersebut”. (Informan 6)
Hal ini dapat disokong melalui maklum balas informan 7 dan informan 8.

“… risikonya sebab kita tidak boleh pakai terus, dia merugikan kita sebab kita tidak boleh pulangkan balik barang tersebut. Kalau kita nak kecilkan baju dekat kedai, kita kena keluar duit lagi”. (Informan 7)
“… rugi sebab barang tidak dapat dan kecewa sebab barang yang sampai tidak sama seperti yang kita inginkan”. (Informan 8)
4.4.3.2Penipuan
Penipuan merupakan antara risiko yang pernah dihadapi oleh informan terhadap pembelian atas talian. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh informan, penipuan ini berlaku apabila barang yang mereka beli dan telah membuat pembayaran, namun mereka tidak menerima sebarang barangan. Ini menunjukkan mereka telah ditipu oleh peniaga tersebut dan bagi membuktikan bahawa mereka telah ditipu apabila peniaga tidak memberi maklum balas berkaitan hal tersebut. Malah, mereka tidak dapat berhubung dengan peniaga tersebut kerana akaun telah dinyah aktifkan dan panggilan tidak dapat dihubungkan. Antara informan yang menjadi mangsa penipuan pembelian atas talian menyatakan:
“Dari segi penipuan, penipuan yang peniaga biasa gunakan adalah memaparkan gambar tidak sama seperti mana produk yang mereka keluarkan”. (Informan 2)
“Sekarang ni kebanyakannya dekat Instagram banyak kes penipuan. Selalunya saya tengok kes penipuan iPhone pre-order yang bayar murah tapi dapat lambat banyak kes kena tipu”. (Informan 3)
“Saya pernah beli jubah dan sudah buat pembayaran tapi jubah saya tidak sampai-sampai. Saya contact peniaga tersebut tapi dia tidak beri maklum balas. Maknanya saya kena tipu sebab jubah memang tidak dapat dan peniaga tersebut block saya dekat WhatsApp”. (Informan 5)
4.4.3.3Rasa Kecewa
Risiko seterusnya ialah rasa kecewa yang wujud dalam diri informan apabila mereka ditipu, mendapat barang yang rosak, kualiti barang yang rendah dan saiz barang yang salah. Kecewa merupakan suatu perasaan yang wujud apabila apa yang kita harapkan tidak dapat dicapai. Dalam hal ini, informan berasa kecewa apabila barangan yang diterima tidak seperti yang mereka harapkan.

“Ada rasa kecewa dekat situ sebab barang kita inginkan tidak seperti apa yang kita harapkan”. (Informan 1)
“Bila saya sudah order tapi saya dapat maklum balas stok barang tersebut sudah habis sedangkan saya sudah bank in duit. Tapi peniaga tersebut bank in balik duit tapi agak berlaku kekecewaan dekat situ sebab bila kita dah berharap mahukan barang tersebut”. (Informan 4)
“Saya juga pernah dapat barang yang rosak. Contohnya pada dua tiga bulan lepas, saya beli powerbank. Powerbank tu salah satu alat dia rosak dan saya tidak dapat nak caj benda tersebut”. (Informan 6)
4.4.4Rumusan
Secara umumnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat risiko yang dihadapi dalam melakukan pembelian secara atas talian melalui media sosial. Risiko ini boleh mempengaruhi tahap kepercayaan pelajar UUM dalam membuat keputusan untuk melakukan pembelian di media sosial. Melalui kajian ini, pengkaji telah mendapati bahawa risiko yang berlaku dalam pembelian atas talian di media sosial dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori risiko. Risiko pertama ialah risiko masa yang melibatkan penangguhan dalam melakukan penghantaran dan tempoh masa dalam penerimaan barangan. Risiko kedua ialah risiko prestasi produk yang dapat dikenalpasti berdasarkan kualiti barangan yang diterima, barang yang diterima rosak dan warna. Risiko ketiga pula ialah risiko psikologi yang melibatkan kerugian, rasa kecewa dan menjadi mangsa penipuan.
4.5Rumusan Bab
Pengkaji telah menganalisis kesemua maklumat yang diperolehi dalam temu bual yang dilakukan terhadap 8 orang informan. Dapatan kajian ini penting untuk dijelaskan bagi mengenal pasti hasil kajian yang telah dijalankan. Dapatan yang diperoleh berjaya memberikan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial terdiri daripada tiga faktor yang utama, iaitu faktor pembelian, faktor kepercayaan dan faktor periklanan. Dapatan juga menunjukkan risiko yang dihadapi oleh informan dalam melakukan pembelian atas talian, iaitu risiko dari segi masa, prestasi produk dan psikologi. Melalui dapatan kajian ini juga dapat merungkaikan beberapa elemen baru yang boleh dikaitkan sebagai faktor yang mempengaruhi dan risiko pembelian atas talian di media sosial.

BAB 5
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1Pendahuluan
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang pembelian atas talian di media sosial dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Teori Kegunaan dan Kepuasan telah dicadangkan berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan pembelian atas talian. Bab ini akan membincangkan secara lebih lanjut mengenai dapatan hasil kajian yang telah dilakukan bagi membentuk satu rumusan yang menyeluruh mengenai pembelian atas talian di media sosial dalam kalangan pelajar UUM. Dalam bab ini juga telah dikemukakan batasan kajian. Pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan yang akan membantu pengkaji untuk menjalankan penyelidikan pada masa akan datang. Cadangan yang dikemukakan ini akan digunakan untuk penambahbaikan kajian yang akan datang.
5.2Perbincangan Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada dapatan hasil kajian yang dijalankan, perbincangan berdasarkan matlamat kajian telah dikemukakan dalam bahagian berikut:
5.2.1Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Berdasarkan dapatan kajian berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi informan dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial, pengkaji telah kategorikan faktor-faktor tersebut berdasarkan tiga kategori. Faktor-faktor tersebut ialah faktor pemilihan, faktor kepercayaan dan faktor keberkesanan periklanan di mana setiap faktor ini mempunyai elemen-elemen tertentu. Faktor pemilihan memainkan peranan penting yang mendorong informan untuk melakukan pembelian melalui media sosial. Antara elemen yang dapat dikenalpasti dalam faktor pemilihan ialah harga, mudah dan menjimatkan masa, banyak pilihan, pengaruh rakan, pengaruh selebriti dan fesyen.

Harga sangat mempengaruhi informan dalam memilih untuk melakukan pembelian atas talian melalui media sosial. Mereka berpendapat harga yang ditawarkan melalui perniagaan atas talian adalah lebih murah berbanding harga yang ditawarkan melalui perniagaan tradisional. Perbandingan harga sering dilakukan sebelum melakukan sesuatu pembelian bagi mengelakkan daripada kerugian dan mengamalkan sikap bijak berbelanja. Hal ini disokong oleh Rossazliena (2015), iaitu harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti sesuatu produk mampu menarik minat pengguna untuk membeli. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi melalui pandangan yang diberikan oleh Nurul Izzati (2015), iaitu harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kualiti produk dan harga mampu milik.

Pembelian melalui media sosial memberi kemudahan kepada pengguna di mana ia memudahkan dalam memilih produk, mendapatkan maklumat dan pembayaran dilakukan secara atas talian. Hal ini membuktikan bahawa pembelian melalui media sosial dapat menjimatkan masa. Hal ini disokong oleh Pube (2016) menyatakan kemudahan merupakan perkara yang memudahkan dan mempercepatkan sesuatu urusan. Dalam pembelian atas talian, pengguna boleh menempah sesuatu produk dalam masa 24 jam tidak kira di mana mereka berada. Kajian tersebut turut disokong oleh Szymanski dan Hise (2000), iaitu faktor mudah dan menjimatkan masa mempengaruhi individu untuk membeli secara atas talian melalui interaksi dengan paparan atas talian.

Pelbagai pilihan produk yang boleh didapati melalui pembelian secara atas talian di media sosial terutamanya produk dari luar negara. Terdapat informan menyatakan bahawa melalui media sosial banyak pilihan yang ditawarkan terutamanya dari segi pilihan saiz yang memudahkan mereka mendapatkan saiz yang sesuai. Ini disokong oleh Lim dan Dubinsky (2004), iaitu perniagaan atas talian telah muncul sebagai satu cara sebagai pilihan baru untuk pengguna dari segi pembelian dan berapa banyak mereka boleh membeli. Pengguna dapat mencari pelbagai produk melalui perniagaan atas talian yang dapat disesuaikan dengan keperluan mereka.

Informan juga melakukan pembelian melalui media sosial akibat daripada pengaruh rakan, pengaruh selebriti dan perubahan fesyen terkini. Hal ini mempengaruhi informan apabila mereka melihat produk yang dibeli oleh rakan memenuhi cita rasa mereka menyebabkan mereka berminat untuk melakukan pembelian terhadap produk tersebut. Perkara ini disokong oleh Nurul Izzati (2015) dengan menyatakan bahawa pengaruh rakan dapat mempengaruhi pengguna untuk membuat pembelian atas talian dengan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada rakan tentang produk yang hendak dibeli sebelum melakukan pembelian. Begitu juga dengan pengaruh selebriti apabila selebriti menjadi model kepada sesuatu produk, ia mampu menarik perhatian peminatnya untuk membeli. Ini disokong oleh Rossazliena (2015), iaitu pengaruh selebriti memainkan peranan penting dalam membujuk masyarakat untuk melakukan pembelian.
Dapatan kajian dalam konteks faktor kepercayaan yang mempengaruhi pembelian melalui media sosial. Informan telah mengklasifikasikan faktor kepercayaan ini kepada elemen maklum balas pengguna, latar belakang peniaga, testimoni dan pendapat rakan. Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat yang diberikan oleh Teo dan Liu (2007) yang menyatakan kepercayaan menyumbang kepada sikap positif dan berdasarkan persepsi tentang risiko ataupun manfaat pembelian. Kepercayaan seseorang pengguna untuk berbelanja secara atas talian adalah berdasarkan pengalaman yang telah dilalui sendiri seseorang pengguna semasa melakukan pembelian melalui media sosial.

Testimoni biasanya berbentuk gambar atau penceritaan yang dapat memberikan gambaran kepada orang ramai tentang kepuasan pelanggan dan keberkesanan penggunaan sesuatu barangan. Informan menyatakan bahawa testimoni turut mempengaruhi tahap kepercayaan mereka untuk melakukan pembelian melalui media sosial. Testimoni biasanya dikongsi oleh peniaga melalui media sosialnya berdasarkan maklum balas pengguna yang positif. Dapatan ini disokong oleh Shim et al. (2001) menyatakan bahawa pembelian atas talian yang memuaskan sebelumnya akan membawa kepada pembelian atas talian masa depan. Ini kerana pengguna berpuas hati dan percaya kepada perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga.

Elemen penting yang terdapat dalam faktor kepercayaan ialah latar belakang peniaga yang turut mempengaruhi tahap kepercayaan dalam melakukan pembelian melalui media sosial. Sebelum melakukan pembelian, latar belakang penjual perlu diselidik terlebih dahulu dari segi pengalaman, kualiti perkhidmatan dan jumlah pengikut di media sosial. Hal ini disokong oleh Susanti dan Hadi (2013) yang menjelaskan bahawa proses pertukaran sosial dan pengalaman antara peniaga dengan pengguna atau perkongsian cerita daripada rakan adalah merujuk kepada kepercayaan berdasarkan proses. Manakala, pengalaman yang dikongsi bersama antara peniaga dan pengguna adalah merujuk kepada kepercayaan berdasarkan ciri-ciri.

Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial ialah faktor keberkesanan periklanan. Periklanan mempunyai peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang berbentuk pembujukan untuk menarik minat pengguna media sosial terhadap produk yang diiklankan. Dalam faktor keberkesanan periklanan, dapatan kajian mendapati bahawa elemen teks, grafik, kekerapan iklan ditayangkan dan pengiklanan video mampu mempengaruhi informan melakukan pembelian melalui media sosial. Faktor ini disokong oleh Robinson dan Wysocka (2007), iaitu hubungan tahap keberkesanan periklanan sangat bergantung pada pengiklan itu sendiri dalam merancang iklan yang efektif dari segi reka bentuk, warna, teks dan lain-lain.
Elemen teks adalah penting dalam periklanan terutamanya dari segi kualiti maklumat yang disampaikan melalui sesuatu periklanan. Elemen teks terdiri daripada jenis tulisan, saiz, warna tulisan dan kandungan maklumat. Penggunaan elemen teks dengan baik dapat menarik perhatian informan terhadap periklanan tersebut. Di samping itu, grafik yang terdapat dalam periklanan juga sangat penting dalam menghasilkan sebuah periklanan yang berkesan dan menarik. Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pandangan yang diberikan oleh Rajani dan Rosenberg (1999) yang menyatakan bahawa bentuk iklan, iaitu maklumat (infomercial), jenaka (humorous) dan gambar beranimasi (picture animation) ternyata memberi impak dalam pemilihan mengakses sesuatu laman web periklanan. Bentuk iklan perlu bersifat informatif agar dapat menarik pelanggan dan pengguna.
Berdasarkan dapatan kajian juga, kekerapan periklanan turut memberi kesan kepada keberkesanan periklanan yang dilakukan di media sosial. Ini kerana kekerapan terdedah kepada iklan yang sama akan memberi pengaruh yang kuat kepada informan dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial. Dapatan ini disokong oleh Firdausi (2002) yang menegaskan bahawa kekerapan menyiarkan iklan yang sama akan mempengaruhi keinginan individu untuk membeli produk. Faktor ini memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi individu menerima pengiklanan di media sosial. Hal ini disokong oleh Suprisanjai (2011), iaitu keberkesanan iklan media sosial boleh diukur dengan jumlah ‘like’ yang terdapat pada iklan yang dipaparkan. Ia menunjukkan kadar jumlah orang yang tertarik dengan iklan tersebut. ‘Like’ adalah cara pengguna media sosial memberi maklum balas positif dan berhubung dengan perkara yang menarik minat mereka.

5.2.2Risiko Yang Dihadapi Dalam Melakukan Pembelian Atas Talian Di Media Sosial.

Dapatan kajian bagi persoalan kajian kedua pula menunjukkan bahawa terdapat tiga kategori risiko yang dihadapi oleh informan dalam melakukan pembelian melalui media sosial. Risiko yang pertama ialah risiko masa yang melibatkan risiko penangguhan penghantaran dan tempoh masa penerimaan barangan. Berkaitan dengan risiko ini, penangguhan penghantaran barangan biasanya berlaku apabila informan telah membuat pembayaran dan barangan yang dibeli telah kehabisan stok. Perkara ini menyebabkan informan terpaksa menunggu stok masuk barangan tersebut dan berlaku penangguhan penghantaran. Ini disebabkan oleh sikap peniaga yang tidak mengemas kini senarai stok dengan betul. Menurut Forsythe et al. (2006) dalam kajiannya mendapati bahawa risiko kewangan, risiko produk dan risiko masa memberi kesan negatif terhadap persepsi pembelian atas talian dalam kalangan pengguna. Hal ini memberi kesan kepada pengguna yang kurang berpengalaman dalam melakukan pembelian melalui media sosial yang berpotensi lebih mudah dipengaruhi oleh risiko.

Pembelian atas talian di media sosial turut memberikan risiko kepada informan apabila barang yang telah dibeli tidak diterima mengikut masa atau tarikh yang ditetapkan. Proses penghantaran yang terlalu lama mengakibatkan berlaku pembaziran masa di mana pengguna tidak menerima barangan pada tempoh masa yang telah dipersetujui bersama. Kelewatan menerima barangan merupakan risiko masa yang perlu dihadapi kerana kadang-kadang mereka perlukan barangan tersebut secepat mungkin untuk digunakan. Hak ini diperkukuhkan lagi oleh Almousa (2011) yang menyatakan risiko masa termasuklah masa dan usaha yang dilakukan dalam mengembalikan atau menukar produk, masalah teknologi seperti akses internet perlahan, masa penghantaran dan masa penerimaan.
Selain daripada risiko masa, risiko prestasi produk juga telah dikenalpasti hasil daripada dapatan kajian ini. Risiko prestasi produk pula terdiri daripada elemen kualiti produk rendah, barang rosak dan dari segi warna. Tahap kualiti produk yang dijual di media sosial tidak dapat dikenalpasti dengan sebaiknya kerana informan tidak dapat melihat dan memegang sesuatu produk secara nyata dan hanya melihat pada sekeping gambar. Hal ini menyebabkan wujud risiko dari segi kualiti walau pun peniaga telah menyatakan tahap kualiti produk tersebut. Dapatan ini disokong oleh Forsythe dan Shi (2003), iaitu keupayaan untuk menilai kualiti produk atas talian mungkin dihadkan oleh halangan untuk menyentuh, merasakan dan mencuba produk. Sesetengah pengguna mungkin kurang berminat untuk melakukan pembelian melalui media sosial kerana kebimbangan terhadap kualiti produk yang dijual secara atas talian.

Pengguna melakukan pembelian adalah berdasarkan kepada gambar yang dimuat naik oleh peniaga di media sosial. Warna produk yang terdapat dalam sesebuah gambar tidak semestinya sama dengan warna produk yang sebenar. Ini mungkin disebabkan oleh tahap pencahayaan semasa mengambil gambar tersebut dan kesan daripada suntingan yang dilakukan bagi menampakkan gambar tersebut kelihatan menarik. Menurut Forsythe dan Shi (2003), warna produk yang tidak tepat dan maklumat yang kurang jelas tentang kualiti mengakibatkan peningkatan risiko prestasi produk.
Seterusnya ialah risiko psikologi yang terdiri daripada elemen kerugian, penipuan dan kekecewaan yang dihadapi oleh informan. Mereka terpaksa menanggung risiko kerugian apabila barangan yang telah dibeli tidak sampai ke tangan mereka dan barangan yang diterima rosak dan kesilapan saiz dan warna. Di samping itu, pengguna yang menjadi mangsa penipuan perniagaan atas talian turut mengalami kerugian. Risiko ini memberi kesan kepada psikologi pengguna di mana timbul rasa kecewa terhadap pembelian yang dilakukan. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Chang, et al. (2005) yang menyatakan individu yang mengelak daripada melakukan pembelian atas talian mempunyai kebimbangan tentang tahap kepuasan terhadap pembelian dan risiko yang bakal dihadapi. Mereka juga berfikir bahawa pembelian atas talian ini tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Orubu (2016) menjelaskan bahawa pembelian atas talian masih dianggap berisiko di mana semakin besar risiko yang berkaitan dengan pembelian seperti yang dihadapi oleh pengguna, semakin kurang kesediaan untuk melakukan pembelian atas talian.

5.3Rumusan Dapatan Kajian
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial, majoriti informan bersetuju bahawa faktor pemilihan, faktor kepercayaan dan faktor keberkesanan periklanan ini penting kepada mereka dalam melakukan pembelian di media sosial. Malah, setiap elemen yang terdapat dalam ketiga-tiga faktor ini telah dibincangkan oleh para pengkaji dalam kajian yang sebelumnya.
Dalam aspek faktor pemilihan yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial, elemen yang dikemukakan oleh informan adalah sama dengan sarjana-sarjana sebelumnya kecuali dari segi fesyen. Hal ini kerana perkembangan fesyen kini yang kian berubah mengikut peredaran masa menyebabkan informan berasa mengikuti fesyen terkini adalah penting. Dari segi faktor kepercayaan pula, informan telah menyatakan kesemua elemen yang dinyatakan oleh sarjana dalam kajian sebelumnya. Maklum balas pengguna dan latar belakang penjual merupakan antara elemen yang penting dalam mempengaruhi kepercayaan informan untuk melakukan pembelian melalui media sosial. Bagi elemen yang terdapat dalam faktor keberkesanan periklanan pula, elemen teks, grafik dan kekerapan iklan telah dibincangkan dalam kajian sebelumnya. Namun, bagi periklanan video merupakan penemuan terbaru yang diperoleh oleh pengkaji hasil daripada kajian ini dijalankan. Ini kerana periklanan video semakin mendapat perhatian peniaga atas talian untuk mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan.

Secara keseluruhannya, faktor kepercayaan dan faktor keberkesanan periklanan mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi informan untuk melakukan pembelian. Elemen yang terdapat dalam kedua-dua faktor ini akan dinilai oleh informan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu pembelian. Tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pembelian atas talian dan mesej pembujukan yang berkesan melalui periklanan dapat menarik minat informan untuk terlibat dalam pembelian atas talian di media sosial. Faktor yang mempengaruhi informan untuk mewujudkan kepercayaan terhadap pembelian melalui media sosial dapat dijadikan panduan kepada pengguna lain sebelum melakukan pembelian. Hal ini bagi mengelakkan atau meminimumkan kadar risiko yang bakal berlaku apabila melakukan pembelian melalui media sosial.

Berkaitan dengan risiko dalam melakukan pembelian atas talian di media sosial, kesemua informan pernah menghadapi risiko walaupun risiko yang dihadapi setiap informan adalah berbeza. Setiap kategori risiko telah dibincangkan dalam kajian terdahulu oleh para sarjana. Risiko prestasi produk merupakan risiko di mana majoriti informan menghadapi risiko tersebut. Risiko ini berlaku disebabkan wujud ketidakpuasan hati terhadap produk yang dibeli menyebabkan tahap kepuasan dalam melakukan pembelian melalui media sosial adalah rendah. Hasil kajian ini dapat menyumbangkan informasi dan pendedahan kepada pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati dalam melakukan pembelian atas talian.
5.4Implikasi Atau Sumbangan Teori
Hasil dapatan kajian ini boleh dikaitkan dengan Teori Kegunaan dan Kepuasan yang diperkenalkan pada awal tahun 1940-an hasil daripada kajian oleh Herzog (1944), Suchman (1942) dan Berelson (1949) telah dijelaskan dalam bab sebelumnya. Berdasarkan teori ini, hasil dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa seseorang individu menggunakan media sosial adalah berdasarkan kehendak dan keperluan. Dalam kajian ini, tujuan informan menggunakan media sosial adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk dan melakukan pembelian atas talian.
Dalam dapatan pertama, sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembelian di media sosial, pengguna akan menilai faktor kepercayaan, iaitu maklum balas pengguna, latar belakang penjual, testimoni dan pendapat rakan. Faktor ini dapat dikaitkan dengan Teori Kegunaan dan Kepuasan di mana pengguna menggunakan media sosial untuk mendapatkan kepercayaan dalam melakukan pembelian secara atas talian. Di samping itu, penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk yang ditawarkan dapat mempengaruhi pengguna media sosial untuk melakukan pembelian atas talian. Contohnya melalui perikanan yang mempunyai unsur pembujukan untuk mempengaruhi pengguna. Seseorang individu yang menerima periklanan di media sosial dipengaruhi oleh keperluan dan kepuasan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu produk.

Dalam kajian ini turut membincangkan mengenai risiko pembelian atas talian di media sosial. Hal ini dapat dikaitkan tahap kepuasan individu menggunakan media sosial di mana matlamat mereka menggunakan media sosial tercapai ataupun sebaliknya. Berdasarkan risiko yang telah dibincangkan, tahap kepuasan pengguna adalah rendah disebabkan risiko yang dihadapi. Hal ini disebabkan terdapat peniaga menyampaikan maklumat berkaitan produk berbeza daripada yang sebenar sehingga memberi risiko kepada pengguna. Oleh itu, Teori Kegunaan dan Kepuasan sesuai dikaitkan dengan kajian ini di mana individu memilih media sosial yang dapat mencapai matlamat mereka. Dalam kajian ini majoriti informan memilih untuk menggunakan Facebook dan Instagram sebagai medium untuk mendapatkan maklumat produk dan melakukan pembelian.

5.5Batasan Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, batasan kajian adalah dari segi informan kajian yang terdiri daripada pelajar Melayu sahaja. Hal ini kerana pengkaji mengalami kesukaran untuk mendapatkan informan daripada bangsa lain menyebabkan hasil kajian ini berdasarkan perspektif pelajar Melayu sahaja. Selain itu, pengkaji menghadapi masalah dari segi kekangan masa di mana pengkaji perlu mendapatkan persetujuan informan yang dipilih terlebih dahulu dan terpaksa mengikut masa yang ditetapkan oleh informan berdasarkan kelapangan masa mereka untuk melakukan temu bual.
Pengkaji juga mengalami kesukaran untuk melakukan temu bual di tempat yang sesuai tanpa gangguan orang ramai. Semasa proses mengumpul maklumat berkaitan kajian ini, pengkaji terpaksa mencari dan memeriksa setiap kelas yang tidak digunakan pada masa tersebut untuk melakukan proses temu bual bersama informan.
5.6Cadangan Kajian Masa Hadapan
Di bahagian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kajian yang akan datang. Cadangan ini dikemukakan agar pengkaji pada masa hadapan dapat memantapkan lagi kajian yang ingin dilakukan terutamanya kajian yang berkaitan dengan pembelian atas talian.
Kajian ini telah mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial dan risikonya. Walaupun kajian ini mempunyai kekuatan, ia juga mempunyai batasan tertentu. Pertama, pengkaji hanya meneliti tiga faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap pembelian atas talian. Kajian masa depan dicadangkan untuk menentukan faktor-faktor lain yang mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengguna terhadap pembelian atas talian. Oleh itu, ia membantu mereka memahami faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi dalam melakukan pembelian atas talian.

Di samping itu, para penyelidik masa depan memperluaskan skop kajian dalam persekitaran dan lokasi yang berbeza. Persekitaran yang berbeza memainkan faktor penting yang mempengaruhi tingkah laku informan terhadap topik yang dikaji. Hal ini kerana pembelian atas talian merupakan fenomena yang semakin popular dan menarik perhatian orang ramai. Perkara ini akan memudahkan pengkaji dalam pengumpulan data dan dapat menghasilkan kajian yang lebih memberangsangkan. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih pelajar UUM sahaja sebagai informan untuk mendapatkan maklumat dan pengumpulan data. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan datang disarankan untuk meluaskan skop pemilihan sampel dan populasi. Pengkaji akan datang boleh memilih informan yang terdiri daripada masyarakat umum atau golongan tertentu sahaja.

Selain itu, cadangan dari segi masa, iaitu pengkaji akan datang menjalankan kajian dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana kajian jangka masa panjang dapat membantu pengkaji memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan pembelian atas talian dalam kalangan pelajar. Cadangan seterusnya ialah agar pengkaji akan datang menggunakan pelbagai kaedah dalam pengumpulan data dalam kajian mereka. Dalam hal ini, pengkaji tidak hanya memfokuskan kepada satu kaedah temu bual sahaja di mana pengkaji juga boleh melakukan kaedah soal selidik. Ini bertujuan untuk mendapatkan kepelbagaian hasil dapatan kajian. Melalui temu bual, masa adalah terhad kerana terdapat sesetengah informan kurang memberikan kerjasama. Ini disebabkan masa untuk proses temu bual terlalu lama dan terdapat informan yang menjawab pertanyaan dengan kurang tepat.

5.7Rumusan Bab
Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan keseluruhan daripada kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pembelian atas talian di media sosial. Hasil daripada kajian ini juga telah menjawab kepada persoalan kajian dan secara tidak langsung pengkaji telah mencapai matlamat kajian yang diinginkan. Kajian ini telah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian melalui media sosial dan risiko-risiko yang berlaku dalam melakukan pembelian. Hasil dapatan kajian telah menjelaskan apakah faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di media sosial di mana hasil kajian ini tidak jauh beza dengan kajian-kajian lepas. Begitu juga dengan risiko-risiko yang dihadapi oleh informan dalam kajian ini. Selain itu, hasil dapatan kajian adalah selari dengan Teori Kegunaan dan Kepuasan kerana khalayak mendedahkan diri kepada media untuk tujuan tertentu dan memenuhi kehendak mereka.

RUJUKAN
Abdul Izzi Amran. (2013). Faktor mempengaruhi cadangan pengguna online kepada pembelian online dalam laman web Zalora di Universiti Utara Malaysia: Kajian di Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Almousa, M. (2011). Perceived risk in apparel online shopping: A multi-dimensional perspective. Canadian Social Science, 7(2), 23-31.

Azilah Kasim, Hasni Che Said, Hasnizam Hassan, Nor Pujawati Md Said & Salniza Md Salleh. (2003). Pengantar pemasaran. Pusat Pendidikan Profesional Dan Lanjutan (PACE). Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Baxter, L. A., & Babbie, E. (2003). The basics of communication research. Boston: USA.

Blumler, J.G. & Katz, E. (1974). The uses of mass communications: Current perspectives on gratification research. In Barton, K. M. (2009). Reality television programming and diverging gratifications: The influence of content on gratification obtained. Journal of Broadcasting and Electronic Media, 53(3), 460-476.

Bobbitt, L. M. & Dabholkar, P. A. (2001). Integrating attitudinal theories to understand and predict use of technology-based self-service: The internet as an illustration. International Journal of Service Industry Management, 12(5), 423-450.

Cecilia Desy & Widya permata Sari. (2015). Pengaruh kepercayaan, keamanan, persepsi risiko dan kualiti pelayanan terhadap keputusan pembelian secara online. (Tesis Sarjana Pengurusan). Universitas Dian Nuswantoro, Semarang, Indonesia.

Chang, M. K., Cheung, W. & Lai, V. S. (2005). Literature derived reference models for the adoption of online shopping. Information and Management, 42(4), 543-559.

Chante, K., Jessica, C., Lindsay, B., Tyler, Q. & Robert, P. D. (2014). Dermatology on Instagram. Dermatology Online Journal, 20(7): 1-6.

Che Su Mustaffa & Nan Zakiah Megat Ibrahim. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: Satu analisis kualitatif. Jurnal Komunikasi, 30(Special Issue), 43-74.

Che Su Mustaffa, Syd Abdul Rahman Syd Zin, Mohd Khairie Ahmad, Sharina Samsuddin, Norizah Aripin dan Zuraidah Abu Talib. (2006). Teori komunikasi. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Emmel, N. (2013). Sampling and choosing cases in qualitative research: A realist approach. Washington, DC: SAGE Publications.

Farhan Mat Arisah. (2015). Amalan pembelian secara atas talian (online) dan faktor-faktor mempengaruhi. 19th MACFEA National Seminar, Malaysia.

Firdausi, F. (2002). Analisis pengaruh iklan terhadap sikap dan niat pengguna dalam memutuskan untuk membeli suatu produk. (Tesis Sarjana Muda). Universitas Diponegoro, Indonesia.

Forsythe, S. M. & Shi, B. (2003). Consumer patronage and risk perceptions in Internet shopping. Journal of Business Research, 56, 867-875.

Forsythe, S., Liu, C., Shannon, D. & Gardner, L. C. (2006). Development of a scale to measured perceived benefits and risks of online shopping. Journal of Interactive Marketing, 20(2), 55-75.

Global Online Consumer Report. (2017). The truth about online consumers. KPMG International.

Hamid, N. R. & Khatibi, A. (2006). How effective are firms’ e-marketing tools? In proc. The 5th WSEAS International Conference on E-ACTIVITI, Venice, Italy, 183-188.

Hasslinger, A., Hodzic, S. ; Opazo, C. (2007). Consumer behavior in online shopping. Kristianstad University: Department of Business Studies.

Hendra Gonawan, Sutrisno ; Zaki Baridwan. (2016). Effect of risk dimension on intention to buy and online purchase behavior. Imperial Journal of Interdisciplinary Research, 2(3), 491-504.

Hoga Saragih ; Rizky Ramadhany. (2012). Pengaruh intensi pelanggan dalam berbelanja online kembali melalui media teknologi informasi forum jual beli (FJB) Kaskus. Journal of Information Systems, 8(2).

Isnain Putra Baskara ; Guruh Taufan Hariyadi. (2014). Analisis Pengaruh Kepercayaan, Keamanan, Kualitas, Pelayanan dan Persepsi Akan Risiko Terhadap Keputusan Pembelian Melalui Situs Jejaring Sosial. Jurnal Cyberku. Universitas Dian Nuswantoro, Semarang, Indonesia
Jansen, F. P. J. (2006). German Sunday shoppers in Roermond: Shopping motivations and choice criteria. Tilburg University: Marketing Department.

Jariah, M., Husniyah, A. R., Laily, P. ; Britt, S. (2004). Financial behavior and problems among university students: Need for financial education. Journal of Personal Finance, 3(1), 82-96.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatitif. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai dari http://eprints.utm.my/41091/1/KamarulAzmiJasmi2012_
MetodologiPengumpulanDataPenyelidikanKualitatif.pdf.

Katawetawaraks, C., ; Wang, C. L. (2011). Online shopper behavior: Influences of online shopping decision. Asian Journal of Business Research, 1(2).

Kim, D. J., Ferrin, D. L. ; Rao, H. R. (2008). A trust-based consumer decision-making model in electronic commerce: The role of trust, perceived risk, and their antecedents. Decision Support Systems, 44(2), 544-64.

Kolesar, M. B. ; Galbraith, W. R. (2000). A services-marketing perspective on e-retailing: Implications for e-retailers and directions for further research. Internet Research, 10(5), 424-438.

Kotler, P. ; Armstrong, G. (2012), Principles of marketing. New Jersey: Pearson Education.

Kotler, P. ; Keller, K. L. (2012). Marketing management (14 editions). New Jersey: Pearson Education Incorporation.
Lee Hui Er, Normah Mustaffa ; Ali Salman. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Lembah Klang untuk terus membaca dan membeli melalui pengiklanan Facebook. Jurnal Komunikasi, 30(1), 229-250.

Leeraphong, A. ; Mardjo, A. (2013). Trust and risk in purchase intention through online social network: A focus group study of Facebook in Thailand. Journal of Economics, Business and Management, 1(4), 314-318.

Lim, H. ; Dubinsky, A. J. (2004). Consumers’ perceptions of e-shopping characteristics: An expectancy-value approach. The Journal of Services Marketing, 18(6), 500-513.
Lim, Y. M. & Cham, T. H. (2014). A profile of the internet shoppers: Evidence from nine countries. Telematics and Informatics. 32, 344-454.

Ling, K. C., Chai, L. T. & Piew, T. H. (2010). The effects of shopping orientations, online trust and prior online purchase experience toward customers’ online purchase intention. International Business Research, 3(3), 63-76.

Mazlina Jamaludin ; Nek Kamal Yeop Yunus. (2014). Satu tinjauan: Pola gelagat pengguna ke atas keputusan pembelian secara atas talian. Persidangan serantau fiqh harta ; masyarakat wasatiy 2017. E-Prosiding FIHAM P 2017.

McCole, P. ; Palmer, A. (2001). A critical evaluation of the role of trust in direct marketing over the internet. Proceedings of the American Marketing Society World Marketing Congress. Cardiff: Wales.

Mikalef, P., Pateli, A., ; Giannakos, M. (2013). Why are users of Social Media inclined to Word-of-Mouth?. In Collaborative, Trusted and Privacy-Aware e/m-Services. Springer Berlin Heidelberg.
Mohamad Helmi Suid. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keberkesanan periklanan menerusi Internet dalam kalangan kakitangan akademik. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mujiyana ; Ingge Elissa. (2013). Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian via internet pada toko online. Jurnal Teknik Industri, 8(3).

Musyaznie Mokhtar. (2015). Periklanan Instagram dalam mempromosikan produk dan Instagram. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Nor Hidayah Kamarudin. (2014). Keberkesanan Periklanan Di Internet Dalam Kalangan Kakitangan Universiti Utara Malaysia. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Noramira Che Seman. (2010). Faktor yang mempengaruhi keberkesanan periklanan laman web sosial (Facebook): Tinjauan ke atas pelajar Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat Universiti Utara Malaysia. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Nurul Azifah ; Citra Kusuma. (2016). Pengaruh shopping orientation, online trust dan prior online purchase experience terhadap online purchase intention. Bina Ekonomi, 20(2).

Nurul Izzati Muhaimin. (2015). Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian di Zalora: Kajian tinjauan dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Orubu, O. F. (2016). The impact of perceived risk on willingness to buy in online markets. Journal of Business Management and Economics, 7(1), 13-18.

Park, C. ; Kim, J. J. (2003). A cross-cultural comparison of internet buying behavior,” International Marketing Review, 20(5), 534-554.

Pavlou, P. A. (2003). Consumer acceptance of electronic commerce: integrating trust and risk with the Technology Acceptance Model. International Journal of Electronic Commerce, 7(3), 101-34.

Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. (2014). Penipuan Internet (E-Dagang). Dicapai dari https://www.rmp.gov.my/lamanutama/peringatan/alertperingatan/2014/
08/27/penipuan-internet-(e-dagang).

Pratomo, I. A. & Hardianto, D. (2012). Faktor-faktor sistem interaksi yang mempengaruhi efektifitas iklan online. Jurnal Sistem Informasi MTI-UI, 4(1), 1412-8896.
Pube Emma Naomi. (2016). Pengaruh kepercayaan, kemudahan, kualiti informasi dan harga terhadap keputusan pembelian konsumen dalam memilih berbelanja secara online, 12(1D).

Pudji Utomo, Endang Lestarininggih & Yohanes Suhari. (2011). Kepercayaan terhadap internet serta pengaruhnya pada pencaria informasi dan keinginan membeli secara online. Jurnal Dinamika Informatika, 3(1).

Raja Zainab Raja Yusoff. (2014). Proses Membuat Keputusan Pembelian Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Rohaizan Abdullah. (2015). Beli barang dalam talian catat aduan paling tinggi. Utusan Online. Dicapai dari www.utusan.com.my.

Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan sains sosial. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rossazliena Mansor. (2015). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Pembelian Produk Kosmetik Dalam Kalangan Mahasiswi Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank, UUM. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Schiffman,L.G., & Kanuk,L.L. (1999). Consumer behavior. Prentice Hall: New Jersey.

Sharina Samsudin & Mohd Hafidz Hussien. (2005). Dimensi periklanan di Internet: Tinjauan faktor yang mempengaruhi keberkesanan iklan di Laman Web. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Shen, D. Kelley, C. A. Richards, J. & Bridges, C. (2006). Online shopping behavior: Key dimensions and research synthesis. Contemporary Management Research, 2(1), 3-16.

Shim, S., Eastlick, M. A., Lotz, S. L. & Warrington, P. (2001). ‘An online pre-purchase intentions model: The role of intention to search’, Journal of Retailing, 77(3), 397-416.

Siti Nor Atiqah A Hamid. (2014). Pengaruh iklan di Facebook terhadap pembuatan keputusan dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Smith, C. (2017). How many people use Facebook, YouTube and other social media. Digital Marketing Ramblings. Dicapai dari https://expandedramblings.com
/indexphp/resource-how-many-people-use-the-top-social-media/.

Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh media massa terhadap perubahan sosial masyarakat. Special Issue 1, 214-226.

Suhartini, R. S. (2011). Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi motif belanja secara online di komunitas Kaskus. Indonesia: Semarang.

Susanti, V. & Hadi, C. (2013). Kepercayaan konsumen dalam melakukan pembelian gadget secara online. Jurnal Psikologi Industri dan Organisasi, 2(1).
Szymanski, D. M. dan Hise, R. T. (2000). E-satisfaction: An initial examination. Journal of Retailing, 76(3), 309-22.

Tan Ai Ying. (2015). Faktor-faktor membeli-belah atas talian dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Teo, T. S. H. & Liu, J. (2007). Consumer trust in e-commerce in the United States, Singapore and China. Omega, 35(1), 22-8.

To, P., Liao, C., & Lin, T. (2007). Shopping motivations on Internet: A study based on utilitarian and hedonic value. Technovation, 27(12), 774-787. doi: 10.1016/j.technovation.2007.01.001.
Tuan Muhamad Iqbal Tuan Abdullah. (2015). Mengkaji proses tingkah laku membuat keputusan membeli dalam kalangan pengguna. (Tesis Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Tutten, T. L. (2008). Advertising 2.0: Social media marketing in a Web 2.0 World. United States of America: Praeger Publishers.

Utusan online. (2015). Beli barang dalam talian catat aduan paling tinggi. Dicapai dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beli-barang-dalam-talian-catat-aduan-paling-tinggi-1.143464.

Zaleha Yazid, Che Aniza Che Wel & Nor Asiah Omar. (2016). Persepsi mahasiswa terhadap urusan pembelian atas talian. Jurnal Personalia Pelajar, 9(2).

Zhang, L. Tan, W., Xu, Y. & Tan, G. (2012). Dimensions of consumers’ perceived risk and their influences on online consumers’ purchasing behavior. Communications in Information Science and Management Engineering, 2(7), 8-14.

Zhou, L., Dai, L. & Zhang, D. (2007). Online shopping acceptance model: A critical survey of consumer factors in online shopping. Journal of Electronic Commerce Research, 8(1), 41-62.

Zuroni Md Jusoh & Goh Hai Ling. (2012). Factors influencing consumers’ attitude towards e-commerce purchases through online shopping. International Journal of Humanities and Social Science, 2(4), 223-230.

x

Hi!
I'm Dora

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Barry!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out